Seandainya ini yang terakhir..
Dingin subuh..
Dalam teleku mengadap Tuhan
Aku meratap nanar duka lara yang berdarah tersayat luka
Andai di sini kesudahan hidupku
Semoga aku telah membahagiakan
Semoga aku telah menceriakan
Semoga aku telah memenuhi
Semoga aku telah mengadakan
Semoga aku telah mencukupkan
Semoga aku telah melengkapkan
Sekalipun aku sendiri tidak pernah punya apa-apa
Teman,
Seandainya ada rindu di hatimu
Seandaianya ada ingatan buatku
Seandainya ada ruang di jiwamu
Seandainya ada secarik memori kita
Simpanlah…
Kerana rasanya sedikit masa yang tertinggal ini
Sebenarnya amat bermakna
Juga sangat terlewat
Teman,
Aku teramat gagal sebenarnya
Sekeping hati lara yang kubawa ini
Hanya sebuah kesakitan
Hanya sebuah perjalanan tangis yang panjang
Yang tersembunyi di sebalik seraut wajah ceria
Yang jauh terperosok di sebalik senyum tawa
Teman…
Seandainya ada rindu
Kirimkan doa buatku….
Manjalara / 22 sept 07 / 6.08 a.m.
Dự án D'.Capitale Trần Duy Hưng thoải mái nhất
6 years ago
No comments:
Post a Comment