Tuesday, November 13, 2007

U

when the wind blow
i hope i can see your smile
i hope i can close my eyes and see u in my dreams
i hope i can be with you till end of the times
...till end of my breath

when the night comes,
i just want to hear your voice through the wind
blessing me with your warmess regard
say to me that u will love me forever

tomorrow...
its hard to say either we can be together again
but my love..
u are the best things happen in my short life
u are the best destiny
and u are my soul...

Monday, November 12, 2007

Catatan Perjalanan- Harga sebuah cinta

12 Nov 2008
Terasa teramat lelah namun terpaksa di dayakan juga. Betapa sakit sebenarnya bila terpaksa dikerahkan segala tenaga yang ada untuk melengkapi segala-galanya hari ini. Setiap senyum dan tawa airmata bagai disulam-sulam.

Terkenangkan segala-galanya di wad NICU HKL bersebelahan katil abah. Seorang ibu muda yang terlantar kerana baru menjalani pembedahan tulang belakang kerana ketumbuhan di saraf tunjangnya. Alangkah tabah wanita itu. Kalaulah aku setabah dia...

Sepanjang berada di wad itu aku menyaksikan kesetiaan seorang lelaki bergelar suami yang akan mengunjungi wanita itu saban hari. Sesekali lelaki itu akan datang dan melihat-lihat isterinya. Semalam..sewaktu aku berdiri di katil abah, aku terpegun tatkala lelaki itu masuk dan memegang erat jemari isterinya. Sebuah senyuman dilemparkan dan dia berbisik sesuatu pada wanita itu. Dalam kepayahan wanita itu membalas senyum suaminya. Lelaki itu terusan memegang erat sambil menyapu tangan dan tapak kaki isterinya dengan minyak panas. Ya Allah...alangkah bertuah wanita ini! Dia diuji dengan kesakitan namun dilimpahi kasih sayang. Aku?

Terasa aku betapa kerdil. terasa betapa aku terlupa untuk bersyukur. Aku berharap aku punya ketabahan seperti wanita itu hingga ke akhir hayatku dalam menghadapi dugaan ini. Sekalipun aku merasai sesuatu dalam tubuhku namun sehingga kini aku masih berdaya mengheret sepasang kaki ini untuk melangkah. Sekalipun aku merasakan, saatnya kian tiba..aku masih diberi kesempatan untuk menatap indahnya langit Tuhan. Sekalipun ku rasakan aku kian tiba diperhentiannya..aku masih diberi peluang menghela nafas menyedut udaraNya. Tuhan...maaf kerana sering meratapi ujianMu ini sedang ada insan lain yang lebih menderita dariku.

Duduk mengadap blog ku ini...semoga satu ketika nanti..sekalipun bila segalanya berakhir..namaku masih meniti dibibir mereka

manjalara/12 nov 2007/7.32p.m

Thursday, November 8, 2007

Catatan perjalanan: Sebuah Perjalanan Hidup

Sejak Sabtu lepas aku berulang-alik ke hospital mengunjungi bapa mertua yang sedang sakit. Darah tingginya datang menyerang. Setelah di scan berlaku sedikit pendarahan di otaknya. Sewaktu sampai petang sabtu tu, abah masih boleh bercakap. Dia bertanyakan tentang peperiksaan pertengahan semester ku. Masih ingat kata-kata abah petang itu.."boleh buat tu.." katanya bila aku maklumkan tentang final exam pada penghujung november nanti. Aku hanya tersenyum.

Setelah menghadapi makan malam (nasi, ayam masak kurma dan sayur) abah tidur. Letih sangat barangkalinya. Siapa menduga sejak petang itu abah tidak lagi sedarkan diri. Keesokkannya abah di hantar ke hospital seremban untuk di x-ray. Doc takut abah strok. Aku berada di Politeknik masa suami memaklumkan tentang perkara itu. Hati benar-benar resah dan aku mengambil keputusan untuk balik sahaja. Sampai di kg tak seorang pun yang memaklumkan masing-masing berada di mana dan jadilah aku seorang penunggu rumah kosong!

Wad ICU di seremban penuh, abah dihantar semula ke Hospital Ampuan Najihah K. Pilah. Hanya Tuhan yang tahu betapa teruknya perasaan ku masa itu. Manakan tidak keputusan x-ray tak meyakinkan. Doc menyatakan kemungkinan abah ada ketumbuhan berdasarkan dot yang ada pada gambar hitam putih tu.

Ahad...ujian buatku bermula bila abah di hantar ke Hospital Kuala Lumpur...Tuhan, berikan aku kesabaran.

Menyaksikan pertarungan antara hidup dan mati di wad neurosurgical hati dipagut resah..pilu. Melihat penderitaan setiap individu di sana..kalaulah boleh sebahagian derita mereka kutanggung bersama...Tercalar sebenarnya melihatkan kesakitan yang mereka tanggung. Abah terpaksa dibedah untuk mengeluarkan cecair tulang belakangnya yang tersekat di otak. Aku hanya mampu bermohon...andai kehidupan abah lebih bermakna dan akan memberi seribu kebaikan buat dirinya dan insan lain aku sanggup bertukar nyawa! Panggilan demi panggilan yang suami terima dari kawan-kawanya termasuk dari perempuan itu...aku hanya mampu bersabar. Biarlah...mungkin kehadiranku tidak cukup bermakna untuk memberinya kekuatan dan ketenangan (tiba-tiba aku terkenang...pagi tadi suami merampas telefonnya dari tanganku bila aku cuba mengambil panggilan yang datang.)

Abah mesti kembali sihat! Mak..anak-anak abah..cucu-cucu abah masih memerlukan abah di sini. Abah mesti sembuh!

Hidup tidak begitu mudah..like a chess if we didn't make a move we'll loose the other steps! Aku tersenyum dalam tangis ku sendiri.

Abah berada dalam keadaan separuh sedar semasa aku memanggilnya semalam. Melihat keadaannya aku sebak. Abah mesti kuat. Kalau Tuhan terpaksa mengambil nyawaku untuk mengembalikan kesihatan abah..ambillah!

Tatkala menyedari dalam pada aku berusaha menjaga hati dan perasaan suami (nset ku vibrate kan) aku menyanggupi untuk berulang-alik dari Melaka ke KL dalam keadaan duit sesen pun tak ada..kerana mengharapkan dia menghargaiku...hati kembali tercalar...
"Abang tau rahsia ayah bu.." bisik Mujahid ke telingaku.
"Rahsia apa?"
"Pagi tadi kawan perempuan ayah tu telefon."
"Ayah cakap apa?"
"Dia kata I Love U..."
"Tak apa lah....abang sayang ibu kan?" Balasku. Sebak..sedih..tapi kugagahi untuk tersenyum. Seawal pagi aku disini menemani ibunya..ini yang aku perolehi..biarlah..Tuhan pasti adil!

Inilah perjalanan..sebuah tangis..suka duka dan entah mengapa aku diuji sebegini pedih. Kesalahan ku di cari-cari namun setiap inci silapnya dinafikan. Tuhan...andai 'dia' bahagia suamiku..satukanlah mereka dan temukan aku dengan jalanku. Hanya satu impian ini melihat anak-anak dewasa menjadi hambaMu yang soleh dan solehah, sihat dan menjalani kehidupan yang bemakna di dunia dan akhirat. Andai airmata ibu mereka ini dapat membeli syurga buat anak-anak...aku redha.

Aku mohon Ya Rabbi..berikan aku kesabaran andai ini hanya ujian dariMu..berikan aku ketabahan seandainya ini adalah takdir buatku...dan berikan aku pasrah andai telah tertulis bahagia itu bukan milikku...

manjalara/9 nov 2007/8.42 a.m

Selamat Hari Lahir Buat Mujahid...

Harga...

malam ini aku ingin bercerita tentang seorang kekasih bersama kekasihnya (kalau boleh diandaikan begitu) Kekasih itu diuji dengan penderitaan seseorang yang amat disayanginya. Dia melakukan apa sahaja demi meringankan beban 'kekasihnya'. Dia sedar betapa dia kelelahan, dia mengerti sejauhmana keupayaan dirinya..namun demi 'kekasihnya' itu dia berusaha bangkit tanpa menghiraukan keadaan dirinya. Dia tidak memperdulikan sesempit ruang yang tinggal untuk dirinya sendiri.

Sewaktu memandu di lebuhraya untuk menyempurnakan tugas yang dia sendiri relakan demi 'kekasihnya' itu entah berapa kali keretanya diasak lori dan bas ekspress namun demi 'kekasihnya' itu....entah berapa kali dia terlelap dan keretanya hampir merempuh pembahagi jalan...tapi demi...

Sesekali sewaktu menunggu waktu melawat dia terlelap di tempat duduk. Berkali-kali juga dia terpaksa memegang besi tangga bila pandangannya gelap tiba-tiba. Kekasih itu tetap berusaha meringankan beban dan kesengsaraan 'kekasihnya'

Hari ini....kekasih itu berasa amat terluka. Tatkala dia berusaha memenuhi segala keperluan orang lain dia tersedar..betapa apa jua yang dia lakukan tidak pernah punya harga di mata 'kekasihnya' itu. Dia tahu sesuatu...ketika dia cuba menjaga hati 'kekasihnya' rupa-rupanya dia tidak pernah di hargai. Terpampang nama 'Aiza' di telefon bimbit 'kekasihnya' bila dia menghubungi saudaranya tadi.

Kekasih itu terpinggir sepi di suatu sudut menyaksikan berapa banyak diri yg sedang berjuang untuk hidup...dia menyedari sebenarnya dia telah lama mati. Kekasih itu berbisik betapa dia amat menyesali pertemuan itu...betapa kian dia cuba mengasihi dia terus terluka...Tuhan..aku amat membenci lelaki ini..bisik hati kecilnya

Dia berusaha menyembunyikan hati dan perasaannya..hanya Dia yang tahu betapa hati kecilnya sedang menangis dan merintih...tamatkanlah perjalanan ini

manjalara/8 nov 07. 8.49 p.m.

Wednesday, October 31, 2007

Catatan Perjalanan: Duit Bukan Segalanya?

Aku tertawa sendirian sepanjang hari ini. Pelbagai andaian terbit di hati rakan-rakan sejawat bila mereka menyedari aku serius menceburkan diri dengan MLM. Risalah-risalah DCL (de' classic Life) aku edarkan ke meja-meja di bilik guru. Siapa percaya aku melaburkan 3 k semata-mata untuk tujuan ini. Tuhan...tunjukkan aku jalan.

Teringat kata teman.."Ja..duit bukan segalanya!" Aku hanya menyambut kata-katanya dengan senyuman. Ya pada mereka yang tidak pernah melalui apa yang pernah aku lalui! Mungkin mereka pernah merasa betapa perit hidup sewaktu mula-mula bekerja tanpa dibayar gaji selama 3 bulan...tapi aku?

Seorang teman membisikkan ke telingaku tempoh hari. Dia menyuarakan kebimbangannya terhadap kesungguhan ku mencari apa saja peluang yang boleh menghasilkan pendapatan. Pada fikiran teman itu...duit bukan segalanya! dahsyat juga..duit bukan segalanya...aku tersenyum lagi.

Hari ini aku membuktikan pada diriku betapa aku harus meladeni rasa lelah ini demi anak-anak! Memikirkan bekal yang harus aku tinggalkan sekiranya terjadi sesuatu terhadapku. Aku tidak sanggup meninggalkan mereka. Hari ini membuktikan saudara tidak akan mengaku saudara tanpa harta..nah! Masihkah duit bukan segalanya? Sekurang-kurangnya aku harus menyediakan bekal buat mereka menyambung pelajaran (aku tidak punya harta yang dapat kuwarisi pada anak-anak cuma ada pendidikan), ada tempat tinggal. Aku tidak sanggup memikirkan anak-anak terpaksa merempat dan mengemis kasih pada saudara-saudaraku. Tidak! Kita disayangi jika kita masih mampu membeli pakaian dan makanan sendiri!

Berdosa seorang isteri keluar dari rumah tanpa izin suami! Aku arif! Aku tahu dan sinisan itu juga kuanggap suatu halangan. Satu cabaran yang harus kutempuhi. Biarlah aku berdosa pada suami tapi aku tak mampu membiarkan anak-anak merasa apa yang kurasai. Aku lakukan segalanya demi anak-anak. Terlalu banyak keperluan mereka yang harus aku isi. Aku harus memulakannya jika tiada kepala lain yang sudi berfikir untukku!

Tabung pendidikan anak-anak..insuran...medical card! Semua itu satu keperluan. Perbincangan bersama suami tidak ke mana-mana. Alasannya pendapatannya tidak cukup! Mula aku berkeras, ini tanggungjawab dia tapi kelamaan aku mula berfikir...tak sudah dengan perbalahan ini. Anak-anak akan menjadi mangsa. Biarlah! Sekurang-kurangnya satu hari nanti mereka sedar betapa bonda mereka ini berhempas pulas demi masa depan mereka. Tuhan..berkati langkahku.

Terbayang di ingatan, kerana duit bukan segalanya juga aku di KLIA dengan hanya berbekal RM1.50! Selama hampir 3 hari di Kelantan aku tidak punya duit untuk membeli apa-apa buat anak-anakku. Aku menangis sepanjang malam.

Belum lenyap sebak di dadaku bila anak-anak minta singgah di kedai sewaktu perjalanan pulang ke rumah untuk membeli air. Dahaga kata mereka tapi aku menyatakan pada anak-anak aku tidak punya cukup duit. Di hatiku hanya ada tangis. hanya seorang ibu yang mampu memahami perasaan seorang ibu yang tak mampu menunaikan keinginan anak-anaknya. Belum lupa juga permintaan anak lelakiku untuk makan di KFC. Berkali-kali anak ini merayuku singgah ke restoran tersebut...tapi apa dayaku

Aku harus melakukannya! Tuhan...murahkanlah rezki anak-anakku....

Monday, October 29, 2007

Catatan Perjalanan: Sebuah Pengertian

Terasa lelah seharian memugar diri. Aku dibelengu cerita hidup. Kesal..hampa terkadang berputar membuatkan ghairah hidupku menjadi pudar. Seharian di sekolah, terasa di hadapan hanya lorong-lorong gelap..kosong dan entah dipenghujung mana cahayanya. Mengapa begitu sukar menjadi seorang AKU?

Aku hanya mencari bahagia..berdosakah aku menyalakan syurga di dalam diriku? Percaturan hidup...aku kelelahan sebenarnya. Kehilangan mula terasa sekalipun dia tidak pernah mengucapkan selamat tinggal. Aku menyusun langkah, walau pincang terus jua ku jalani kerana selangkah ini aku harus berganjak!

Mengenang cermin-cermin yang masih byk belum siap kulukis, menjadikan hati sebal. Entah yang mana harus kumula. Warna-warna yang terhad membuatkan fikiranku mati. Selagi tiada cermin yang kupalitkan warna terasa hidup ini terbazir sehari. Aku perlu melontarkan segala yang ada di hati ini pada cermin-cermin di hadapanku!

Bukan mudah menjadi seorang isteri, ibu juga bapa di masa yan sama. Aku penat! Mata fikirku tak pernah berhenti mencari sebuah kesempatan. Terkadang aku tertanya..sebagai isteri..apa perananku? Sebagai ibu..apa tugasku? dan di masa yang sama mengapa aku harus menjadi seorang bapa juga terhadap anak-anakku...Ya Tuhan..aku benar-benar kelelahan...

Setiap saat aku memikirkan tentang anak-anak. Siapa dan bagaimana sekalipun mereka..mereka anak-anakku. Tuhan..terangi hati-hati mereka menerima pelajaran. Perit mengenang segala kekurangan. Kalau ini takdirku..berikan aku kesabaran...

Azan Maghrib berbunyi..aku teramat impikan seorang pengemudi keluargaku telah bersedia di sejadah memimpin solat aku dan anak-anak. Ternyata itu hanya impian. Terlontar bermakna dosa...Aku benar-benar terjerut!

Tuhan..malam ini aku benar-benar keletihan..hadirkan di hatinya aku hanya seorang perempuan yang teramat menginginkan berjalan dan berlari seiring!

manjalara/29 nov 2007/11.54 p.m

Puisi : Malam Ini Aku Ingin Sekali Bermimpi

Sebuah lautan teduh
terbentang melambai datang
nyanyian ombak mendayu memukul dan membelai pantai
jernih dinginnya terasa
seakan aku tak mahu pulang lagi

Sebuah dataran menghijau
warnanya sesejuk salju
aspal baldu disapa bayu
terasa aku ingin terus jatuh dalam dakapannya
terlena dan larut dalam lautan mimpi ini

Sebatang sungai susu
menyambut pencari seorang aku
katanya jamahlah dingin airku
lenyapkan dahaga semusim
mencari ruang tenang
melepas lelah dihambat sebuah cerita tentang kehidupan
dan dalam pelukan alam
aku terlalu ingin
esok..
janganlah aku bangun lagi..


manjalara/29 Nov 2007/11.29p.m.

Sunday, October 28, 2007

Puisi: AKU

Sebidang kecil hati ini,
terasa kembali dilapah
hendak kuluah dukanya
tapi kehilangan bahasa
hendak dibangsi tangisnya
airmata kering sebelum sempat dibicara sebaknya

Aduhai....
mengapa ada pertemuan
kalau dikesudahan ada perpisahan yang menanti
mengapa setiap bahagia yang bermula
untukku tangis jua akhirnya?

Keramat benar..
sebuah hati
kupendam kubawa berlari
terjatuh tersungkur terngadah
ke langit jua takdir itu kuratap
luka berdarah
tiada jua yang menyambut rebahku

Keramat benar...
sebuah bahagia
kumimpi..kuimpi.kucanting cantiknya
namun terpalit juga kusam hidupku
tunjukkan jalan
kerana aku tersesat sebelum buta

Keramat benar...
seorang perempuan bernama AKU
walau selaut mana ku empang tenang
gelora juga yg menghempas pantaiku
menjulang dan membenam

Usaikanlah wahai hati...
serabut luka duka ini
benihkan kembali tabah itu
dan kembali mengerti
walau di mana bagaimana dan siapa
dipenghujung takdir
kita sendirian akhirnya

Tabahlah wahai diri
sejauhmana kita berlari
jurang jua yg menanti
bahagia apa yg kita cari
sesungguhnya tak pernah mudah
menjadi seorang perempuan
bernama 'AKU'

manjalara/29 okt 2007/1227am
aku belajar tersenyum sedetik setelah kau katakan aku harus mula menerima hakikat. Aku belajar mengerti...bagaimana sekali cinta itu bermula...noktah jua akhirnya. Tuhan..berikan aku kekasih yang akan menggenggam erat jemariku dan berkata...sayang, kirimkan aku sebahagian dukamu

Friday, October 26, 2007

Cerpen- Siapa Nak Mula Dulu?

(chapter 1)

Jemarinya terasa kaku sebaik sebaris ayat keluar di monitor komputernya. Terasa seolah-olah roda otaknya berhenti berputar.

'dia dah bertunang. Masa pergi rumah Syam pun dia bawa tunangnya!'

Eh! Dia tak kata apa-apa pun dengan aku. Rasanya last week pun takde pulak dia kata nak bertunang atau dah sudah bertunang!

Dia menulis..'takpe ke esok aku ke rumah Ida dengan dia?'

'takpe...suruh dia bawa tunangnya sama'

'sungguh ke dia dah bertunang?'

'betul la kot! Dia kata dengan kitorang tu tunang dia'

'masa kita hang out sama-sama dulu tunang dia ada sama ke?'

'tunang dia bukan group kita la Anne!'

Dia terdiam.

'Anne!'

Diam.



Telefon bimbitnya berbunyi.

Alamak! tau-tau je aku tengah cerita tentang dia. Alih-alih dah telefon. Dahsyat juga sense dia ni!

"Anne..kenapa tak reply message saya?"

"Tak tau nak kata apa.."

"Macam jauh hati je bunyinya...saya ada buat salah ke?"

"Tak!"

"Makan jom!"

"Kenyang la K!"

"Alaaa..kau tengok aku makan je. Siap ekk..15 minit aku sampai!"

Aduhhh! Dia ni!



"Diam je..selalu riuh!"

Dia tersengeh. "Elehhh..ajak aku gi makan tapi bawak tunang!" bisiknya

"Apa N?"

"Apa?"

"Kau kata apa tadi?"

"Aku kata...ikan bakar ni banyak sangat bawang!"

"oo.."

"Dah tau nak keluar dengan aku..dengan aku je laa..kau memang tak patut la K!"

"Apa N?"

"Apa?"

"Kau cakap apa tadi?"

Eiii..dia dengar ke aku kata apa?

"Betulkan Ju...Ju dengar N kata apa?"

Gadis manis di sebelahnya tertawa kecil sambil mengangkat bahu."Cantik juga N ni patutlah K susah betul nak falling in love dengan aku,"

"Ju kata apa?"

"Mana ada Ju kata apa-apa."

"Iye..K dengar!"

"Kau ni K..mana ada kami cakap apa-apa. Telinga kau ni betul ke tak?" Soal N.

"Isk! Aku dengar laaa.."

"Berat kes kau ni..." aku merungut sendirian.

"Apa yang berat?"

"Takde apa laaa..."



"N..cantik tak tunang aku tu?"

Cantik lagi aku!

"Cantik ekkk?"

"Iyeee..memang cantik!" Aku kata tak nanti kau kecik hati pulak K

"Apa kau cakap N?"

"Iyee..tunang kau cantik..pandai kau pilih. Mana kau dapat ekk?"

K ketawa mengekek. "Aku jumpa kat Giant!"

"Apsal kau tak pilih aku K?"

"Kau cakap apa N?"

Dengar aje K ni apa aku cakap. Kuat sangat ke?



Payahnya nak lelap. Dah pukul satu..agak-agak K terus hantar tunang dia balik ke atau diorang singgah mana-mana ekk? Peduli apa aku....mana boleh! Patutnya K pilih aku bukan dak Ju tu!

Adehhh..apsal la K tak tahu yang aku ni dah lama suka kat dia?



Dah pukul satu. N dah tidur ke arr? Kenapa dia senyap je tadi? Dia marah ke aku bawa Ju sama masa gi makan tadi? N...rindu pulak aku dengan dia. Dia buat apa agaknya waktu-waktu ni? Mesti dia sibuk dengan drawing dia tu. N..aku telefon kau ekk?



Eiii..mata! Lelap laaaa....K kau buat apa masa ni? Selalu sebelum aku tidur kau mesti telefon aku. Kenapa malam ni tak K? Begini ke aku agaknya lepas kau kahwin nanti K? K..telefon la aku.



Isk! Aku telefon ni nanti mesti dia marah aku ni. N..agak-agak kau tahu tak selama ni aku suka kau? Kalau tahu kenapa kau tak respon N? Kenapa kau aje yang tak mulakan kata kat aku...'K..aku suka kau!' Kenapa kau nak tunggu aku jugak N? Tapi...betul ke kau suka aku N?



Aku suka kau K...



N...aku suka kau!



"K..Ju tanya sesuatu boleh?"

Dia mengangguk. Semacam je permintaan dia ni...

"K dah lama kenal N?"

"Lama...hampir dua tahun jugak!"

"Macam mana kenal N?"

Dia menyingai. "Kami chat waktu tu. K suka dia waktu chat. No worry je!"

"Suka aje?"

Alamak aiiii...

"Tak lebih?"

Gulp!

"N cantik K...takkan takde rasa apa-apa kat dia?"

"Cantik je tak cukup Ju..." perghhhh! Apa aku cakap ni? Kan memang N tu cantik. Memang aku suka dia pun.

"Malam tadi Ju rasa N cemburu bila Ju ikut K."

"Iye?"

"K kata N tu chat no worry tapi kenapa malam tadi dia senyap je?"

"K paksa dia ikut K. N tak nak keluar asalnya tapi K paksa jugak. Dia penat tu,"



"K mana N?"

Mana aku tau. Dia dengan tunang dia laa...tanya aku buat apa?

"Kelat je muka kau malam ni N.."

"Penat la I..."

"kau buat apa penat?"

Alamak I ni..banyak pulak soal dia.

"Macam tak cukup tidur je.."

"Ha'a...aku tak cukup tidur la I..malam tadi panas sangat!"

"Panas sebab K ke?"

Mamat ni...aku debik jugak ni karang "Z dengan B mana ekkk?"

I ketawa. "Hahahahaha..kau dah out of topic ni N!"

"Ye laa..ye laaa....aku kalah laaa!"

"Aku kenal kau N. Apasal kau tak terus terang je dengan K kau suka dia?"

"Iye kalau dia suka aku..kalau tak?"

"Kurang-kurang kau dah terus-terang N. Sekarang kau gigit jari. Nak bagitau K pun dah terlambat!"

Kau ni I saje jekkk. Bukan meringankan beban aku menambahkan lagi ada laa..

"Alaa N..aku kan ada! hahahahaha..."

Eiiiii..dari kau aku rela sensorang je I



"Soriiii..kami lambat!"

"Kenapa lewat Z, selalu kau dengan B yang paling awal!"

"Aku bagi chance I ngorat kau dulu N.."

B ketawa. "ye..ye.."

"Petang tadi masa aku nampak kau kat office baju kau lain B..."

"Ni lambat sebab tembam ni jugak lahh! Nak mandi bagai!"

"Aku tak mandi kau kata aku busuk! Berlengas laa..buat cemar perfum kereta kau laa."

"Alaaa..B kau mandi camner pun bau kau sama je.."

"Kau tengok N..!"

"ye..ye.."

"K mana N?"

Ni sorang lagi. Tanya aku pulak! "Mana aku tau."

"Kau call la dia N.."

Isk! Rimas aku.

Chapter II

Matanya merenung airhujan yang menuruni cermin pejabat. Kuala Lumpur kelihatan berbalam setelah hampir seharian di simbahi hujan. Dia mengeluh. Sesuatu singgah di fikirannya tika ini. Suatu ketika dulu..hampir dua tahun telah berlalu.
Arghh...asal hujan aku mesti ingat semua tu...rungutnya. Technical pen yang dari tadi tidak lekang dari jarinya diletakkan perlahan.
K..kenapa susah sangat nak terima hakikat kau telah dimiliki?
"Oit! menunggg je.." B menepuk bahunya. N sedikit terkejut.
"B..!"
"Apa?"
"Jangan la buat aku macam tu B..kalau aku sakit jantung boleh mati tau!"
B ketawa. Lesung pipitnya menyerlah di kedua-dua belah pipinya. "Ala...kalau kau kena heart attack pun tak dan-dan tu matilah!"
"Oo..kau suka aku mati dulu ekk?"
"Alaaa..N, kau mati pun aku tanam la. Aku tak biar kau reput kat office ni, jangan la kau risau!"
Tak guna betul dak B ni! K...mana kau?
"N, K mana?"
Dia mengangkat bahu. Kalau aku tahu mana K pergi aku tak sasau macam ni tau!
"K dah bertunang ekk N? Sedih aku tau!"
Aiii..lain macam je bunyinya..
"Kenapa K tak pernah bagitau kita ekk?"
"Kalau kau tau B, jawabnya satu KL tau. Kau kan Hot FM paling baik di KL ni.."
"Iye laa...tapi kenapa dia tak mahu cakap dengan kita.."
"Suka hati dia la B. Kalau dia nak cakap..dia cakap. Kalau tak cakap tu mesti dia ada sebab sendiri."
B menatap wajah N. Aku kesian dengan kau N!
"Apsal kau tenung aku camtu? Ada hutang?"
"Ada!"
"Apa?"
"Kau janji dengan aku bulan lepas kalau KL hujan kita balik rumah main kapal kertas. Jom la N!"
Minah ni...!
"Kau tak kesian ke dengan aku? Aku tak puas main hujan kecik-kecik dulu N. Jom arrrr!"
"Kau gila B! nampak dek makcik-makcik sebelah malu kita! Dah tua-tua bangka main hujan.."
B buat muka lima sen.
"Ye laaa..jom!"
Alahaiiiii...

Dia mula kesejukkan. Hujan terus bertali arus sesekali disimbahi cahaya kilat di langit.
K..aku rindu sangat dengan kau bila hujan-hujan macam ni. Mana kau menghilang K?

"Oiii! Dah la B aku sejuk gila dah ni!"
"Kau ni N..sejuk apa pulak baru lima minit!"
"Kau lemak 20 kilo..."
"Wawawawa..kutuk aku ekkk!"
"Dah la B! Kata nak main kapal kertas je..ni mandi hujan ni B"

N..aku rindu kau! Dah seminggu aku tak dengar suara kau N..tak nampak muka kau...
"Oiii!"
Adehhh! Dia ni lagi!
"kau menung-menung ni K..kau rindu N ekk?"
Iyerrr..
"Mana kau hilang?"
"Kerja banyak la..."
"Projek kat JB tu diorang dah bukak tender ke?"
"Aku takde mood la nak citer pasal projek tu I..kau tanya Eleen la dah open tender ke belum!"
I ketawa. "Angin je K..air dah sampai kepala ke? Hahahaha..."
Mamat ni memang buat aku sakit hati! "Kau ada nampak N?"
"N? Entah tapi Z dengan B ada tadi..."
kalau diorang tu aku nak buat apa..aku nak N!
"Pelik la..minggu lepas N mengelamun je..kau takde. Minggu ni N hilang, kau pulak macam ayam berak kapur!"
"Dia ada tanya pasal aku?"
"Dari dia tanya pasal kau baik dia tanya pasal aku! Hahahahaha!"
Nak kena I ni...ada yang meja atas kepala dia nanti!
"Relek la K..N out station. B kata boss diorang nak antar N ke UK. HQ mintak!"
"Jauh tuuu! Habis aku?"
"Kau kan dah tunang...kau pass N kat aku je la K.."
N!

Chapter III

"Puas aku cari kau N...kau marah dengan aku ke?"
Marah? Angau lagi ada!
"Kalau kau marah aku..aku mintak maaf ekk N..aku tak tau. lain kali kau cakap la kalau aku ada buat kau kecik ati ke.."
"Aku banyak kerja la K..Drawing aku banyak tak siap lagi ni. PC aku tu virus aje.."
"Aku tolong kau ek?"
"Kerja kau sendiri tak terbuat..aku tau RC Drawing kau untuk projek kat Kuantan tu belum siap kan?"
"Kejap je tu..nanti-nanti siap laa.." mana nak siap N..dalam kepala aku..mata aku..hati aku cuma ingat kau!
"K...aku.."
"Aku dengar bos nak hantar kau ke HQ betul ke N?"
Amboii! cepatnyerr tersebar berita tu.." Siapa cakap?"
"I..aku jumpa dia semalam!"
K...bila aku boleh dengar ucapan keramat tu?
"Kau pergi jugak ke?"
Aku mengangguk. Ni aje peluang aku boleh larikan diri dari kau K. Aku harap bila dah jauh nanti aku boleh lupakan kau!
"Habis aku?"
"Laa..kalau aku ada sini pun bukan ada makna apa-apa pun.."
"Apa takde makna pulak! Kau kan selalu bela aku..siapa nak belanja aku makan kalau bukan kau! Siapa nak tolong teman aku buat calculation tu kalau bukan kau? Siapa nak tolong aku pack barang bila kena outstation kalau bukan kau?"
Ooo..tau pulak kau perlukan aku ekk.."Alaa..B ada.."
"Aku takmo arr B tu..dia main sumbat aje barang-barang aku. Sampai sana aku kena iron balik baju-baju aku..dokumen selalu terlipat-lipat."
"Nanti aku pesan la dengan B.."
Eiii..dia ni tak faham-faham ke aku tak bagi dia pergi...N..!
"Kau pun kan dah tunang K..nanti apa kata tunang kau kalau dia tau aku selalu tolong kau!"
"N!"
"Apa?"
Makin lawa pulak N ni makin hari aku tengok. kenapa laa susah sangat aku nak berterus terang dengan dia yang aku sukakan dia...
"Kau nak cakap apa K?"
"Tak pergi tak boleh ke?"
"Boleh.."
Senyum
"Kau bayar gaji aku!"
Perghhh..gaji kau dekat 5K...berasap akuuu N
"Sanggup?"
"Kau jadi bini aku!"
Sempat lagi kau mengenakan aku K. Aku angguk kanggg..."Kalau aku jadi bini kau, boleh dapat ke sebulan 5 ribu K?"
Usahkan 5 ribu, bulan bintang sumer aku bagi N..sebut apa yang kau nak. N...aku suka kau!
"K..B dah telefon dia ajak aku gi makan ni. Kau nak ikut tak?"
B lagi... aku suka kau laaaa
"Dengar tak?"
"Dengar! Siapa lagi?"
"Z ada...I pun ada. Jom lah!"

Chapter IV

N...aku betul-betul angau ni. Apa kau sedang buat sekarang ni N? Mesti tengah kena buli dengan B kan? Kenapalah masa makan tadi aku tak iye kan aje apa yang B cakap N?
Kenapa N? Kenapa mesti B yang perasan betapa aku suka sangat dengan kau? Kenapa kau tak perasan N?

"Alaaa K..cakap je yang kau sukakan N ni.."
Aku nampak muka kau merah N. makin suka pulak aku tengok tapi aku segan N sebab tu aku diam je. Ikut hati time tu jugak aku teriak yang aku memang sukakan kau. Sejak dulu lagi N aku sukakan kau..aku gilakan kau!
"Baik kau mengaku je K sebelum N ni kena kipnap dengan orang lain..I tu menunggu je tu.."
"Aku ok..touch n go!"
Siot je kau ni I..asal ada peluang je.

K..betul ke kau sukakan aku? kalau betul kenapa kau tak iyekan aje B cakap tadi? Bukan dengan orang lain K...tadi pun depan kawan-kawan kita jugak..I..B dengan Z.
Cepatlah K..kalau betul kau sukakan aku..kau cakaplah. Aku tunggu lama ayat kau tu. Dah tinggal seminggu je aku nak ke UK ni.


















Catatan Perjalanan- Ku Punya Hati (1)

Petang merangkak pergi, warna jingga mula meronai alam. Puas berdiri menatap raut wajah keriangan di padang permainan aku beransur pulang. Terasa di hati ini ada kekosongan yang amat dalam. Sejauh mana lagi ujian ini harus aku lalui?
Namun apa daya ku andai ini takdir yang harus aku lalui..aku hanya mohon diberi ketabahan. Aku mohon diberi kekuatan. Kesepian menjadikan aku nanar dalam mencari perhentian ini. Airmata begitu murah mengisi perjalananku. Hampir 5 tahun aku meratapi kehilangan bidadari kecilku. Betapa sekali aku tersenyum, masih ada jua tangisan di hati ini. Betapa sekali aku cuba mengisi segala-galanya namun ruang itu tetap sepi dan kosong.

Malam tadi..aku nekad untuk beransur pergi dari gwang yang sekian lama mengubati duka laraku. Beransur pergi setelah mula ada cerita-cerita tentang aku di rum. Mungkin rentetan dari peristiwa 'seseorang' yang mencurahkan perasaannya suatu hari dulu. mencurahkan kekecewaannya kerana seorang 'aku'. lantaran cerita itu mula bercambah dan pelbagai versi yang mula keluar dan tercipta. Pelik! Sebegitu ramai orang seperti aku menjadikan ruang itu untuk menghilangkan kekusutan hariannya..mengapa aku juga yang menjadi mangsa?

Sebelum lebih banyak kesakitan yang kutanggung, teman..izinkan aku pergi!

Aku amat menyayangi mereka yang sudi berkongsi sebuah persahabatan denganku tapi entah mengapa di kesudahannya aku juga yang dilukakan. Berulang kali aku mencari puncanya mengapa dan apa salahku hingga sebegini sakit aku dimalukan? Mengapa madu yang kuhulur tuba juga yang dibalas buatku?

Sebegini jauh aku berlari mencari sebuah ketenangan namun siapa sangka dunia sesepi itu akan aku kunjungi dan tamui lagi.

Memang benar aku bukan sebaik-baik insan tapi apakah aku bersalah kerana terlalu ingin mencari bahagiaku? Salahkah jika aku mencari ruang untuk membuatkan aku tersenyum sendiri?
Mengapa? Mengapa akhirnya duka jua buatku?

Teman...hari demi hari ketabahanku kian tercalar. Serasa ingin saja larut dalam setiap kedukaan ini. Betapa terkadang aku amat memerlukan kalian hadir di sisiku tapi....akhirnya aku jua ditinggalkan. Salahku jua yang dicari hingga ke akar umbi. Kurang ku jua yang dijulang-julang. kalian takkan mengerti kerana kata kalian...that's life, dear!

Aku benci melangkah dalam dunia ini. Aku benci mencanting angan esokku kerana bagaimana indah lukisanku nanti, pasti ada yang akan memudarkan.

Teman..kita takkan mengerti apa-apa sehingga kita berdiri di tempat yang sama.

manjalara/26 Okt 07/ 6.42 p.m
"kala kesepian menjadi teman terpaling akrab..dan aku mula dihambat pedihnya,"

Thursday, October 25, 2007

Cerpen-Pulang Yang Damai (3)

Pulang Yang Damai (3)

Aku terlontar di ruang penuh sunyi ini. Tiada suami, anak-anak mahupun teman-teman yang menemaniku. Suasana wad amat suram dan bungkam. Setiap persatu wajah yang mengelilingiku kelihatannya amat sugul. Mak masih menggenggam erat Surah Yaasin di tangannya. Wajah mak kelihatan amat letih. Sesekali aku melihat mak mengesati airmatanya. Mak..ampunkan Eja. Tika ini aku hanya mampu melutut di kaki mak. Sekalipun mak takkan sedar betapa aku terasa amat sedih tika aku mula mengerti saat untuk aku tinggalkan segala-galanya kian hampir. Maafkan Eja mak kerana terpaksa tinggalkan mak dalam keadaan begini. Dahi mak kucium berkali-kali sekalipun aku tahu mak takkan merasa apa-apa. Alangkah indahnya perasaan bila membayangkan diri dalam rangkulan perempuan tua ini. Aku teramat ingin merasa pelukan eratnya.
Bertahun-tahun aku hanya mengimpikan untuk berada dalam pelukan wanita tua ini.Bertahun-tahun aku meratapi kasih sayangnya buatku. Bagai terlerai satu demi satu impian yang kulukis bila melihat mak sering memeluk kakak dan sepupuku yang lain tapi tidak aku. Mengapa? Terlalu kurangkah aku hingga amat payah untuk dikasihi? Seringnya aku menangis sendirian bila mak berusaha meleraikan genggaman tangannya bila aku berusaha untuk mengucupi sepasang tangan itu. Setiap kali itu juga aku meratap bila pelukanku ke tubuh wanita tua itu tidak bersambut. Mak akan berpaling bila aku cuba mencium pipinya. Mengapa teramat sukar untuk memiliki perhatian mak?
Ciuman pertama mak hanya singgah kala aku kehilangan anak kecilku..Muhaimin. Hari itu mak memelukku erat di kamar bersalin sambil bibirnya menyuruh aku bersabar. Ciuman itu hanya singgah setelah umurku menginjak ke angka 29 tahun. Mak alangkah mahalnya kasih sayangmu..
Mana suamiku? Wajahnya tidak kelihatan di mana-mana. Aku mencarinya di segenap ruang di wad tersebut, sehinggalah aku menemuinya di cafeteria hospital. Tak dapat kubaca apa yang terlukis di matanya. Bersedih atau bergembirakah dia?
“Abang fikir apa?”
Perempuan ini…
“Janganlah susahkan kepala abang nak fikir semua ni..dah berlaku pun..”
Aku tersentak. Aku kenal perempuan yang menghampiri suamiku ini. Tangannya singgah di bahu suamiku sebelum sebelah lagi menghulurkan secawan Nescafe yang masih panas. Dia duduk berhadapan dengan suamiku. Sampai hati abang…
“Apa yang berlaku?” soal suamiku.
“Kak Eja pun sedang tenat bang..doktor kata peluang dia hidup tipis..”
Suamiku mengeluh.
“Abang jangan bimbang, kalau apa-apa jadi pada kak Eja, Ati janji akan jaga anak-anak abang macam anak-anak Ati juga..”
“Abang tak nak bincang pasal tu. Bukan masa yang sesuai untuk kita bincangkan..”
Aku bagai ingin menjerit. Sampai hati abang. Eja belum mati dia dah berani datang dan bercakap tentang anak-anak Eja. Aku tak mahu di sini lagi..
“Jom la Ja..ikut aku,” Inaz masih setia menemaniku. Pandangannya tetap sayu.
“Aku belum mati lagi Naz, berani perempuan ini…”
“Dah..tempat kau bukan di sini Ja..” pujuknya.
Aku kembali ke tubuhku yang terbaring kaku. Aku masih hidup. Di sekelilingku masih bergema bacaan surah Yaasin. Terpandangkan kepada beberapa wajah yang sugul hati kecilku di pagut resah. Maafkan aku Lost..Semprit..mana adik angkat ku Faiez? Mengapa hingga ke saat aku harus mengucapkan selamat tinggal ini dia masih belum muncul? Tidak terpanggilkah dia untuk melihatku?
Dik..datanglah sebelum Kak Eja pergi…
“Eja ngucap nak…” suara mak kedengaran di cuping telingaku. Satu persatu mak mengajarkannya dan aku hanya mampu mengikut di dalam hati. Terasa tenang bila saat ini masih ada yang sudi mengingatkan siapa Tuhan dan pemimpin kita..
Terasa tangan mak bergetar menyentuh rambutku. Kalau inilah kasih sayang mak aku ingin terus begini seribu tahun lagi..
Bayangan melukakan itu menjelma lagi. Fikiranku semula kusut.
Petang itu dia datang ke rumah sewaku. Wajahnya kusut.
“Abang nak cakap sesuatu dengan Eja..”
Aku terpempan. Bagai telah ku tahu apa yg ingin diucapkannya. “Abang ada orang lain?”
Tanpa rasa bersalah dia mengangguk. Airmataku menitis laju. Mengapa bang? Berjerih kita untuk mencapai ikatan ini tiba-tiba abang hancurkan pula? Baru sebulan kita bertunang..sampai hati abang.
“Abang sayang dia Ja..”
Alangkah hancurnya perasaanku.
“Abang pun sayangkan Eja..”
Tiada kata yang dapat aku ucapkan. Wajahnya kulihat berbalam. Alangkah sebaknya hati. Lelaki yang kupertahankan dengan maruahku ini sedang menghancurkan kasih sayangku. Aku bangun dan berpaling meninggalkannya. Cukuplah…inilah harga kasih sayang abang buat Eja!
Langkah kuhayun mengikut kata hati. Remang senja dan aku berada di tengah-tengah padang lapang. Langit yang mula jingga bagai mengerti resah hatiku..kecewaku..lalu memuntahkan gerimisnya. Tubuhku basah. Mentari kian hilang warnanya. Sayup azan dari Masjid Negeri mencalarkan jiwa. Bagaimana dapat ku hapuskan wajahnya dari ruang ingatanku?
“Macam mana Eja?”
Kedengaran suara lain memecah hening wad yang suram
Kulihat mak menggelengkan kepalanya. Airmata mak melaju lagi.
Mak jangan menangis mak! Redha dengan pemergian Eja ini. Anak mak dah lama terluka, barangkali ini jalan terbaik buat Eja mak…
“Doktor kata apa mak?”
“Tak ada harapan…”
Ateh mengucap panjang. Pantas tanganku digenggamnya.
“Maafkan Ateh dik..lambat sangat Ateh sampai..”
Lama baru aku dapat merasai genggaman tangan Ateh ini. Alangkah pilu..aku terpaksa terbaring kaku di sini barulah menikmati kasih sayang kalian. Mengapa tidak dulu..mengapa mesti dibiar adikmu ini terluka sedemikian lama?
Wad kembali dilagui bacaan Surah Yaasin yang berulang-ulang. Sesuatu mula menyinari wajahku. Cahayanya tenang dan damai..sudah sampaikah masanya?
“Maafkan abang Eja..maafkan abang kerana melukakan hati Eja..”
Setelah berbulan-bulan menghilang lelaki ini datang menemuiku cuba meraih saki baki cinta yang ada. Aku benar-benar terluka. Mengapa dia mesti pulang setelah sebegini berat beban yang disandarkan di bahuku? Dia terlupa bagaimana aku dicemuh oleh keluarganya. Bagaimana sakitnya hati ini tika dia menyatakan pada ibunya, dia mampu hidup tanpaku..dia tak terpandang bagaimana aku mengheret hidup ini bersama kesalahan-kesalahan yang ditimpakan padaku. Kau yang bermain api mengapa aku yang terbakar?
Cangkir cintaku telah tumpah bang..
“Beri abang peluang untuk membetulkan semula kesalahan abang Ja..abang janji takkan melukakan eja lagi..”
Alangkah manisnya kata-kata dan aku tak punya apa-apa pilihan pada hakikatnya. Kita disatukan sedangkan di hati ini masih sarat sakitnya.
“Eja…”
Aku terpandangkan wajah itu. Sampai juga dia akhirnya..
Mak tersentak dengan kehadiran lelaki ini. Barangkali mak tertanya apa hubungan aku dengannya..
“Dia nilah yang cuba menghancurkan rumahtangga saya!” Tiba-tiba suamiku datang meluru menolak tubuh lelaki itu. Ateh bangun dan meleraikan mereka.
Hatiku dipagut sayu kembali. Mengapa bang? Hingga ke saat ini abang masih mencari silapku?
“Awak siapa?” soal Ateh.
Lelaki itu kulihat tenang. Dia menatap wajahku sebentar sebelum menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Ateh. “Saya kawan Eja..”
“Bukan! Dia penyebab Eja berubah. Eja tiba-tiba kata dia sayangkan lelaki ni!” tengking suamiku. “Eja curang!”
Mengapa salahku jua bang? Abang terlupakah pada perempuan yang sedang berdiri di sebelahmu itu?
“Nanti! Kami tak pernah buat apa-apa. Saya tahu dosa pahala. Saya tahu siapa Eja. Dia tak pernah sembunyikan apa-apa dari saya,” terang lelaki itu tenang. “Saya tahu dia isteri awak..kami cuma kawan.”
Mak bangun dan tergesa-gesa meninggalkanku. Ateh berlalu begitu juga suamiku meninggalkan lelaki itu, Lost dan Semprit.
“Lu tak cakap apa-apa pada wa, Eja.” Bisik Lost sambil tangannya mengusap lenganku. Gadis cina itu merintih sayu. “Lu kata wa kawan baik lu..kenapa lu sembunyikan dari wa Eja?”
“Dia tak sembunyikan apa-apa Lost. Dia pernah bagitau aku tentang ni tapi aku buat sambil lewa. Aku tak tau benda ni akan jadi serius macam ni.” Ucap Semprit. “Lama dia tak respon email aku..aku ingat dia dah okey..”
lelaki itu duduk di sisiku. Hati kami bagai saling berbicara. Lelaki ini hadir kala suamiku bagai menyisihkanku. Aku bagai perempuan asing dalam hidupnya. Lelaki ini hadir dan menghulurkan persahabatannya tidak lebih tapi aku salah menafsirkannya. Sikap ambil berat lelaki ini membuahkan rasa sayang di hati kecilku. Sayang terhadap seorang sahabat tak lebih. Kebimbangan hati ini akan terkalih aku menyuarakan pada suami. Setidak-tidaknya dia dapat menarikku kembali dalam ikatan perkahwinan kami bukan terus membiarkan aku terkapai-kapai mencari erti cintanya. Kejujuranku rupanya menjadi ruang dia menutupi setiap salahnya.
Kami bertengkar petang itu.
“Lupakan dia!”
Aku meratap. Selain kawan-kawanku apa lagi harta yang aku ada? Aku mengaku ini salahku. Aku salah mentafsirkan persahabatannya.
Dering telefon bimbitnya mematikan jerkahannya.Anak-anak kebingungan. Aku memandang kosong ke telefon bimbitnya
‘Abang tak sayangkan Ati lagi? Ati nak jumpa abang malam ni. Abang cakap aje di mana. Ati carik abang.’
Aku menatap wajahnya. Dia kelihatan serba salah.
Senja itu sebaik solat Maghrib, airmataku melaju. Skrin telefon bimbitku renung.
‘Selamat tinggal Eja. Eja takkan jumpa lelaki ini untuk selama-lamanya.’
Alam bagai turut menangis bersamaku.
‘Fa..tolong akak. Telefon dia. Pesan jangan buat yang bukan-bukan. Dia mati akak pun mati Fa!’
Alangkah sakit memikirkan lelaki itu akan buat suatu yang menakutkan itu. Dia tak patut mati untuk seorang perempuan sepertiku. Hanya Tuhan yang tahu apa yang bersarang difikiranku saat itu.

Suami mengamuk. Aku cuba memeluknya tapi tubuhku ditolaknya ke dinding bilik. Aku jatuh sebelum kakinya singgah ke mukaku. Alangkah sakitnya tubuh ini. Lengkap sudahkah kemarahanmu suamiku? Aku mengemis maafmu. Andai itu pintamu aku akan lakukan apa saja. Benarlah aku tidak layak untuk bahagia. Suamiku membaling apa saja yang dapat dicapainya.
Malam itu aku tidur bersama tangisan. Kebimbangan terhadap lelaki di hadapan ku ini.

“Eja..”
“Nantilah Inaz…”
“Makin lama makin sakit kau nanti..ikutlah aku Eja.” Inaz terus memujukku. Tanganku ditariknya perlahan

Jangan tinggalkan aku Ja…

Aku mendengar suara itu. Ada cecair jernih yang jatuh di pipinya. Dia menatap wajahku. Kalaulah boleh kuserka airmata itu…
“Eja..”
“Nantilah Inaz..aku tunggu adik-adikku..”
“Aku tak mahu kau terus disakiti Eja..ikutlah aku..”

Kita bina bahagia bersama. Hidup dengan aku Eja.

Aku meratap. Tubuhku bagai disayat duri. Pedihnya menjalar ke segenap urat sendi. Fa….tapi wajah yang kutunggu-tunggu masih belum muncul sedang masa buatku kian suntuk.

Teman...sakitnya tubuh ini. Sampaikan salam Eja pada Fa…pada Fazrin.
Jangan tinggalkan aku
Tapi di sini bukan tempat Eja . Eja sudah tiada lagi ruang untuk terus hidup di sini. Biarkan Eja pergi, bina hidup baru. Jangan tangisi Eja sebab tak berbaloi tangismu untuk orang seperti Eja. Eja tak sanggup terus jadi bahan untuk dimaki hamun.
Aku sayang kau Eja

Aku termanggu.

Aku sayang kau Eja…

Segalanya bergema di ruang hidupku. Sayang? Suami juga pernah menuturkannya tapi akhirnya segala itu terbenam begitu saja. Aku mendengar tangisan seorang bayi. Muhaimin aku kah itu?

“Ibu…”

Anakku…ibu datang..
Wajahnya sama tika kali pertama ku dakapnya senja itu. Anak kecil yang kulahirkan. Terasa dia menggenggam erat jemariku. Wanginya semerbak. Senyum pertama yang pernah kuimpikan dari bibir kecilnya mekar merah dan manis.
Tubuh munggil itu kupeluk erat.

Eja jangan tinggalkan aku
Tidak teman…Eja tak boleh kembali lagi. Ini takdir Eja.

Inaz memimpin tanganku. Wajahnya tulus. “Tak siapa akan sakiti kita lagi Eja..”
Aku mengikuti langkahnya. Terasa tubuh diawangan. Cahaya yang bersinar lembut menyinari setiap langkahku. Terasa damai. Seakan di hadapan terlalu banyak tangan yang menanti. Ada wajah-wajah yang amat kurindui. Semuanya tersenyum.

“Kak Eja..”

Aku terpaku. Wajah itu…

“Fa dah datang kak..”

Syukurlah…akhirnya terpanggil jua untuk Fa menemui akak. Aku tersenyum memandangnya. Seraut wajah yang pernah kurindu..tempat mencurah sayang. Jemari telusku menyusuri wajahnya.

Kak Eja pergi dulu Fa…teman…Eja pergi dulu..

Nafasku terasa sesak. Sakitku bukan kepalang. Dingin mula mencengkam segenap penjuru tubuhku. Cahaya itu kian menyinari…

“Kak..apa lagi yang akak rahsiakan dari Fa?”

Kedinginan yang kian membeku. Ada sesuatu yang tak mampu ku lafaskan padanya. Cahaya yang kian menyilau bagai memanggil-manggil dan aku terasa tidak mahu lagi untuk terus tinggal di sini..

“Innalillahh..”

Faiez menyempurnakan perjalananku.

Pulang Yang Damai (1)

Pulang Yang Damai

Dingin pagi, sayup terdengar nyanyian di telefon bimbitmu. Dalam samar lampu dari ruang tengah aku menatap tidurmu. Mengapa resah suamiku? Kasihan, barangkali matamu begitu sukar untuk pejam malam tadi. Maafkan aku, silapku jua kerana kebelakangan ini begitu sukar damai bertandang di rumah ini. Rumah yang pernah kita impikan menjadi syurga kita dan anak-anak. Sesungguhnya suamiku, aku jua merindui senyum dan tawamu apa lagi saat kau peluk dan cium pipiku.
Entah mengapa pagi ini jua hati kecilku menyanyi mengingatkan janji untuk pulang ke kampong.
“Abang tak nak ikut Eja balik rumah mak?” Soalku sebaik dia bangun dan bersandar di kepala katil. Wajahnya lesu. Dia tersenyum namun aku tahu di sebalik senyum itu ada luka di hatinya. Luka itu adalah aku. Menyesalkah kau punya seorang isteri seperti ku? Menyesalkah kau kerana pertemuan kita? Soalan itu berputar di dalam diriku. Aku bagai ingin menangis. Aduhai suamiku, maaf andai aku bukan bahagiamu.
“Abang kerja..” Bisiknya perlahan.
Aku mengangguk. Walaupun sedikit hampa namun rasa itu tenggelam bersama rasa keseronokkan membayangkan rumah mak yang sekian lama tidak kukunjungi. Balik yang lepas pun hanya sempat berkunjung di rumah mertua. Tergambar wajah mak yang sangat-sangat kurindui. Terbayang senyumnya yang begitu indah tatkala menyambut anak-anakku dan betapa sibuknya mak nanti bila anak dan cucu-cucunya ini pulang. Bermacam-macam yang akan dibuatnya. Aduhai mak..sehingga ke saat ini aku terlalu ingin menyenangkanmu. Rindu untuk mencium pipinya dan menghidu bau kasihnya tiap kali tubuh tuanya kudakap.
Aku menjadi nanar mengenang hati yang tak sabar-sabar untuk duduk dan bersembang dengan mak sambil berpura-pura membaca surat khabar sedangkan hakikatnya tika itu aku mencuri-curi pandang wajahnya. Wajah yang tak pernah pudar dari hatiku. Wajah yang dahulunya pernah kukecewakan. Maafkan Eja mak.
“Abang, bangunlah dah dekat pukul 7.30 ni.” Ujarku kembali bila suami diam dengan matanya yang separuh pejam. “Kenapa tak tidur malam tadi?”
Dia tersenyum hambar. “Entah kenapa susah sangat mata ni nak pejam. Abang ngantuk,”
“Sebab Eja ke?”
Dia menggelengkan kepalanya lemah. Abang takkan mampu membohongiku. Sepuluh tahun usia perkahwinan kita dan aku amat mengenali wajah itu.
Dia memusingkan tubuhnya mengadapku. “Eja balik bila?”
“Esok, teringin nak tidur rumah mak. Abang nak Eja balik bila?”
“Kalau boleh abang nak bila abang balik petang nanti Eja ada di rumah tapi apa pulak kata mak nanti. Eja pun dah lama tak balikkan?”
Usai menghantarnya bertolak ke tempat kerja, aku mula menghabiskan kerja-kerja rumah. Ada kain baju yang harus kucuci sebelum berangkat pulang. Sarapan anak-anak kusediakan. Terasa sedikit kesal kerana hari ini aku akan pulang ke kampong dan alangkah lalainya aku bila tidak menghidangkan apa-apa buat suamiku pagi ini. Hanya secawan Nescafe yang kubancuh dan kongsi bersamanya. Mug di tangan ku renung. Tak mengapalah sekurang-kurangnya dia masih sudi berkongsi minuman denganku. Terkenang betapa lama aku tidak lagi menyuapkan dia makan. Kalau tidak dulu sambil-sambil menyuapkan makanan ke mulut anak-anak dia akan menempel sama minta disuapkan.
“Dah! Ayah pulak!” Ujarnya sambil mengangakan mulutnya. Anak-anak akan saling bertolak minta disuap dahulu. Alangkah rindunya aku suasana itu namun entah mengapa aku jua yang mengeruhkan. Aku jua kah? Salah akukah semua itu mula pudar dan menghilang?
“Sebelum balik Eja telefon abang…”
Dia mengangguk. Wajahnya masih pudar. Senyumlah suamiku, aku terlalu ingin menatap manis senyummu itu. Senyum dari seorang lelaki yang pernah buat aku nanar diamuk rindu satu ketika dulu. Senyum dari seorang lelaki yang terus-terusan mengikat hatiku. Senyum dari sebuah bibir yang mengucapkan janji setianya dan membuatkan aku tegar menyakiti hati mak hanya untuk memilikinya. Senyumlah…
Dia berlalu dan aku mula disebukkan dengan urusan di rumah. Pakaian anak-anak masih belum ku kemaskan. Di hati masih berbunga mengenang pertemuan aku dan mak sebentar nanti.
Ikan yang telah kubersihkan ku rendam. Sebelum pulang aku ingin memasakkan sesuatu buat suamiku. Barangkali dia akan keletihan pulang petang nanti. Bimbang abang akan tertidur tanpa sempat untuk makan malam. Hatiku diamuk resah, biarlah suami makan di rumah. Tak perlulah dia keluar untuk makan mana tau kalau-kalau malam nanti hujan.
Sempat juga aku menggosok pakaian kerjanya untuk esok sambil menanti lauk di dapur masak. Kamar kami ku kemaskan sekali pun sejak seminggu yang lalu kami tidak lagi beradu di dalamnya. Ruang itu entah mengapa menjadi begitu berbahang tiap kali kaki kujejakkan.
Telefon bimbitku berbunyi. Ada pesanan yang sampai
‘Selamat pagi Eja. Drive baik-baik balik kampung nanti’
Pesanan itu sengaja tidak ku balas. Nanti-nantilah…
Pakaian anak-anak ku masukkan satu persatu ke dalam beg. Tangan menggenggam sehelai pakaian suamiku. Baju itu kudakap dan kucium. Rindu pada kebahagiaan yang pernah aku miliki tatkala kami sering melipat pakaian bersama dulu.
“Abang nak lipat t’shirt aje. Eja lipat baju kurung. Abang tak reti,” katanya sambil tangannya lincah melipat baju-bajunya sendiri.
Belum selesai dia akan melabuhkan kepalanya di pangkuanku.
Ah! Pergilah kenangan…entahkan berulang entahkan tidak. Maafkan Eja abang kalau kehadiran ini hanya menambah calar di hatimu.
“Abang..kakak…mandi!” laungku tak bersambut. Entah ke mana menghilang kedua-dua anakku itu.
Sekali lagi hatiku melonjak riang. Aku nak pulang. Terbayangkan redup Kampung Repah tatkala keretaku menyusur di jalannya yang dinaungi pokok-pokok getah. Terasa amat dingin sepanjang jalan itu. Di kiri kanannya akan hanya dihiasi kehijauan dan tatkala pagi seperti ini ada kabus di puncak bukit-bukitnya yang damai. Sesekali akan kedengaran bunyi lontong bersahut-sahutan. Terasa seperti pulang nanti aku ingin berhenti di tengah-tengah perjalanan dan mencecahkan kaki sebentar menikmati dingin sungainya. Ah! Jernih airnya yang mengalir antara batu-batu menggamit hatiku untuk segera pulang.
Aku nak pulang! Hatiku seakan menjerit untuk segera beredar dari rumah ini. Aku nak pulang…Entah mengapa airmataku menjadi semakin laju.
“Ibu kita balik rumah uwan mana?” Tanya Mujahid yang tiba-tiba muncul dari sebalik pintu hadapan.
“Rumah uwan Pak Uda,”
“Abang nak bawa mainan abang.”
Aku hanya mengangguk sambil tangan melipat kain baju yang masih belum kukemaskan. Kalau boleh balik nanti suami hanya berehat tanpa perlu mengeluh melihat kain baju yang belum berlipat. Biarlah suami tenang istirehatnya.
Masih sempat untuk aku memberitahu rakan-rakan siberku aku akan pulang ke kampong dan mengkhabarkan pada mereka betapa gembiranya aku kali ini. Aku ingin pulang dan keriangan itu menjadikan aku seperti kanak-kanak yang tak sabar-sabar untuk memiliki apa yang dihajatinya.
Terkenangkan rumah mak yang sudah tua. Lama aku tidak berkemas menyapu habuk-habuk yang lekat di dinding. Pulang nanti aku ingin menyapu laman mak yang lapang dan membakar daun-daun kering di hujung laman. Entah berbuah atau tidak rambutan gading mak. Entah berputik atau tidak pokok manggis mak yang semakin tua di baruh..Pokok manggis yang mencatatkan banyak memori zaman kanak-kanakku. Abang sering menyakatku dulu, menakut-nakutkanku kononnya ada perempuan hodoh yang sering duduk di dahannya. Aku akan menangis tiap kali abang memomokkanku dengan cerita itu sedangkan di bawah pokok manggis yang sama juga aku akan menguli tanah liat untuk bermain pondok-pondok bersama kakak sepupuku. Sesekali dari pokok manggis mak itu jugalah kami berlumba untuk sampai ke tangga kayu mak. Kesudahnnya aku akan tersungkur di laman mak yang keras bila abang sering menolakku. Terlupa bagaimana aku akan berhenti menangis setiap kali mak mula melaung dari dalam rumah menyuruh kami mandi untuk mengaji.
Terkenangkan pokok rambutan mak yang ada sarang lebah di perdunya. Sarang lebah sama yang pernah membuatkan abang menangis sepanjang hari kerana bisa yang mula menyengat di tubuhnya. Aku sebagai adik perempuan yang bongsu akan duduk dan turut bersedih melihat keadaan abang yang tak pernah jemu menyakatku. Tak adalah kawan untuk membawaku mandi sungai petang nanti. Tak adalah kawan yang akan membawa aku mengikutnya melastik burung petang-petang nanti dan tak adalah kawan yang sering menjadikan aku mangsa untuk mencuri mancis api mak buat menyalai burung-burung mahupun ikan yang kami dapat dari sungai mahupun parit. Lalu petang itu dan dua tiga hari selepasnya aku akan terselamat dari rotan mak yang seringnya berbilai di betis dan belakangku. Sunyilah kehidupanku hari-hari berikutnya.
Baki ikan di sinki kusimpan di dalam bekas sebelum kusumbat kembali ke dalam peti sejuk.
“Hoi! Kerja rumah siap ke belum?” Teriak Inaz yang datang sambil menyorong basikalnya yang lebih besar dari tubuhnya sendiri.
“Dah!” Jawabku ringkas sambil memerhati umpan di pancing yang didatangi beberapa ekor ikan puyu.
“Dari tadi seekor pun tak dapat?” Ujarnya Inaz sambil duduk di sampingku. Batang kail yang kubuat dari buluh yang diraup sesekali dikuis-kuisnya. Senyumnya masih menghiasi bibirnya.
“Kau datang memang suwey laa…” Aku berpura-pura marah sedangkan aku senang dengan kedatangan lelaki ini. Dia teman sepermainan. Kami sering bersaing-saing ke sekolah. Kadang-kadang bagaiamana lewat pun aku pagi itu dia tetap akan menantiku dibaruh bersama basikalnya yang besar an nanti akan terkial-kial untuk mengayuh.
“Kau nak buat apa puyu ni, bukan sedap pun nak buat lauk..”
Aku hanya akan menolak bahunya.
Tuhan…aku rindu kenangan itu. Rindu pada parit dan palung kecil tempat aku mengail puyu dan sembilang. Rindu pada temanku itu. Aku ingin pulang sekalipun Inaz tiada lagi. Aku ingin pulang untuk mengunjungi parit tempat aku bergurau dan berkelahi, mengimbau kenangan-kenangan kami sekalipun sewaktu dia kembali ke pangkuanMu aku terlewat untuk kesekian kalinya. Betapa kesal bertunas di hati, sebagai teman aku tidak pernah tahu Inaz seorang penagih, sebagai teman aku terlupa seharusnya aku menjadi penghalang dia meneruskan kerja gila itu. Ampuni dia Tuhan…aku ingin pulang.
Langit mendung.
“Abang..Eja dah nak pergi ni.”
“Hari hujan..janganlah bertolak dulu. Nantilah teduh.” Ujarnya di talian.
Entah mengapa aku semakin tidak sabar untuk pulang. Rindu pada mak, kampong dan kenangan-kenangan itu bagai menggamit-gamit.
“Eja naik kereta. Nanti Eja bawalah pelan-pelan..” dalihku.
“Cuba jangan degil!”
Degil? Entah mengapa sejak semalam perkataan itu bagai diulang-ulang. Suami tahu aku jarang sabar bila memandu dalam hujan.
Hujan…air bertali arus turun dari cucuran atap rumah tua mak dan aku akan terjerit-jerit membiarkan air itu menyimbah keras ke kepalaku. Dinginnya membuat tubuh menggigil kesejukkan. Sesekali aku dan abang juga adik akan berlari di laman rumah. Saat paling ditunggu tiap kali langit memuntahkan isinya. Mak tak pernah menghalang sekalipun dari kerut wajahnya ada rasa kurang senang. Malam kami akan mengerekot di bawah selimut kusam kami dan seterusnya menyusahkan mak kerana demam.
“Balik ni kita boleh pergi kubur adikkan Bu?” Celah Fatin bila enjin kereta mula kuhidupkan. Hujan masih bertali arus.
Aku tersenyum. Bagai di rancang-rancang pula. Kebetulan beberapa hari yang lepas genap 4 tahun usia Muhammad Nur Muhaimin meninggalkan ku. Adik, ibu akan pulang sekalipun tak dapat mengunjungi pusara adik tapi ibu akan pulang supaya kita akan hampir nanti. Rindu ibu pada adik masih tetap sama sekalipun ibu tak pernah dapat melihat adik membesar bersama Kakak Fatin dan Abang Mujahid. Sekali mendakap adik tika dilahirkan dan rasa keinginan untuk memeluk adik lagi tetap segar di hati ibu. Sepasang baju kecil milik adik yang tak sempat ibu sarungkan masih ibu simpan begitu juga kain yang digunakan uwan untuk menyelimuti tubuh kecil adik sebelum adik disemadikan. Setelah 4 tahun kain itu ibu sarung ke tubuh ibu, terasa damai. Alat pregnancy test yang mengkhabarkan pada ibu tentang kehadiran adik dalam rahim ibu juga masih ibu simpan. Sekeping gambar sewaktu ibu menjalani scaning di klinik jua masih ada dalam simpanan ibu. Hanya itu kenangan yang tinggal. Hari ini ibu ingin pulang…
Hujan makin bertali arus dan seperti jangkaan suami aku akan hilang sabar memandu dalam suasana seperti ini. Pedal minyak kutekan dan kereta meluncur dalam hujan yang semakin menggila. Aku ingin cepat pulang..
Sesuatu kelihatan sedang melintang di tengah-tengah jalan. Sebuah kereta sedang membuat ‘u turn’ dan aku semakin menghampirinya. Telefon bimbitku kembali berbunyi, aku hanya memandang kosong, teringat beberapa teman dan adik angkatku Faiez yang belum sempat ku khabarkan tentang perjalanan ini. Ah! Nantilah….nanti adalah khabar buat mereka.
‘Eja dah sampai kampung ke?’

Tangan yang memegang stereng kereta terasa kaku dan tubuhku semakin dingin larut dalam sejuk hujan dan damai perjalanan di Kampung Repah. Kereta ku bagai terus meluncur semakin menghampiri kereta yang melintang di tengah-tengah jalan. Masa menjadi semakin panjang dan berbagai-bagai kenangan mula berkunjung dalam benakku. Terbayang mak yang sedang menanti aku dan anak-anak. Saat itu juga aku terlupa ada beberapa bekas yang masih di sinki dan belum sempat ku cuci. Beberapa helai pakaian yang masih belum kusidai. Maafkan Eja abang, kerana mengganggu istirehatmu.
Tika semakin menghampiri kereta itu aku sempat berpaling melihat anak-anak yang terlena di tempat duduk belakang. Fatin membuka matanya dan aku masih sempat tersenyum sebelum ku rasa sesuatu menghenyak keras tubuhku dan pandangan mula berbalam.
Tika ini hanya ada beberapa wajah yang muncul…aku ingin pulang!
Senyum pudar suami kembali menghiasi sudut pandanganku. Bersabarlah abang, esok akan muncullah bahagiamu dan kau akan kembali riang. Bahagia yang semakin hilang dari genggamanmu akan kau miliki lagi.
Aku ingin pulang dan terasa tika itu aku sudah sampai di pintu pagar rumah tua mak dan kelihatannya dia sedang duduk di beranda rumah, masih tertinjau-tinjau..
“Mak….Eja dah pulang….”


Nukilan:
Manjalara / 1 Mei 2007/11.28 a.m
Berdosakah aku mencari damai? Berdosakah aku mencari tenang dan benarkah untuk diri sepertiku hanya ada satu jalan ke syurgaMu?

Catatan Perjalanan- Muhaimin Selepas 229 Hari Itu

Muhaimin Selepas 229 Hari Itu

Muhaimin, satu-satunya yang teramat ibu inginkan saat ini adalah menatap wajahmu. Perasaan itu dating lagi setiap kali ibu sendirian. Terkadang sayup-sayup kedengaran suara tangisan bayi dan tiap kali itu jualah perasaan ibu bagai dihiris pedih. Ibu merinduimu saying sekalipun hanya untuk gerakan halus di dalam rahim ibu ini.

Hari itu ibu benar-benar keletihan. Ayah ke Sepang untuk mengikuti Team Building yang dianjurkan oleh Infineon untuk setiap pekerjanya. Sebelum ini pun badan ibu tidak berapa sihat terutama selepas balik dari kursus di Ipoh. Di sekolah ibu mengajar seperti biasa. Lantaran keletihan yang keterlaluan ibu merayu pada guru besar untuk melepaskan ibu dari jadual kelas tambahan UPSR tapi dia enggan. Ibu cuba minta pertolongan dari beberapa guru yang lain dan terlalu banyak alasan yang diberikan mereka pada ibu. Ternyata ibu bukan antara nama-nama besar di kalangan mereka dan rayuan ibu dipandang sepi. Airmata berladung di sudut pandangan. Puan Reynuga hanya mampu memujuk dan menggosok belakang ibu.

23 April 2003 itu ibu lalui dengan keletihan yang amat sangat. Rasa haus memaksa ibu menghabiskan beberapa botol air mineral di kelas dan bilik guru. Perasaan ibu berdetik jua. Mengapa anak ibu kurang bergerak sedari pagi? Pengalaman sewaktu mengandungkan kakak buat ibu terfikir, mungkin kerana ibu terlalu letih.

Menjelang petang ibu tidak merasai gerakanmu. Sambil duduk di sofa ibu pujuk anak ibu agar bergerak seperti selalu. Sambil berbual kecil ibu menyusun baju-baju kecilmu satu persatu ke dalam beg. Mana tahu kalau-kalau ibu akan bersalin dalam tempoh terdekat ini. Botol susu, susu tepung dan lampin yang ibu beli malam tadi ibu masukkan ke dalam beg pakaian. Perut ibu usap. Anak kecil ibu tetap tak bergerak. Tuhan, lindungi anak kecilku. Ibu nekad ayah pulang nanti kita akan ke klinik. Ibu takut!

Apa lagi yang ibu harapkan di scan monitor kalau bukan melihat degupan jantungmu juga gerakanmu namun segala-galanya musnah.
“Dik.anak dah meninggal!”
Muhaimin, ibu rasa nyawa ibu bagai direntap saat itu jua. Bagai ada gelombangbesar yang menjulang ibu tinggi dan kemudiannya membenamkan ibu jauh ke dasar lautannya. Degup jantung ibu seakan terhenti. Hati bagai diinjak-injak lumat. Mana mungkin ana ibu yan masih bergerak cergas malam tadi kini tiada lagi. Airmata bagai rantaian dari langit. Ibu terasa kesejukan yang teramat. Kenapa? Diri terasa bagai di awangan.

Ayah menghantar ibu ke hospital malam itu juga. Bermalam di wad merupakan suatu detik yang sangat memedihkan. Bagaimana dapat ibu katakana pada diri ibu, anak kecil yang amat ibu harapkan selama ini telah diambil pergi buat selama-lamanya. Bergeraklah sayang, jangan duga ibu begini! Ibu rayu, merintih namun anak kecil ibu tetap tak bergeraj.

Sepanjang malam ibu menangis. Ibu letak tangan diperut dengan harapan yang teramat tinggi.ibu mengharapkan keajaiban saat itu. Malam itu tak seperti malam-malam sebelum ini. Kalau dulu ibu merangkai harapan tapi malam ini ibu hanya dapat melihat kecaian-kecaian impian ibu terbakar satu persatu. Debunya berselerakkandan ibu hanya mampu melihat kaku tanpa sempat berbuat apa-apa. Dunia ibu kosong, sepi dan perasaan kecewa yang menghuni di hati merantai segenap sendi.

Muhaimin, salah ibukah? Di mana silapnya? Rasa mengantuk hilang bila mengingatkan malam ini adalah malam terakhir kita bersama. Esok, tubuh kecil di alam rahim ibu akan diambil pergi. Kebahagiaan yang selama ini bertamu akan beransur pergi.
Airmata bertali arus lagi.

24 April 2003, 5.30 pagi mereka membawa ibu ke bilik bersalin. Kamar 16 menyaksikan peperangan yang paling hebat dalam diri ibu. Sayup azan subuh berkumandang dan ibu di kamar itu bagai menanti hukuman mati.

Perjuangan yang seharusnya berakhir dengan kegembiraan dan rasa syukur sebaik mendengar tangisan si kecil bergema..tapi tidak untuk ibu. Berulang kali ibu diingatkan, anak kecil ibu tidak akan menangis. Di mana dapat ibu cari kekuatan unuk menghadapi semua ini sayang, kalau selama ini ibu berdiri kerana mu?Di mana ingin ibu raih lagi makna kehidupan itu sayang, jika selama ini ibu hidup kerana kehadiranmu?Rasa lapar dan dahaga hilang bila mengingatim. Siapa yang teramat dahaga semalam anakku, ibu atau kamu?

Ibu hanya dapat berjumpa ayah sebaik petang menjelang. Kata ayah ramai yang menunggu ibu di luar. Mereka di sekolah terkejut dengan berita yang ayah sampaikan. Hati ibu beku. Kalau dapat ibu kongsi rasa sedih dan kecewa yang membara di hati. Kesan ubat yang dimasukkan mula terasa tetapi kesakitan kerana kehilanganmu mengatasi segalanya. Teramat berat untuk untuk membiarkan anak ibu keluar dari rahim ini andai ibu tahu kesudahannya. Kalaulah boleh ibu biarkan anak ibu terus menghuni rahim ibu buat selama-lamanya. 229 hari kita bersama setiap detik dan waktu. Kita bersatu menghela nafas bersama dan tak semudah itu untuk ibu biarkan kau diambil pergi. Hingga ke saat akhir itu ibu masih mengharapkan keajaiban.
Beberapa orang doctor pakar datang melawat ibu.

“Puan Haliza bersabar. Puan tahu kan anak puan sudah meninggal?”
Mengapa soalan itu juga yang diulang-ulang? “Doktor saya mohon untuk dibedah,” ujar ibu kerana hati ibu teramat patah kala itu. Sakitnya tak terungkap anakku. Sakit kerana kehilanganmu.
“Puan, kalau nak di operate pun tak membawa apa-apa makna. Kami tak dapat menyelamatkan anak puan lagi. Semua dah berakhir. Puan kena terima.”
“Saya tahu! Doktor nak saya tanggung sakit yang mana? Sakit bersalin atau sakit kerana kehilangan dia?”
Permintaan ibu mati di situ. Setelah perbincangan antara mereka berlansung ringkas mereka sepakat untuk memberikan ibu suntikan epidural untuk mengurangkan rasa sakit. Ya Allah! Bagaimana nak ibu dapat luahkan sakitnya di hati ini.

4.30 petang, anak ibu lahir sekalipun doctor menjangkakan masih terlalu awal kerana pintu rahim masih belum terbuka. Barangkali anak kecil ibu tak mahu membiarkan ibu terusan menanggung kesakitan itu. Ibu menangis menyambut kelahiranmu sayang. Anak ibu tak bergerak mahupun menangis seperti yang ibu ketahui. Ibu minta untuk mendakapmu. Saat memeluk tubuh kecilmu membawa ibu jauh ke benua yang kosong. Hanya kita berdua. Buat pertama kali susu ibu mengalir. Hati ibu tercalar lagi. Ibu cium pipimu yang dingin sedingin hati ibu kala itu. Saat itu terasa segala-galanya berputar kembali. Rasanya baru semalam ibu disahkan hamil. Rasanya masih baru semalam ibu melihat degupan jantungmu buat pertama kalinya di scan monitor. Rasanya masih baru semalam buat pertama kalinya ibu merasai gerakanmu. Segala-galanya mash terlalu baru.

Nenek datang bersama Mak Lang untuk mengambil dan menguruskan jenazahmu. Sebelum pergi ibu minta untuk melihatmu buat kali terakhir. Daatkah semua yang hadir mentafsirkan betapa besarnya derita ibu Muhaimin? Ibu tatapi segala miliku kerana ibu bimbang akan kerinduanmu. Sepasang mata yang tidak dapat ibu saksikan keindahan cahayanya. Hidung dan bibirmu yang kecil, rambutmu yang hitam dan lebat. Anak lelaki ibu, permintaan apakah yang terbesar selain meliat kau menarik nafas pertamamu? Ibu cium lagi pipimu, dingin. Matamu terpejam rapat, bibir kecil mu tertaup rapi. Muhaimin, bukalah matamu. Lihatlah betapa deritanya ibu. Menangislah Muhaimin agar mereka tak pisahkan kita.

Tangisan adalah teman terakrab ibu malam itu. Sepanjang malam ibu tak mampu melelapkan mata. Di mana-mana ibu melihat wajahmu. Terasa bagai ada jemari kecil yang bermain di pipi ibu. Alangkah sakitnya perasaan ini, sayang.

‘dia menanti bondanya di syurga’ tertera di muka telefon bimbit ibu sms dari seorang rakan JU Seni mengiringi ratapan ibu malam itu.

Lewat petang Jumaat guru besar dating melawat ibu bersama isterinya. Apa yang tergambar di wajahnya tak dapat ibu baca. “Sabarlah..anak awak menanti di syurga” Muhaimin, cukupkah sekadar itu yang terdaya dia ucapkan untuk menutup rasa bersalahnya? Kalau semalam ibu merayu simpatinya dia dengan angkuh memberi seribu alasan. Memang ibu akur segalanya takdir tapi ibu percaya apa jua yang berlaku ada sebabnya. Apakh cukup dengan beberapa patah perkataan yang keluar dari bibirnya cukup untuk meraih maaf ibu? Demi Tuhan, biarlah mereka tawarkan ibu matahari, bulan dan bintang di langit tetap jua tak dapat menebus kecewa ibu kerana kehilanganmu.

Hari-hari yang berlalu adalah perjalanan hidup yang teramat panjang. Diri terasa bagai dicincang lumat tiap kali mengingatimu. Mereka dating untuk mengziarahi ibu namun pertanyaan demi pertanyaan membuat hati ibu lebih terluka. Benarkah segala-galanya salah ibu? Terasa di bahu segala kesilapan dihimpun.

1 Mei 2003, 8 hari berlalu namun rindu ibu sarat buatmu. Hanya titisan airmata yang mengalir mengenang dirimu yang jauh. Bagaimana mungkin dapat ibu luahkan rindu ini?Di mana wajah yang teramat ingin ibu tatapi? Segalanya tinggal kenangan. Bayangan saat terakhir ibu mendakapimu senja itu kerap melintas di fikiran. Muhaimin, pemergianmu membawa segala kemanisan hidup ibu. Pemergianmu membawa segala keindahan hidup ini.

Muhaimin adalah sebahagian daripada nyawa ibu. Bagaimana ibu dapat teruskan hidup ini andai separuh nyawa ibu diambil pergi?

Terkadang ibu diamuk rasa rindu dan perasaan itu benar-benar menghimpit. Di mana penawarnya Muhaimin? Kerap kali tangis ibu tumpah di bahu ayah tapi segalanya tak mengurangkan apa-apa. Ayah mungkin jua bersedih tapi mana mungkin dapat ayah rasai derita ibu ini. Ayah minta ibu lepaskan anak ibu pergi dengan redha…Muhaimin..

Malam, ibu tak pernah dapat tidur lena. Selepas malam terakhir kita di wad dulu ibu sukar memejamkan mata. Hati kecil ibu seakan merasakan anak ibu akan pulang. Muhaimin, kegelapankah kamu di sana? Dinginkah anak ibu? Tiap kali susu ibu mengalir ibu terkenangkan dirimu. Laparkah? Muhaimin, akhirnya ibu tertewas juga. Maafkan ibu sayang kiranya ibu juga yang menghadiahi kasih sayangnya dengan kesilapan hingga kehilanganmu..andai ibu menyakitimu

Menatap ke langit Ilahi, mata ibu tercari-cari antara kerdipan bintangNya…hati ibu tertanya-tanya di susut manakah anak ibu?

Nenek menjaga ibu sepanjang tempoh berpantang tapi untuk apa anakku? Yang sakit bukan tubuh ini tapi perasaan ini. Kenapa ini yang Dia takdirkan buat ibu sedang Dia tahu ibu tidak sekuat mana? Ibu tak segagah dan setabah mana anakku. Sebak memijar di dada terutama tiap kali menatap barang-barang keperluanmu. Baju kecilmu tempat ibu mencurah rindu. Kain yang digunakan untuk membalut tubuhmu menjadi teman tidur. Namun segalanya ta pernah surut.
Kata Noorlina…anak ibu di syurga. Kata hati kecil ibu..ibu terama merinduimu.
Apapun jua rindu ibu tak berpenghujung. Rindu ibu sarat. Sekalipun harapan ibu tak kesampaian di sini namun tunggulah ibu di sana. Hadirlah dalam mimpi-mimpi ibu sayang dan hingga ke akhir hayat ibu akan terus menyintai dan merinduimu.
Muhaimin, ternyata dunia bukan persada pertemuan kita. Tiada ruang di medan ini untuk ibu curahkan kasih-sayang ibu. Takdir allah yang ibu akan memilikimu sesingkat ini. Dia hanya meminjamkan ibu selama 229 hari.

Sayang, 229 hari bersamamu adalah saat-saat terindah ibu. Saat-saat manis mencanting impian. Hari demi hari seterusnya ibu akan kembali menganyam selimut rindu ini dan selimut rindu inilah yang akan ibu serahkan padamu di pertemuan kita kelak. Pergilah Muhaimin, ibu redha dan yakin sesungguhnya kasih ilahi adalah cinta terbaik buatmu.

Tuhan, lindungi anak kecilku dalam pelukan rahmat-MU. Terima kasih kerana mengizinkan aku memilikinya selama 229 hari ini. Lindungi dia dari lapar dan dahaga, lindungi dia dari kedinginan mahupun kepanasan. Jadikanlah dia kekasihMu dan izinkan dia hadir dalam mimpi-mimpiku.

Ampunkan hambaMu ini kerana begitu mudah hatinya mempersoalkan takdirMu.
Tuhan..ringankan deritaku..

Nukilan: Manjalara/18.12.06/11.30 p.m.

Catatan perjalanan-Muhaimin…pelarian ini.

Muhaimin…pelarian ini.

Hari demi hari berlalu, calar di hati masih bernanah. Pada siapa sebenarnya ibu ingin menangis? Pada siapa sebenarnya ibu harus merintih? Pada siapa sebenarnya dapat ibu sandarkan carik luka ibu ini? Pada Tuhan? Simpati lagikah Dia? Hari ini sekali lagi diri ibu kedinginan. Pagi dibasahi gerimis lalu rintik-rintik itulah yang sekian lamanya mengiringi perjalanan hidup ibu ini.

1 tahun, 7 bulan dan 19 hari telah berlalu, tapi bagi ibu usia pertemuan kian tetap sama. Masih seperti semalam. Pertemuan pertama dan terakhir. Sebuah catatan tak bernoktah. Sebuah rindu kasih tak pernah bersempadan. Sebuah soalan yang tak pernah ibu temui jawapannya. Mengapa? Kenapa?

Terlalu hebat ujian ini anakku. Teramat! Sakitnya bukan kepalang dan penawarnya entah di mana. Sebuah titisan harapan yang pudar, mimpi indah yang tak pernah berseri. Kata mereka ibu insan terpilih. Pertemuan kita hanya di syurga. Tuhan, ubati rinduku. Ringankan derita ini.

Kitar kehidupan terasa begitu perlahan. Perjalanan ibu tidak membawa ke mana-mana. Ibu simpan baju-baju kecilmu tapi di hati terus berbunga ingin melihat kau memakainya sayangku. Anak kecil ibu tak pernah hadir di mimpi. Anak kecil ibu tak pernah mengunjungi ibu. Muhaimin, terlalu berdosakah ibu hingga tidak layak memilikimu? Hanya untuk 229 hari kau dalam kandungan. Hari demi hari ibu membilang waktu untuk bertemu tapi mengapa hanya sedetik cuma pertemuan kita? Tanpa suara, tanpa ada renungan terindah dari sepasang mata kecilmu? Petang itu terlalu bisu anakku. Petang yang menjadi saksi segala-galanya. Petang yang mengundang tangis yang panjang, derita yang terlalu dalam, teramat lama namun tak kunjung sembuh.

Seharusnya tika ini anak kecil ibu sudah pandai berlari. Barangkali telah petah berkata-kata. Bayangan-bayangan inilah yang tergambar di ingatan. Terpahat di hati. Anak kecil ibu yang manis…pertemuan itu bukan milik kita.

Tiap kali berkesempatan ibu kan ke pusara mu. Nesan kecilmu…aduhai..bukan ini yang ibu rancang untukmu anakku. Bukan ini yang ingin ibu lukiskan untukmu. Bukan di sini ingin ibu tempatkan tubuhmu. Bukan ini tapi janji kehidupan itu bukan milik ibu. Tidak terjangkau di fikiran ibu dirimu tika tangis ibu meledak lagi. Di ruang manakah dirimu anakku. Ibu mencari namun pencarian itu tidak menjanjikan apa-apa.

Muhaimin..ibu rindu sebenarnya. Ibu kehilangan. Rindu ini terlalu sakit. Rindu ibu teramat sarat. Ibu ingin mendakapmu sama seperti ibu memeluki abang Mujahid dan kakak Fatin. Ibu teramat ingin mencium pipimu sepertimana ibu mencium abang dan kakakmu. Menidurkan anak kecil ibu dan memeluknya erat di waktu tidurnya. Menatapi wajahnya yang lena dan bangun dengan senyuman. Mendengar tawa dan tangisnya yang ingin dibelai.

Katilmu kosong anakku. Baju-bajumu tidak terusik. Buaimu tidak terayun. Hanya ada bayu dingin yang terus menyapa hati ibu. Ibu hanya mampu menyebut namamu. Melakar wajahmu dan selebihnya ibu terus meratapi kesakitan ini. Kamar 16, ruang kecil yang memadamkan sebuah impian. Saksi sebuah pertemuan di saat kau dilahirkan. Saksi betapa pedihnya hati kecil ibu untuk menerima hakikat kau bukan untuk ibu. Saksi sebuah pelarian seorang wanita yang hanya mampu membesarkan kau dalam rahimnya. Hanya ada airmata, hanya ada tangisan mengiringi perjalanananmu yang teramat jauh. Kamar 16, ibu tinggalkan dengan sebuah ingatan. Di sinilah kita ditemukan walau hanya ibu yang menatapi wajahmu. Di sini ibu memulakan langkah sepi ini. Di sini dan entah di mana noktahnya.

Biar berabad namun rindu ibu tetap tak bertepi. Datanglah Muhaimin, tamui mimpi ibu, surutkan derita ini.

Catatan: Manjalara /12 Dis 2004/ Tmn. Puncak Bukit Katil

Lagu malamku (kala menatap lenanya)

Malam…
Aku melihat wajah seorang suami
Lena didakap mimpinya yang asyik
Sedang aku hanya pengembara
Yang berulangkali menyeru semangat diri
Menyusun ketabahan
Yang kerap tercalar

Detik…
Menghitung satu persatu langkah yang tertinggal
Dalam kuntuman diri yang sepi tangkainya
Beterbangan debunga-debunga impian
Mengatur bilah-bilah hari
Dalam cinta tak ternilai

Masa..
Menganyam rindu dalam diri
Yang kian tua dimamah perasaan
Kesetiaan cuma morfodit cela
Memahat ingatan yang tak kunjung sempurna
Dalam mencari setia seorang suami
Kerana ia bukan dalam senyum tawanya
Bukan jua dalam belai egonya
Terumbang ambinglah perasaan
Kerana terkadang diri dicari tanpa didengar salamnya.

Musim…
Aku ingin sekali meninggalkan
Tetapi hukum menjadikan aku terpenjara dalam sumpah sendiri
Neraka tidak pernah memilih siapa
Apinya tak kunjung padam kerana rintihan
Daya mana
Aku terpaksa merelakan
Larut dalam syurga ilusi seorang
Lelaki yang kugelar suami.

manjalara/11.00p.m/dis 05

Perjalanan

Perjalanan

Kala kususur garis likumu,
Kala ku ukur sempadan penjurumu
Kala kubilang pusaka zamanmu
Tika itu ada suara berbisik
Katanya
Ada sesuatu yang hilang

Kala kurenung redup matamu,
Kala kutatap megah panji-panjimu
Ternyata suara itu berbicara lagi
Katanya
Ada segarit luka
Panjang menjalar dalam dan bernanah

Kala kusingkap lukisan silammu,
Dan jika tika itu dibangkitkan diri-diri kekasihmu
Ternyata
Apa jua pengertian
Ada juga nodanya.

Apa warna yang ingin kulukiskan pada wajahmu?
Apa syair yang dapat kudendangkan untukmu?
Apa puisi yang dapat kurangkai demi cinta ini?

Aduhai…
Tika pahitnya dirimu dinoda
Pahit lagi tika kau mula dicemari.

Tanah penuh daulat
Kususur tiap galurmu
Demi sebuah cinta kasih
Kerana hari ini bukan hanya untukku
Ada warisan untuk anak-anakku esok
Moga gemilangnya sama
Tika maruah itu dikembalikan

Kita harus terus bertuankan kita
Agar tak malu saat wajah ini dipalingkan
Walau ke mana-mana.

Nukilan:
manjalaraOgos 13/ 21.31 p.m

Kemarau

Kemarau..
Dalam ranjau sebuah perjalanan
Aku berdiri di sudut ini mengintai ruang apa lagi yang aku ada
Tika segala mimpi-mimpiku diambil pergi
Dan ranum sabarku diratah
Keliru
Di mana salahku
Apa dosaku?

Dingin penghujung malam mengingatkan aku
Pada meriah senda gurau
Baru selembar aku menyusun sulamnya
Tercarik lagi
Dan kesepian menggigit segenap sendi hati
Apa jua salahku tika mekar sabarku baru hendak berputik?

Berdiri di ruang penuh duri ini
Entah ranting mana untuk aku berpaut
Seusai aku mengatur langkah kaki
Secebis hati yang tertinggal itu bertanya
Hendak kemana?

Tercalar lagi
Sepintas semalamku berdarah
Belum sempat kurawat lukanya
Nanahnya membusar antara kepedihan duka ini
Aku terlalu ingin menangis
Tapi entah mana bahu untuk kusandar dukaku

Kembara ini
Tika ditangan tiada apa yang tinggal..
Saat..mimpi-mimpi..siang juga malamku
Dirampas dan diambilnya pergi..

-manjalara/isnin/26 februari/5.02p.m

Malam Ini

Malam ini.

Kata-kata itu
Terasa bagai sembilu
Menikam hingga ke hujung nadi
Mengapa malam ini menjadikan lukanya teramat sakit?
Mengapa malam ini pedihnya menjadi semakin perit?

Terasa tika ini
Aku tak mahu menatap ke matamu
Sekalipun aku teramat ingin mendakap tubuhmu
Mengapa tika ini aku tak mahu menghampirimu
Sedangkan aku teramat ingin menikmati hangat cintamu..

Mengapa sepatah bicara itu
Terasa bagai ingin membunuh kasihku?

Mengapa sebaris ayat itu
Terasa meracun cintaku?

Mengapa seungkai kata-kata itu
Terasa bagai membongkar impiku

Mengapa segala tentang kata-kata itu
Terasa seperti menghumbanku jauh dari segala yang kucintai
Tentangmu?

Manjalara/jan 07

Melakar Angan Mendakap Mimpi

Alangkah sukar mengungkap…
Sebuah kemahuan hati
Kerana apa jua impian belum tentu kenyataan
Pedihnya sebuah harapan tika
Nyatanya entah di mana
Sakitnya sebuah reality untuk ditangisi
Sedang jalannya teramat berliku dan bersimpang
Aku juga yg mengatur langkah ini
Mencabar dan menentang arus
Akhirnya tersadai di pinggirannya
Kerana hati ini berkata terlalu banyak yang akan menangis
Hanya untuk bahagia yang aku pertaruhkan…
Sesekali terasa ingin melambai
Tapi diri enggan melepaskan ranum belainya
Terasa ingin kudakap tapi bukan ini yang berhak
Realitinya…
Aku perlu menggalas rasa ini..
Namun Dia tahu aku terusan mencari bahagia
Dari cinta yang datang luar dari kawalan
Hati dan minda
Esok yang entah di mana
Terasa sayup dan kabur
Namun jemariku terus menari memberikannya warna
Tak mahu hilang mahupun pudar
Tintaku kian penghabisan
Aku masih juga mencanting angan..

Manjalara/30 mac/2007

Bicara buat Kekasih

Bicara buat Kekasih

Kekasihku….
Maaf kerana terlalu lewat
Mengenali hati budimu
Atau mungkin jua
Hidup ini terlalu diduga
Sehingga kakiku terlalu lambat
Menyaingi langkahmu
Barangkali
Hati ini terlalu ragu-ragu
Kerana bekal yang ada untuk semimpi denganmu
Hanya cinta yang terlalu dibimbangi
andai sulaman ini tidak seindah mana
dan
cintaku menjadi terlalu sia-sia
Maaf wahai kekasih…
Andai isterimu ini menjadi kian tua
Lantaran di hati ini
Bimbang mengenang esok
Apakah
Mungkin kekasihnya
Adalah lelaki yang sama
Bakal dirangkul rapi tatkala nafasnya yang terakhir
Atau mungkinkah kau lelaki yang satu
Berbulan madu di Firdausi-Nya
Atau …
aku akan terbiar dingin
Dalam kehangatan cintamu bersama
Kekasih lain?

sebentar tadi teka-tekimu tak terjawab olehku

Di pentas ini,
menyaksikan aku
adalah diri yang berdendang
ternyata dalam hati ini kesepian sebenarnya
sebetulnya lagu-lagu nyanyianku
menjadi hambar
menjadi tawar
maaf,
kerana lantai tariku tercalar
bukan kerana iramamu yang sumbang
tapi
kerana tariku yang pincang.

Di pentas ini,
Menyaksikan aku
Adalah diri yang berlagu
Ternyata jiwa ini kekosongan sebenarnya
sebetulnya lagu-lagu nyanyianku
Menjadi bisu
Menjadi kelu
Maaf
Kerana lantai tariku tercalar
Bukan kerana iramamu yang sumbang
Tapi
Kerana langkahku yang pincang

Sekian lama,
Di pentas ini menyaksikan aku
Yang hakikatnya tidak mampu lagi bernyanyi
Juga menari
Mengikut rentakmu
Maaf
Tapi benarkan aku terbang
Benarkan aku pulang!


manjalara/29 APRIL 04
sebentar tadi teka-tekimu tak terjawab olehku

Selamat Hari Lahir Anakku ( tenanglah anakku di sisiNya)




Malam ini,
Kiranya luka ibu berdarah kembali
Semalam saat cinta diusai takdir
ibu adalah diri yang tertinggal kesepian
Menghitung dan mencari-cari di mana silapnya

Kelopak cinta ibu yang layu
Madunya tersaring harapan
Kiranya hati ibu terhenyak pedih
Terguris dan terhempas berderai

Semilir resah menyapa hati
Kiranya nyawa ibu bagai diambil pergi
Semangat terasa dingin dan beku
Dan kesepiannya menggelodak di jiwa

Ibu ingin bahagia
Kiranya cinta itu tak mampu berputik lagi
Ternyata impian ini hanya mimpi-mimpi kosong
Bercanda antara sedar dan tidur
Lalu senyum disapa khabar duka
Dan bidadari kecilku
Terusan pergi

Ternyata ibu insan hampa
Sekalipun bertahun berlalu
Airmata ini tak pernah kering
Dalam rindu ibu masih menanti
Mengharap ada dakapan
Mengharap moga ada kunjungan

Bidadari kecilku
Datanglah bertandang.


24 APRIL 04/
DI MALAM GENAB SETAHUN USIAMU
DI MALAM GENAB SETAHUN DERITAKU

Cerita Seorang Guru Tua.

Cerita Seorang Guru Tua.

Di sebatang jalan kosong berdebu…
panasnya mentari menyengat kulit
aku berdiri melihat semalam yang kutinggalkan
dari kejauhan hingar suara anak-anak mentah
di sebuah gedung kecil kehidupan
tiba-tiba
sebuah kereta mematikan lamunanku
ia hampir membuatkan jantungku berhenti
baru kuingat
itu anak didik yang pernah kutatang bagai minyak penuh
Di sebuah hospital kerajaan…
aku duduk menanti giliran
semalam dulu tekanan darahku menjadi tinggi
tanpa bertanya doctor muda itu
membenamkan jarum suntiknya
baru kuingat
inilah juga anak didik yang pernah kutatang
Di sebuah dewan orang ramai…
Dalam kesibukan manusia bercerita
tentang tanah yang ingin dibeli kompeni
untuk dibina pasaraya terbesar
terpandang pada juruteranya
ah! Inilah juga anak didik yang pernah kutatang
Sebuah kereta besar bercermin gelap…
megah menyusuri ribuan manusia
setelah melobi kedudukannya yang tak pernah tegap
aduhai! Ini juga anak didik yang pernah kutatang
Di sebuah ruang sempit berpintu besi…
Seorang lelaki menghitung usia hidup yang kumal
Setiap detik dirinya berbisik
Aduhai! Kalaulah aku dengar
Kata-kata guruku dulu…
Aku mengeluh sendirian…
Hari demi hari ingatkah lagi mereka padaku?

Nukilan: manjalara /16 Mei 2002

Bisikan harapan.

Bisikan harapan.

Mencanai pengertian…
Dari sepasang mata yang bundar
Dari sebidang wajah yang kosong
Apakah ada wangian yang lebih mengharum
Semurni apa yang kita semai di tanah ini?
Jangan..
Jangan kita ukur budi ini
Dari setiap sen yang kita terima setiap bulan
Kerana
Apa yang kita beri
Tak tertanding oleh bulan dan matahari
Setitis budi itu
Akan merombak warna hidup
Lantaran peradaban bermula
Dari apa yang kita serah
Dan apa yang mereka terima
Kita adalah kupu-kupu itu
Kerana kepompongnya mengisi warna-warna sayap
Kita hirup dan cerna warna-warna damai
Dari secangkir sari ilmu
Dan kesekiannya
Kita lihat anak-anak kecil itu melangkah
Mengatur dan menyaji kehidupan
Dari sedulang harapan yang kita garap
Dari doa yang kita ucap
Kita garis jalur-jalur impian
Kita lukis lorong-lorong harapan
Kita sirna mimpi-mimpi kosong
Dan kita terus memberi
Sekalipun dalam sedar
Kita kian dilupakan.

Nukilan: manjalara/16 Mei 2002

Lagu Rindu Ini.

Lagu Rindu Ini.

Bumiku,
Mencecah usia tua
Dalam sarat menahan beban arus zaman
Di dalamnya diisi segala isi
Bagai perempuan tua bertongkat rapuh
Meniti hidupnya penuh hati-hati
Aku melihat warnanya kian berselerakkan
Bukan lagi sebuah lukisan indah
Kerana apa jua yang terpalit kini
Tak ketentuan lagi
Aku rindu
Pada merdu suara ombak, desir arus sungai, nyanyian camar
Juga pada bisikan bayu laut dan angin malam
Terpukau pada kedinginan dinihari
Yang menusuk ke tulang hitam
Aku rindu pada wangian alam, aroma dedaunan
Juga kian sunyi dari sahutan unggas hutan
Kalaulah semalam dulu itu di tanganku
Aku rindu
Meniti di batas-batas bendang
Meniup seruling batang padi
Dan lagunya berselerakan seluruh penjuru alam
Masih maniskah rasa ikan darat
Keli, puyu dan haruan
Atau masih lincahkan lintah di lopak-lopak sawah
Mengejar kaki-kaki kecil yang mencari pelaga
Antara batang-batang mensiang?
Ah! Aku rindu
Segala-galanya yang tak pernah terulang.

17 April 2002
Taman Saujana 2

Ratap (kala kulihat pudar cintamu)

Sesekali kekasih,
Aku terlalu ingin meneguk madu di cangkir cintamu,
Biarpun barangkali ada racun dalam setitis manisnya,
Bila rindu yang kulempar ke udara tidak kau sambut
Tapi sekadar berderai ke bumi
Sesekali kekasih,
Aku teramat ingin bermimpi
Melihat kepul-kepul ombak di langit
Dan bercanda di pantai rindu
Biarpun mungkin hanya aku sendiri
Sesekali kekasih,
Aku ingin meraut senyummu
Dan tajamnya ku benam jauh di dasar hati
Tatkala aku mula sedar
Mekar cintamu tak selamanya kembang
Dan setiamu hanya sekelumit dari rasa kasih
Yang tak pernah kumengerti.
Segalanya…
Hanya…
Sesekali kekasih.

Seru (suara rindu seorang teman)

Sahabat….
sekian lama aku tidak lagi melihat gugurnya kelopak mekarmu
tidak jua dapat ku cium wangi nya
apakah mungkin ia tiada lagi di laman kita dulu?

Sahabat….
lagu rajuk apakah yang sedang kau dendangkan
hingga kini teramat payah untuk ku rangkai isinya?

Sahabat….
puisi apakah yang ingin kau ukir di dada kehidupan ini
lantas penanya bagai mata tombak yang menjunam teguh
dan melarik di kulit?

Semakin menjauh aku tak pernah melepas pandang pada jalan
yang pernah kulalui
kerana aku ingin terus mengenang
dijalan itu masih ada nyawa yang tertinggal
jua masih ada senandung yang terus bermain di hati
sejuta tahun pun telah sebati dengan nadiku
kau di sana menyusur terus ke segenap rongga

Harapan ini sahabat
hendaknya kita melihat dan menghitung bintang yang sama
sesekali jangan kau ronai ikatan ini
kerana aku tak pernah bermain dengan warna yang tak pernah
kita fikirkan.

Ija/26 Dis 2001

Mencari Erti

Mencari Erti

Kala kesepian,
Aku teramat ingin sendiri
Kerana ketika itu aku melihat jauh
Di sanubari ini..satu-satunya ruang yang tak pernah
Berbohong dan tak mampu kutipu
Pedih pun ia akan tetap menangis denganku

Kala kerinduan..
Aku tetap ingin sendiri
Kerana tika itu ku tahu
Gemerlap cintamu tak bias kugapai
Hanya cahayanyar bersinar bagai berlian kecil
Dengan seribu kilauan pelangi

Kala aku mula kehilangan sesuatu bernama KAMU
Aku masih jua sendirian
Menghitung banyak mana lagi tabahku yang tinggal

Berdiri di ruang tanpa erti ini
Aku bagai terbuang
Melata meratap secebis resah hati
Terasa waktu bagai menghimpit
Dan alam ku kian perit
Sendirian mencanting syurga ilusi bernama KITA

Manjalara/28 jun 2007/6.43 p.m.

(Tatkala ku rasa cinta kita makin menjauh dan sirna sekalipun kita amat berharap untuk bersama melakar esok yg paling manis. Maaf sayang..segalanya kian sampai ke penghujungnya.)

Sebuah Lagu, Kenangan dan Salam Terakhir

Sebuah Lagu, Kenangan dan Salam Terakhir

Aku bertamu di sini lagi,
Melihat ombak memutih menghempas di kaki pantai
Umang-umang setia merangkak membawa sebuah kehidupan
Ampai-ampai antara gigi air
Segalanya bagai berlagu
Mengiramakan sebuah cerita
Dari sebuah ingatan yang teramat sukar dipadamkan dalam hidup
Semua mencanai bahagia
Aku juga yang melihat pengembara kasihku berlalu pergi
Ada airmata yang menitis di kelopak matanya kala pandangan ini menyapa wajah
Belum selangkah kekasih rindu ini bagai telah berabad
Terasa alangkah terlukanya aku
Namun masih kuat juakah kau berlalu meninggalkan penanti ini?

Aku masih bertamu di sini kekasih
Menghitung saat kau akan kembali
Sedangkan bayangmu masih lagi jatuh di tubuhku
Bayu laut menyapa hari-hari pedihku
Mengapa tiap ada pertemuan ada jua yang memisahkan?
Setiap kali kita bermula
Aku menjadi nanar memikirkan noktahnya
Mengapa untukku perjalanan ini amat berliku dan panjang?
Namun masih kuat juakah kau berlalu meninggalkan penanti ini?

Aku masih bertamu di sini kekasih,
Alam mendendangkan lagu cinta kita
Bagaimana dapat ku kirim dukaku?
Sedangkan senyum ini telah sekian lama tersirna
Duka jua yang masih berdondang sayang dalam keramat kenangan cinta kita
Aku bagai wayang kulit yang sedang menari
Entah apa ertinya
Kerana tiada yang tahu cerita lara ini
Menanti kau segera pulang
Aku teramat ingin bermula sekali lagi
Dan pohonku janganlah hijau rimbun kasih ini
Layu kembali mekarnya

Aku masih bertamu di sini kekasih
Membilang suatu hari bernama pertemuan….

Rintih

Terasing
Mengirai carikkan duka
Mengintai hari bahagia yang pernah bertamu
Gelap malam seakan menelan
Dan aku
Mencanai bahagia
Larut dalam senyum duka lara
Tangis adalah mimpi yang telah berabad kutinggalkan
Kolam airmata yang tandus dan sepi
Dasarnya kontang
Secangkir senyum
Amat payah ku raduk tenangnya
Pagar-pagar kenangan
Berduri
Dan aku hanya berdiri di sini
Meratap semalam yang kian kutinggalkan
Dan entah bila berulang
Esok menjadi igauan ngeri
Mana pula arahku?
Rimba kenangan hilang bayangnya
Aku yang pernah tertawa
Sering tertegun
Kerana sebalik riang itu
Ada tangis menanti
Mengapa
Tiap bahagia
Duka jua untukku?

Dan Bunga Itu Mula Berguguran

Dan bunga itu mula berguguran..

Rimbun,
Kala mentari mula menyinar menyuluh segenap isi alam
Aku berdiri di mimbar sebuah kehidupan
Mencari mana hilangnya rasa bahagia
Sedang indahnya mula pudar
Dan aku masih lagi mengusahakan sebuah kenangan indah
Agar sepahit mana esok kita
Aku masih berpayung dalam samar warnanya

Dan bunga itu mula berguguran
Perlahan kelopak layunya menimpa bumi hatiku
Harapan mula terpadam
Aku jua yang terluka mengusai kusut rontoknya
Rimbun kasihku
Bagai lahar yang kalanya dulu
Pernah hangat tersenyum indah
Dan kini hanya sebuah kenangan pahit
Yang teramat ingin dilupakan tapi..
Dalam hukumNya aku masih terbelengu hakikat


Dan bunga itu mula berguguran
Aku menatap sepi tangkainya
Sepi dedaunan menangisi kelopak layuku
Terpinggir dalam resah hati yang mula dibajai luka
Mengapa harus diguris juga sebidang kecil mimpi ini?

Dan bunga itu mula berguguran
Satu pesatu jingga warnanya dimamah pudar bumi
Aku melangkah antara resah banirnya
Kuat lagikah untuk kuberdiri mencabar esok
Teramat hilang arah untuk aku berpaling dan memulakan kembali
Mengapa segalanya hanya ada sebatang jalan mati?

Dan bunga itu mula berguguran
Melenyapkan hanya secebis harapan yang tinggal
Mengapa masih ingin dicari sekumin silapku
Terngadah menatap kelam langit
Bintangku hilang mesranya
Dan bulanku terasa malu untuk mengabarkan salam
Aku jua yang tersungkur mencari khazanah kisah kita

Bunga itu mula berguguran
Bagai kelopak hayatku
Sampai tika ku khabarkan salam
Perjalanan ini ku tamatkan jua
Sekalipun aku tahu
Tak mungkin ada lambaian yang akan menantiku di sana

Tinggallah mimpi..tinggallah harapan
Segalanya menemukan aku di hujung laut mati

LUAR (dari kacamata seorang teman)

Luar- dari kacamata seorang teman

Sebuah senyum,
Aku melihat ia terlontar awal pagi tadi
Tiba-tiba manisnya menjadi tawar
Warnanya entah mana yang kurang menjadi pudar

Sebuah renungan teduh
Aku melihat terlukis di matanya siang tadi
Entah mengapa tiada rasa bahagia dalam jernih sinarnya
Hanya seraut mimpi pendek

Sebuah tawa kecil
Ku dengar terhambur dari bibirnya
Namun iramanya bukan dari hati
Seakan dia tertawa kerana dia harus tertawa
Terpaksa

Sebuah lambaian
Di kirimkan sekembali kami harus berpisah
Dan di sudut bibirnya yang tersenyum,
Dalam renungan jernihnya,
Dalam tawa halusnya…
Aku mengerti…
Sahabatku sedang merintih..

Manjalara/11 sept 2007/8.36 p.m.

KITA

Kita

Calar langit jingga tika musim semi kian penghujung
Dedaunan mengisi setiap inci sudut perjalanan
Aku mengintai senyum mentari
Dalam rintik gerimis di hujung harinya
Jemariku terasa gementar
Kala mata pena ini mula menari
Terasa kosong
Lantaran luka dihatinya adalah milikku
Berguguran sebak antara celahan senyum lara
Aku jua yang memiliki kesepian ini
Entah di mana khabarnya
Salam di segenap hari pagiku
Kelihatannya semakin melambai
Di hari pertama diriku dia tinggalkan
Terasa mati…

Malam
Tika dia mengabarkan salam terakhirnya buatku
Selama-lamanya aku sebenarnya telah terlebih dulu mati
Kerana pemergian itu membawa senyum dan tawaku

Pergilah
Andai itu mahu mu
Tinggalkan apa jua duka dan sepi yang menjadi milikku

Bersendirian
Mengatur sebuah perjalanan hidup
Masih bernyawakah aku kerana esok aku hanya menanti
Salam laramu…

Manjalara/ April 16 / 2007

Malam Ini Aku Menangis Lagi

Malam ini aku menangis lagi
gelap malam..aku mengisi cangkir angan ini lagi
membuat percaturan mungkinkah esok langkahku seteguh hari ini
membuat tugu impian
mungkinkah ada ferugu realiti yg seharusnya kian indah
atau esok yg menanti hanya sebuah angan2 penuh sedih..luka..pilu
pelayaran yg kian entah ke mana hendak kulabuhkan sauhku
dataran yg kian sayup..terkadang melihat sebuah lambaian
memanggil kupulang atau sekadar menghantar ku pergi
senja di tiap penghujung hari
membuat aku semakin kerap meratap
kering telaga airmata
ombaknya kian ketengah
debu pilu berpusar
mencarik sekeping hati yg telah lama ditinggalkan..
pada malam...
pada siang..
seraut wajah bulan dan mentari
jingga hatiku berbisik...izinkan aku pergi
manjalara/26 ogos 2007/11.01 pm

Malam:Dukaku menangis lagi

Malam: Dukaku menangis lagi

Malam…
Bejana tabahku tumpah lagi
Selaut sabarku dikocak duka
Pinggirnya robek
Pantaiku pasirnya tercemar
Terhakis tepian ombakku menghempas
Serasa malam ini teramat panjang dan dingin
Mengintai
Membilang…
Berkira-kira bayu mana ingin ku bangsi rajuknya

Malam..
Tugu tenangku patah
Dahan mana dapat ku paut sebelum menyembah bumi
Terdampar di tanah mana
Sedang di hulu dingin yg membasahi rimba hatiku
Mencarik, melarik semakin dalam
Terasa yg digenggam hanya seraut akar luka
Sembilunya menikam
Tersisip antara celahan rasa payah

Malam…
Hadirkan aku seorang teman
Agar ada bicara dapat ku kongsi bebannya

Malam…
Kirimkan aku seorang kekasih
Yang perlahan akan menggenggam erat jemariku
Dan berkata…
Sayang..berikan aku sebahagian dukamu…

Manjalara?11.59 p.m 15 sept 2007