Monday, March 23, 2009

Jalanan kita tidak pernah sama. Hari ni mc bila sejak balik dari bangi kelmarin kepala berdenyut ditambah dengan kesihatan anak-anak yang tidak begitu sihat. Tindakan aku mem'privacy' kan blog ni sedikit sebanyak timbulkan pertanyaan di tempat kerja. Tak kurang juga yang mempertikaikan kenapa blog ni boleh wujud. Entah!

Simpati? Aku tidak pernah hidup dengan simpati manusia. Sunyi? Mungkin kerana jalanan kita tidak pernah sama dan aku tak pernah mengharap kawan-kawan atau sesiapa pun jua diluar sana memahami atau cuba mendefinisikan kehidupan aku. Ini tempat aku meluahkan apa yang aku rasa. Barangkali jarum yang tercucuk di jari kita adalah sama tapi kita tidak mungkin dapat merasai kesakitannya sama seperti sakitnya kau dan aku.

Kita mungkin berdiri di atas bumi yang sama, berlindung di bawah lembayung langitNya yang sama dan selagi kau tidak berdiri di tempat mana aku berdiri, mungkinkah kau akan dapat melihat permandangan yang sama seperti aku? kau mungkin menyatakan aku ini 'macam-macam' namun biarlah..Tuhan tahu.

No comments: