Saturday, July 9, 2011

Rindu Ini dan Aku


Kebelakangan ini hadir satu rasa dalam diriku..merindui sesuatu yang bernama semalam...aku merindui teman-teman yang sama2 berjuang sepanjang 4 tahun di OUM. bagaimana khabarnya mereka agaknya? Rindu pada Huda, Kak Aminatun, kak Ratna dan beberapa lagi kawan2 yang wajah mereka tak pernah hilang dari ingatanku. Terlalu banyak yang membuatkan aku terlalu ingin sgt melewati kenangan2 itu.

Sudah lebih setengah tahun aku menamatkan pengajian di OUM. kali terakhir bertemu mereka sewaktu konvokesyen yang lepas. Selepas itu hanya sesekali ber'sms'. Sekalipun kembali sibuk dgn tugasan di sekolah namun aku tak mampu menafikan betapa aku merindui suasana sibuk menyiapkan assignment...berhempas pulas untuk menghadapi peperiksaan..selain merindui betapa tinggi keazamanku untuk 'drive' ke kelas di Shah Alam setiap Ahad. Terkadang dengan apa yang telah aku lalui semalam bagai tak percaya akhirnya namaku terpapar juga sebagai graduan di layar besar PWTC konvokesyen lepas. Pada orang lain mungkin semua itu tidak memberi pengertian 'apa-apa' namun bagiku itulah semangatku...di sanalah gambaran pahit maung seorang 'aku' yang hanya berbekalkan wajah anak-anak dan masa depan mereka. Saat terpaparnya namaku tika itu seolah-olah kepedihan yang selama ini aku galas seorang diri akhirnya lebur dan meringan di bahuku. Tanpa sedar hati ditamui sebak...airmata bertamu sekalipun ia tidak mengalir ke pipi. Alhamdulillah..terima kasih ya Allah.

namun aku tidak juga mampu mengikis secebis ingatan tentang dia. Payah..bila perkenalan itu melibatkan hati dan perasaan. Kesakitan yang dia berikan padaku setelah dia memberikan harapan dan mimpi. Aku tak pernah lupa...dan takkn pernah melupakan...salahku jua kerana tika itu terlalu larut dalam harapan yang entah-entah. Terkadang terbit juga rasa menyesal kerana 'dia' dan teramat menyesal kerana membenarkan dia menjadi satu lagi titik luka dalam hidupku.

Hidup mmg carca marba waktu tu...entah mana keluarga dan aku hanya bergantung harap pada kawan-kawan. Pandangan orang pada aku yang menyandang title 'ibu tunggal' sesekali mmg buat aku betul-betul 'down'...

Ya Allah... bila sesekali teringat...kuatkah aku lagi agaknya? 4 tahun..mengukur jalan ke OUM seawal 5.30 pagi. 4 tahun juga terkadang melepas lelah dicelah-celah lori yang berhenti rehat di hentian Senawang bersama anak-anak. Berselimutkan keletihan. 2 kali kereta diketuk anggota polis yang mungkin berasa pelik kenapa kami boleh tertidur di sana. seorang ibu dengan 2 anaknya. Allah Maha Melindungi. Alhamdulillah. Subhanallah...beberapa kali juga aku pernah tertidur sewaktu memandu dan tersedar sebaik kereta menghampiri sisi treler. Terima Kasih ya Allah kerana melindungi aku dan anak-anak...

hari ini...InsyaAllah jika diizinkan aku akan kembali menyambung pengajian semula...semoga aku akan cukup kuat dan tabah di samping suami dan anak-anak.

Abang..terima kasih kerana sudi mengembalikan kehidupanku..menghidupkan jiwaku dan anak-anakku..terima kasih kerana sentiasa di sisi ibu sepanjang musim penuh sukar dulu. Ku panjatkan kesyukurkan buatMu ya Allah kerana tiada ayat terbaik dapat aku ucapkan selain 'ALHAMDULILLAH'