Tuesday, March 24, 2009

Allah:Pemilik Segala Keagungan, Kebesaran...

Sekalipun kulukiskan keagunganMu dalam goresan sebagai tanda kesucian yang mempereratkan jiwa,
Engkau tetap yang teragung
dan tempat segala yang bermakna,
ya Tuhan, hanya pada keagunganMu
segalanya terasa lapang.

Ya Allah,
gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang mengembirakan dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman

Ya Allah,
Sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah,
berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam
berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah,
Tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu, bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu, dan bimbinglah orang yang tergelincir ini menuju petunjukMu.

Ya Allah,
Lenyapkan segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur, hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran.

Monday, March 23, 2009

Peringatan Diri..tika langit memuntahkan laharnya dan aku di khabarkan sesuatu

Apakah kau berdaya,
menghilangkan segala kebencian orang lain
kalau sekadar kau tahu
sesungguhnya mimpi kita takkan pernah sama.

Apakah kau berdaya
menghentikan celaan orang lain
kalau sekadar kau tahu
hidup ini takdirNya tak pernah sama?

Apakah kau berdaya
memadamkan rasa sakit hati orang lain
kalau sekadar kau tahu
sesungguhnya jalan kau dan aku tidak pernah sama?

Janganlah kau cemuh diriku,
hanya kerana aku tidak seberuntung kamu
janganlah kau hina diriku
hanya kerana aku tidak sebaik kamu

janganlah kau salahkan
orang merindu dengan kerinduannya
sehingga kau menyelami jiwanya

Ambillah madu tapi jangan rosakkan sarang

petikan syair: Ahmad bin Khalil Al Hanbali
p/s: Jadilah diri kamu. Jangan Bersedih, anggaplah celaan orang sebagai angin lalu.
Jalanan kita tidak pernah sama. Hari ni mc bila sejak balik dari bangi kelmarin kepala berdenyut ditambah dengan kesihatan anak-anak yang tidak begitu sihat. Tindakan aku mem'privacy' kan blog ni sedikit sebanyak timbulkan pertanyaan di tempat kerja. Tak kurang juga yang mempertikaikan kenapa blog ni boleh wujud. Entah!

Simpati? Aku tidak pernah hidup dengan simpati manusia. Sunyi? Mungkin kerana jalanan kita tidak pernah sama dan aku tak pernah mengharap kawan-kawan atau sesiapa pun jua diluar sana memahami atau cuba mendefinisikan kehidupan aku. Ini tempat aku meluahkan apa yang aku rasa. Barangkali jarum yang tercucuk di jari kita adalah sama tapi kita tidak mungkin dapat merasai kesakitannya sama seperti sakitnya kau dan aku.

Kita mungkin berdiri di atas bumi yang sama, berlindung di bawah lembayung langitNya yang sama dan selagi kau tidak berdiri di tempat mana aku berdiri, mungkinkah kau akan dapat melihat permandangan yang sama seperti aku? kau mungkin menyatakan aku ini 'macam-macam' namun biarlah..Tuhan tahu.

Sunday, March 22, 2009

gurindam jiwa

Mekar cempaka di tengah laman,
senduduk tidak berbunga lagi,
teman ketawa kiri dan kanan,
aku menangis seorang diri.

Senduduk tumbuh serumpun,
serai wangi berbunga tidak,
sedih di dada tak daya ku himpun,
airmata menitis menahan sebak.

Hendak gugur-gugurlah nangka,
jangan ditimpa daun keladi,
walau teman berbilang juta,
seorang pun belum tentu di sisi.

Anak sembilang di tapak tangan,
anak kedidi di atas titi,
kalau begini namanya teman,
hendak senyumpun tidak kusudi

ditanak nasi masak berkerak,
bara di dapur mengumpan api,
Jatuh tersungkur ditebar ombak,
lemas tenggelam aku sendiri.

kain di anyam seribu benang,
terbang tinggi si anak helang,
Namanya bukan susah dan senang,
kalau tersepit aku seorang.

mekar segar si kembang pagi,
embun menitis di hujung hari,
mencari teman berhati berbudi,
di syurga juga menanti sendiri.

Friday, March 20, 2009

Ku harungi segalanya (5)

Sesak..itu yg aku rasakan saat ini. jalanan kian berliku dan di hadapan seolah-olah aku sedang melalui sebatang jalan yang hanya membawa aku ke jurang yang terpaling dalam. Saat belajar melakarkan wajah-wajah tenang, sekembali di dataran ini masih jua ada hamparan ujian Tuhan yang sedang menanti. Kemana dan di mana penghujungnya?

Sarat mengendung duka, namun aku kembali dihujani keperitan. Tika ini apa pengertian yang dapat aku tafsirkan dari wajahku dicermin? Kejamkah aku kiranya menggunakan peluang seumpama ini untuk memulakan langkah? Sampai bila jika aku enggan berganjak? Masa tidak akan menunggu dan pastinya takkan mungkin ada kesempatan kedua.

Seandainya kuhayunkan jua langkah ini apakah tafsiran dan warna yang akan mereka lakarkan ke wajahku? Mungkinkah mereka akan mengerti betapa aku hanya manusia yang mengimpikan bahagia? Betapa aku manusia yang mendambakan ketenangan dan betapa aku hanya diri yang ingin mengakhiri segala keperitan ini..

Sekiranya aku masih menunggu..apa pula yang ingin aku persembahkan? kesetiaan? atau hanya ingin dinobatkan sebagai kekasih yang rela berkorban apa saja? Hakikatnya...aku hanya ingin pergi...namun siapa yang sudi menanti?

Insan ini hanya mengharapkan satu..pulang sebagai 'hamba-Nya'

Tentang Dia

Sukar untuk dimengerti..mengapa payah untuk melupakan suatu yang pernah kita sayang, tak semudah itu juga untuk melupakan seseorang yang kita benci dan terpaling sukar untuk melenyapkan dari ingatan seseorang yang pernah menyakitkan.

Berbulan-bulan aku mencuba membuang dia dari ingatan, tidak menghubunginya, tetapi ada tika dan saatnya dia terus bertandang di hati. Semakin aku cuba membenci, dia semakin kuingat sedangkan hakikatnya tiada suatu yang indah tentang dia yang harus aku jadikan kenangan cuma lewat kiriman-kiriman sms, perbualan-bualan di ym juga panggilan telefon yang akhirnya aku kesali.

Rindu? Tidak! Dia tidak layak untuk memiliki walau secebis perasaanku! Dia cuma diri yang akhirnya membuatkan aku kian terluka. Dia hanya diri yang membuatkan aku semakin serik. Dia hanya diri yang membuatkan hati kecilku kian tercalar. Dia hanya diri yang membuatkan aku kian membenci.

Semakin aku ingin menjauh tapi mengapa Tuhan masih ingin mengujiku dengan menghadirkan kelibatnya di depan mataku? Kenapa Tuhan masih ingin mengujiku dengan memperlihatkan senyumnya? mengapa dunia ini menjadi terlalu kecil buatku? mengapa dia menjadi terlalu ramai sehingga ke mana saja aku akan dapat melihatnya?

Thursday, March 19, 2009

Alahai anak omakkk!!!

Belum surut demam mujahid ni Fatin pulak dah demam. Bersambung-sambung. Dia bersin aje sejak semalam. kesian pulak tapi sebelum kesian tu tetap kena marah sebab suka sangat minum ais dah tu mandi berjam-jam lamanya. Sudahnya...kena la aku berjaga malam lg untuk jaga dorang. Kot2 terjaga ke, letih toksah nak kata tapi dah nama anak..geram-geram pun anak kita juga.

So pagi lepas paksa dorang sarapan, aku bersiap nak ke stokis DCL. Nak gi amik barang sikit. Ada orang nak beli produk. Dah 2 tahun aku join DCL ni kenkadang bulan-bulan masuk juga. Alhamdulillah..rezki anak-anak. Ayah depa ngelat bagi duit bulan-bulan pun atless dapat juga cover duit belanja sekolah anak. Jahat-jahat aku pun, aku berharap Allah takkan tutup pintu rezki anak-anak.

Red Guara 2 kotak, Amazing sebotol, UV foundation dan re-nutriv cream je dah cecah RM164. Termenung juga dibuatnya. janganlahh orang yang nak amik barang-barang ni utang, menyarap aku nanti. Dari pekerja tu aku dapat tahu abang Zainal DCL ada turun melaka ari tu. Dia ni aku panggil Zainal Jagung..heheheh..dah tahap jutawan dia tu padahal dulu dia jual jagung je kat pasar malam. Tapi kira logik laa bukan satu dua MLM dia join//dengan luzor, malah zulian pun dia pernah buat. Sekarang ni dia dok goyang kaki je. Kalau jumpa dia, suka sangat dia usik aku dengan Kak Lang. 'abang jagung'...hehehe nanti dia mesti gelak.

Lepas dari ke stokis aku lansung ke farmasi nak cari ubat Fatin. Koman-koman bat tu mesti cecah RM80 punya. Dalam purse cuma ada RM50..ahhh...kang singgah ATM lah korek mana yang patut. Sampai guardian aku tanya budak tu, sekali dia kata ubat tu dah tak masuk guardian lagi cuba tengok kat Watson..sebelum kuar terpandangkan vitamin untuk budak-budak. Hmm..dah lama aku tak belikan anak-anak vitamin. Yang kat rumah pun rasanya tinggal berapa biji jek..capai satu arrr...alamakk..bio oil pun dah abis arrr..

Then aku terus ke Jusco. Alang-alang dah keluar ni baik laa aku pergi carikan juga. Kang tak tido malam lagi Fatin kesian dia. Cari punya cari pun takde juga. Last-last Jarina sms tanya camne nak buat dagingmasak lemak cili api. Aku kol Jarina.
"Lerrr..aakak guna je penawar resdung tu kak..sapu kat hidung dia. Saya guna tu jek."
"Nanti Ina amikkan untuk akak ekk."
"Datang rumah la amik yang saya punya dulu."
"Ok"
Sampai-sampai je Q, J dengan I sambut..Q dengan sakit matanya, I dengan tak pakai baju, J pulak amik selipar abang dia gi humban ke dapur..hahahaha..seronok tengok 3 abdul ni.
"Lerrrr..ni yang sama dengan akak guna tu ke?"
Hahahaha..jarina gelak. Sasau aku ni! Mabuk! Tingat kes matikan enjin waktu sampai kat trafik light dekat politeknik ari tu..hahahaha tak cukup tido punya pasal!

Balik dah dekat pukul satu...apa lagi..lauk terjun-terjun la jawabnya..hehehe..tomyam! Fatin takmo makan..takde selera katanya
"Hah! Tu laa macam mana nak sihat. Suruh makan takmo makan. jangan layan sangat demam tu. kena makan jugak jangan asik tido baring je nanti badan lagi la letih dibuatnya..pot pet pot pet.."
Senyap..
Isk! Aku punya havoc dia boleh tidur, aku ni tadi marah ke menyanyi? Rasa dahi dia panas. Mujahid dah baring kat tepi kakak dia. Aku tepekkan cooling pad ke dahi dia. Cepat je benda tu cair. hrmmm...maafkan ibu..susah ye duduk dengan ibu? Agaknya keadaan kakak atau abang mungkin lebih baik kalau duduk dengan ayah. Serba cukup kan? Dengan ibu macam ni lah segala-galanya kurang!

Tapi ibu dah buat segalanya..jual kuih, jual tudung, masakkan lauk untuk orang, jual barang DCL cuci kain baju orang je ibu belum buat...maafkan ibu.

Rasa sayu je hati..dengan luntang lantung macam ni suami pun bukan tak pernah jerkah aku dulu
"Agaknya mewah betul awak dengan anak-anak kat sana!"
Mewahhh??? Cuma dia yang tak nampak macam mana hidup aku untuk mencukupkan segalanya. Biarlah...Tuhan tahu. Aku berusaha cuma nasib belum menyebelahiku...dan kemewahan yang dia nampak bukanlah kerana aku nampak senang tapi kerana aku yang takkan pernah jemu mengerahkan apa yang mampu.

Teruk sangat ke aku ni???

Wednesday, March 18, 2009

Wakakaka..lawak...lawakkk..tapi terpaksaaaa...

Ni aku kena wat pengumuman paling sadis ni...hahahaha...panel penasihat aku dah bagi cadangan ni..memandangkan blog aku ni makin meletup-letup disarankan aku membuat pagor letrik untuk setiap pengunjung bagi memastikan kapasitinya tak melampaui batas..wakakaka..ye arrr kang ramai nau masuk tak cukup kapet aku nak bentang..kecik ati lakkk. Bahye ooo nanti masuk lam meeting kat makmal komputer..staffroom..toilet..kantin..bwh meja..tepi longkang...tepi tangga..bahye..bahye...boleh pecah ulu hati dibuatnya.

So kepada kenkawan-kenkawan yang aku sayang je arrr..siler tinggalkan nama beserta dengan email address anda supaya pas pelawat anda dapat disediakan..kad VVIP tuuuu...dalam masa seminggu ni jekkk dan kalo aku rasa nak tutup...aku tutup ikut suka2 ati aku arrr..well..aku kan bossssssss...hahahaha...

Keistimewaannyer..kad VVIP tu nanti akan membolehkan korang menikmati sajian2 enak lagi sensasi..bombastik..elastik..terkini dan tanpa was-was! wakakaka..adeiiiii..dah macam iklan colgate dibuatnya..

kalo nak tinggalkan kat ym aku pun xpe...

sekian, terima kasih..

Berkhidmat untuk diri sendiri...
-tuan tanah-

p/s: cenggini ke reez buletinnyerrr??? wakakakakaaka

Tuesday, March 17, 2009

Laramanja.blogspot.com-finale

Terpaksa fikir beratus kali, sayang memang sayang sebab dah hampir 3 tahun aku dengan blog ni. Kat sinilah hati aku..kat ruang ni lah aku kira laman hidup aku..tempat jatuh bangun, tempat mengadu, tempat aku tertawa, menangis dan sejuta rasa sepanjang 3 tahun ni. Sebelum ni blog aku cuma disedari sebilangan kecil rakan-rakan akrab (rakan siber). Aku bebas untuk menulis apa yg aku rasa. tapi sekarang...

Tersedar sebenarnya kesilapan terbesar bila ruang kecil milik aku ini di ziarahi insan-insan yang tak dikenali hati dan perasaannya..tak dapat dipastikan keluhuran dirinya sekalipun mereka adalah insan yang hampir setiap hari aku lihat wajahnya, yang hampir setiap hari kutegur hadirnya. Itu kesilapan terbesarku dan sungguh..aku kesal..menyesal dan kurasakan itulah kebodohan diri yang tak mampu aku maafkan.

Biarpun terasa betapa berat hati namun ini jalan terbaik. Seperti memiliki mutiara terhebat, bagaimana cantik dan bernilai pun ia, tempat terbaiknya tetap di dasar lautan yang paling dalam. Seperti memiliki cenderawasih kehebatannya cuma terlihat kala ia dilepaskan. Semakin tiba dipenghujung ruangan kecil ini terpaksa juga kututup pintunya kerana menyedari tetamu-tetamu yang pernah kualu-alukan hadirnya cuma menjadikan ruangan santaiku sesak dan semakin tidak bermakna.

Buat noreez, liz, isin, eddy, faz, cik kuntum, put3 dan sekerat dua rakan siber yang dah lama menemani..apa2 aku pos ke ym nanti..hanya kita..hehehe

Friday, March 13, 2009

Saat Terjatuh...

Saat kita jatuh..sebenarnya kita tidak memerlukan orang lain untuk membangunkan tapi cukup seseorang hadir di sisi dan memberi kekuatan dan sedikit keyakinan. Itu yang aku rasa kebelakangan ini. Sukar diungkap apa yang hadir di benak hati. Cuba tersenyum..tertawa tapi entah menjadi entahkan tidak.

Berulang kali hati menyatakan 'sabar..' dan demi Tuhan hari demi hari aku kehilangan makna sabar itu sendiri. Seketika airmata menitis tanpa ada tangisan. Seketika aku menjadi jemu kala menjelmakan diri ini sebagai 'aku'. Terasa lelah namun perjalanan ini masih belum boleh kutamatkan. Masih ada sisa perjalanan yang perlu aku lalui dan moga..'sabar' itu masih tergenggam sekalipun indah pengertiannya kian sirna.

hanya doa kupohon..agar segala ini cepat berlalu. Sebelum tembok tabahku runtuh dan menimpa diri, sebelum bahang bara yang membakar mula membuakkan laharnya..cepatlah berakhir.

Namun aku tetap meyakini diri..percaya dengan janjiNya dipenghujung kesakitan ini ada hari cerah yang menantiku, disebalik kabus tebal ini ada cahaya dan sebalik duka ini masih ada bahagia buat aku.

Meniti hari-hari tanpa arah tujuan, aku merindui suatu saat bernama semalam....pulangkan senyum dan tawaku..kembalikan sesuatu yang hilang dari genggaman saat aku merelakan hidup ini kau judikan dalam percaturanmu. Pergilah..kerana sepanjang menjadi milikmu hanya duka yang kau beri buatku..pergilah kerana aku teramat terluka menjadi milik KAMU

Monday, March 9, 2009

Melawan Kesepian-Siti Nurhaliza




Apa pun yang terjadi,
berjalanlah tanpa henti
airmata tertahan waktu untuk dijatuhkan
nanti kita kan tahu
betapa bijaknya hidup
sepahit apa pun ini
pelajaran yg bererti
semoga kepergianmu
tak akan mengubah apapun
semoga
mampu kulawan kesepianku
Nanti kita kan tahu
betapa bijaknya hidup
sepahit apa pun ini
pelajaran yang bererti
semoga kepergianmu
tak akan mengubah apa pun
semoga mampu kulawan kesepianku

Friday, March 6, 2009

Selamat pengantin baru...


Selamat pengantin baru buat kawan aku ni..Jonaidi bin Ismail. Dia ni aku kenal masa musim chatting muda-muda dulu laaa..lama sangat dah. Boleh kira kawan baik. Orang Perlis. Muka dia sebijik macam tutor OUM aku En. Haris b. Rani. Mula dulu aku ingat Jonaidi ni dengan En. haris tu orang yang sama sebab loghat dua-dua sama. Dah tu suara dan loyar dia pun sama..hahahaha..

Dia nikah hari Ahad ni kat sabak Bernam. Plan mula tu nak ikut tapi..yelah..aku ni orang luar tetiba lak join rombongan pengantin bimbang orang citer apa lak. As a friend..aku tolong buatkan dia satu hantaran ni..ini aje yang aku mampu buat untuk kawan baik aku ni. Harap lepas ni sengal dia makin pulih..Insyaallah kalo ada rezki aku mai kenduri hang kat perlis nanti noo...

Aku doakan dia bahagia selama-lamanya. Aminnnnn

Thursday, March 5, 2009

Perghhh..letih gilerrrr

Jumaat...cepatnya masa berlalu. Esok ada exam di UNITEN. Subjek..elektrik. Adessss...minggu lepas kuliah..minggu ni exam..minggu depan kuliah lagi..penat! Yelah nak berulang dari Melaka-Shah Alam setiap minggu rasa macam penat sangat. Ada masa rasa macam give-up je. Bukan sedikit yang aku tempuhi sepanjang pengajian. Sejak mula hinggala ke hari ini. Tanpa sesiapa yang terdekat bagi moral support malah Along pun dari mula tak sudah-sudah suruh aku berhenti. Alasannya..perempuan tak payah nak belajar tinggi-tinggi sebab yang bertanggungjawab sara dia adalah suami...perghhh tang part tu aku selalu nak lepas cakap dengan Along. Pandangan orang mungkin lain tapi tetap tak sama dengan fikiran aku.

Bila letih macam ni aku ada juga terasa macam nak patah balik je. Berhenti dan....tapi segalanya takkan mengubah apa-apa. yang sudah-sudah dan benda yang telah terkubur biarkan lenyap dan aku harus bangun lalu kembali bermula. Kalau orang lain mungkin akan termati langkahnya tapi tidak aku..sekali-kali tidak! Aku mesti grad...dan lepas tu.....

Petang ni ada mesyuarat PIBG sekolah. Ingat nak ke bangi awal tapi terpaksa lah lewat sikit. Tadi dah jumpa GB mintak balik awal dari meeting tu. kena buat surat. So sat lagi nak g amik Nadia kat Pulau Gadong. Fuhhhh..letihnyaaa!

Hati aku seorang IBU,GURU juga MANUSIA


Errmmm...hari ni memang takde mood lansung nak ke sekolah. kenapa? Entah..tapi aku memang takde mood. Hari ni ada majlis jamuan perpisahan untuk Kak Leha (kerani skolah) selain katanya nak meraikan AJK kelab guru. Erkkk...makin takde mood aku. Lepas je melapor diri (hehehe) kat pejabat..aku rezo bahan untuk pagi ni sambil bual dengan bekas GPK HEM sekolah tentang perisian ACAD. Siap je terus ke kelas. Ingat nak jerang air..sekali perasan rupanya pagi ni ada perjumpaan dengan GB. Dah lewat...dah tu dengan perangai budak-budak di kelas lagi lahhh aku berat ati nak keluar.

Balik...jamuan tu aku tak pergi pun..macam biasa laaa..apa dorang nak cakap sukatilah tapi aku memang bukan ghairah sangat dengan benda-benda yg melibatkan makan ramai-ramai ni. Kenapa? Entah..tapi aku memang xsuka. Baik jamuan hari guru kat hotel ke..jamuan akhir tahun kee...aku tak minat! Ceritalah macam mana sedap pun makanan kat majlis tu takkan dapat buat aku kata.."eiii ruginya tak join!" hehehehe..lagipun tiap kali nak menyuap tu hati aku lekat pada anak-anak. Aku kemain happy makan sedap-sedap abis anak-anak aku? Bukan nak kata aku baik tapi..itulah AKU. Nak buat macam mana dah aku camtu...

Apa pun bukan ini yang aku nak cerita. On the way nak g setelkan bil telefon (dah kena block pagi ni pasal xbayor..hahahaha) singgah kat Bee Loon. teringat uniform pengakap dengan PBSM anak-anak xbeli lagi. Kemudian terus ke Mahkota Parade...nak bayor bil ni!

Suddenly waktu tengah makan dengan anak-anak aku di datangi seorang budak lelaki. Aku tak suka nak citer tapi aku tahu aku kena citer juga. Lama dah aku alami perkara yang sama dan aku memang tak puas ati dengan perkara yang satu ni. Bukan nak cari salah sapa-sapa tapi sendiri nilailah. Budak lelaki ni nama dia Bathullah bin Zukafli. Umur baru 12 tahun. Asal dari Perak tapi belajar tahfiz kat Kedah. Pucat muka budak tu bila aku kata aku ni cikgu dan perbuatan dia mintak derma tu salah.
"Awak tahu tak umur baya-baya awak ni sepatutnya awak ada di sekolah? Tahun ni awak UPSR kan?"
"Sekolah kita takde UPSR makcik! Saya pun dah habis sekolah!"
Berderau darah aku. Umur 12 tahun dah abis sekolah? Aku soal lebih kurang. Akhirnya aku mintak surat dari sekolah dia. Yang paling aku terkejut budak ni datangnya dari sekolah yang sama dengan budak2 yang pernah aku jumpa. Dan alasan yang sama akan diberikan..kegiatan keusahawanan. Nak menangis ada tapi waktu tu aku cukup marah. Kenapa tergamak anak-anak yang sepatutnya di sekolah..menikmati zaman sekolahnya disuruh mencari dana untuk sekolah? Kenapa dinafikan hak mereka?
"Ustaz awak mana?"
"Ustaz di Tesco..kutip derma di sana!"
Bayangkan jika anak-anak semuda ini diculik?
Aku capai pen dan kertas..aku tanya siapa namanya..nama kedua orang tuanya dan catat butir-butir di surat tu. Sempat juga aku amik gambar surat tu sebagai bukti ni bukan citer saja-saja. Demi Allah..kalau boleh dikatakan jihad..ini jihad aku semoga ada pihak yang akan memperjuangkan nasib anak-anak ini. Ini bukan kerja mereka! Kalaupun ingin dilatih anak-anak ini berdikari bukan ini caranya.

Ini nama pengetua sekolah tu..korang view lerr sendiri


Ini cop sekolah tu...


Ini lak the whole letter yang budak tu bawa. bayangkan surat tu tarikh dia tahun 2007 sekarang ni dah 2009....berapa lama dan seramai mana anak-anak seumpama ini disuruh buat benda-benda yang bukan tanggungjawab dia? Agak-agak...ada tak pihak yang bertanggungjawab akan hentikan semua ini?
Betul ke ada aktiviti kokurikulum diorang macam ni? Kalaupun 'tiap kejadian itu adalah direncanakan Allah' tidakkah kita sebagai manusia masih boleh berfikir tentang baik dan buruknya?

Namun sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak yang hampir sebaya dengan Bathullah ini hati kecilku menangis..sebagai seorang guru yang mengajar anak-anak yang sebaya dengannya hati kecilku marah..kenapa??? dan sebagai manusia aku teramat bersimpati...

Wednesday, March 4, 2009

Akhirnyaaa....

Ni lerr rupa kelas aku. Tu meja cikgu depa. yang dok aku tepek-tepek tu cd yang dah terpakai. Aku spray lepas tu aku lekatkan ke dinding kelas..hehehehe...ada banyak lagi yang belum naik tu. Hahahaha..kalo hang ada ilang cd ka..mai kelas aku arr kot2 ada yang aku dah terspray.

Ini tempat duduk dorang. tak dan nak balut meja depa tu. tahun ni anak murid aku kurang ganas pasai depa tak dak laa suka nyepah-nyepahkan barang. Brani laaa..aku ambush nanti depa tau..hehehehe
Yang ni pandangan ke belakang kelas. Tu kabinet tu sumerr aku dapatkan sumbangan dari pembekal. Depa dah untung puluh-puluh ribu takkan menyumbang untuk kelas KIA2M aku ni pun tak boleh.
Ni satu lagi. kat sudut tu nanti aku nak buat sudut bacaan. Selain dari tu kat sini aku nak buat bilik gerakan kelab seni visual yang dah aku pegang sejak skolah ni dibuka (1999) Hang pa bayangkan kalo aku pi belajaq orang grad topi dia satu..aku ni mau dua tingkat topi aku.
Ini laaa muka tuan tanahnya..hahahahaha...ni kira opis aku la ni. Sejak pagi sampai ja aku atau sapa2 yang dan terus jerang ayaq..bancuh nescafe..Walau kecik kat sini aku rasa lebih selesa. Aku puas hati walaupun plan aku untuk buat kelas kia2m ni tak lengkap lagi. Aku harap satu hari bila aku takde lagi kat skolah ni...cikgu yang bakal handle kelas ni akan jaga semua yang ada. Jangan dok pi buang sana sini apa yang aku dah sediakan sebab bukan senang nak dapat kabinet buku tu..almari semua...jaga baik-baik. Hang pa yang dok baca entry aku ari ni..hehehe (gelak ada makna ni) kalo ada yang sudi huluq laaa barang dua tiga bijik buku cerita kaaa pasai aku nak lengkapkan sudut bacaan tu, dan pada yang baca entry aku ni semata nak carik modal untuk esok...aku dapatkan semua yang ada tu dengan cara yang sah nooo..lagipun aku ada kawan-kawan (yang takdak kena mengena dengan dunia kita dunia pendidikan) yang sanggup support apa saja yang aku nak buat... jangan dok pi jaja cerita lak..hehehehe..alahaiii..selagi nama manusia.

p/s: korang baca dialog ni...hehehehe "kak bukan takmo pi jengah hang kat belakang tu tapi kak takut terserempak dengan dorang 3 orang tu..." hang pa pikiaq laaa orang lagu mana yang dok cakap lagu tu dan bahya sungguh orang 3 orang tu ekkk

Amaran: Malam ni entry aku guna loghat ala2 utara pasai baru sat tadi kawan baik aku tang kedah telifon kata dia nak kawen sabtu ni...tak pasai-pasai esok ada cerita aku hentam org utara pulakkk..mampuih aku akuu..lain yang nak ditembak..lain pulak yang kena

Tuesday, March 3, 2009

Jadilah...

Sayang..
jadilah langitku
yang bisa memayungi tika panas dan hujan
jadilah mentari
yang menerangi di hari siangku
jadilah bulan
yang menyinari malam-malam sepiku
jadilah kedinginan
yang mendamaikan kehangatan keresahan

Sayang..
jadilah bumi
yang menyediakan hamparan kehijauan
Sayang...
jadilah hati dan nyawaku

Monday, March 2, 2009

Bukan satu tapi tiga...

Aku bertolak dari bangi pagi tadi dalam pukul 5.30. jalan lengang masa kuar dari taman. mengantuknyaaaa..sejuk dan hidung ni makin menjadi pulak tersumbatnya. fatin dengan Mujahid dah sambung mimpi masing-masing. Dorang dah siap mandi dan pakai baju sekolah. Masing-masing dengan jaket yang aku belikan semalam. Ok laaa bulan ni belanja belikan baju untuk dorang. Selalu tu beli jugak tapi bulan ni tergerak nak belikan jaket utk dorang. kesian kalo kuar malam-malam..sejukkkk. lagipun travel dari melaka ke shah alam jauh...xsanggup tengok dorang terlelap dengan sejuknya. Ahh..bukan selalu

sampai rumah dalam 6.30..aku masuk utk solat subuh, tukar baju dan capai apa-apa yang patut untuk ke sekolah ni...sekali aku terdengar sesuatu...halus je kat dalam bilik aku tu..mula-mula seriau jugak aku ni tapi..ahh biarlahhhh...

Sebenarnya aku ada terfikir baru-baru ni....iya arrr..sejak melalui hari-hari tak best tuu..terasa sunyi sangat-sangat. Nak juga arrr tempat bermanja..bergurau senda..tu yang tetiba aku terfikir tentang 'dia'. Tapi...iye arrr niat tu baik tapi aku takut lama-lama jatuh hukum berdosa lakk. Aku ni kan lone ranger banyak tempat nak pegi..misi banyak..hehehe..aku takut nanti-nanti kebajikan 'dia' terabai. Sayang memang la sayang kat 'dia' tapi..ishhh..jangan ikut nafsuuuu...

Balik tang sekolah aku ok lagi sampai laaaa masuk waktu maghrib..ehhhh...sekali aku peratikan langsir bergoyang-goyang. Bila aku intai..lerrrrr..cepatnyerrr Allah kalo nak bagi tu..aku ingat ari tu kalau dapat aku nak satu jekkk..sekali,,waaaaaaa..3

Alhamdulillah....kenkadang Allah tu Maha Kaya. Aku nak satu je..sekali Dia bg 3. Tapi..masa aku perasankan 'dia' humangggg garang gilerrrr..berderau jugak darah dibuatnya.

"Amboiiii...ko diam-diam bawak anak ko kat bawah katil aku..ko ek dengan aku ekkk."

hehehehe..tapi paling best bila tengok mata anak-anak dia..bulat jek mandang aku. Adesss..cair dibuatnya. Aku kuis-kuis ekor yang dok sakan main kain langsir. Dia boleh baring tu...hekelerrr..mengada-ngada pulak. Hanya orang yang sayangkan kucing je tau betapa nikmatnya bila anak-anak kucing ni bermain dengan jari-jari kita selain bila 'dia' start gesel-gesel kat kaki.

capai nset aku..konon nak amik gambar laa..sekali tingat arwah uwan pesan dulu..'jgn amik gambar kucing..nanti dia ilanggg' Alahaiiiii....