Friday, December 3, 2010

Hari itu....

Keluarga besar..Laksamana 7 katering
Terima kasih utk jamuannya..
Keluarga abang
Terima kasih kerana sudi datang dari jauh
Kak Ngah dan anak-anak (along Liana & Kak Chik)
Terima kasih kerana sudi bergambar..yg lain mana?
My lovely mother in law..
Terima kasih kerana menerima eja dan anak-anak.
My beloved sisters (Suhazlin, Jarina & Kak Susilah).
Lin..Jarina..kekuatan dan semangatku. thanks for being part of my life

Anak-anak buah (angah & along)
Jom balik..nk ujan ni..
(lokasi: Air Terjun Bkt Sebukor Ayer Keroh Melaka)

Ayah, makcik dan Mas

Moga ini detiknya


Tanggal 12.11.2010 aku sah menjadi miliknya. Mengakhiri perjalanan sendiri dan membenarkan insan lain untuk hadir antara aku dan anak-anak. Hanya rasa syukur kerana di penghujung jalan ini aku menemukan insan yang sudi menerima aku dan anak-anak lalu mengikrarkan kami adalah nyawa dan kehidupannya. Apakah ada yang lebih baik dari sebuah penerimaan?
Apakah ada rasa bahagia yang lain selain mendengar azan berkumandang di rumah kecilku dan melihat seorang lelaki yang berdiri di hadapan kami lalu mengimamkan solat kami? Apakah ada ucapan yang lebih indah selain mendengar bibirnya melafazkan "..Ya Allah, hiasi keluarga kami dengan iman, rasa syukur dan satukan kami sehingga ke syurgaMu.." Apakah ada perbuatan yang lebih membahagiakan selain melihat dia mencium dahi kami?
Dia tidak sesempurna insan lain tapi biarlah dia cukup sempurna di mata dan hati aku. Dialah nyawa dan dialah syurgaku dan anak-anak. Biarlah apa jua yang akan diperkatakan orang lain namun seperti mana dia menerima dan menutupi kekurangan ku begitulah aku akan terus membuka pintu hatiku menerima dirinya.
Abang..kita akan bertatih untuk memulakan kehidupan ini dan aku tidak mampu menjanjikan bulan dan bintang hanya aku akan berusaha menjadi 'khadijah'mu. Terima kasih kerana sabar meladeni kekuranganku. Mungkin kita tidak begitu diterima namun percayalah kita akan mampu melaluinya.
Moga ini detiknya yang dijanjikan buat kita setelah jauh melangkah dengan cerita semalam yang kita kuburkan sedalam mungkin. Aku akan terus berdoa semoga inilah detiknya untuk kita melangkah dan membalut luka di hati kita.

....aku mencintamu...

Saturday, October 9, 2010

Dia M A

Tiba-tiba hari ini aku mengingati dia. Bermula bila aku terbaca kembali perbualan kami dulu. Hampir 2 tahun berlalu dan hari ini segalanya kembali segar. Dia lelaki yg datang dan kukenali sebagai tutor ku. Hati teringin mengabarkan aku telah pun menamatkan pengajianku Ogos lepas tetapi sebahagian dari diriku melarang.

Biar kehadirannya tidak selama mana..tidak seindah mana namun cukup memberi kesan kerana dia yg membuatkan aku nekad menempuhi jalan sukar ini. Dia yang membuka ruang untuk aku memperjuangkan nasibku sekalipun tiba saat dan tika aku menggapai mencari dahan untuk berpaut dia tiada di sana.

Tuhan tidak menciptakan dia untukku tapi Tuhan menciptakan perjalanan yang berliku namun aku bersyukur kerana ditemukan dengan doanya...

Wednesday, April 21, 2010

Doa...

' ...kau akan mengulangi kesilapan yang sama..'
apa agaknya akan muncul di hati tika msj seumpama itu datang menyapa saat hati berbunga dengan harapan? Dan msj seumpama itu datang dari insan yang teramat kita sayang? Bila msj seumpama itu menyapa kala kita mengharapkan sokongan dari dirinya?

Apa ye di hatiku? Belum apa-apa, aku telah didoakan yg tidak-tidak. Seolah-olah dia telah menjangkakan lama dulu setiap keputusan yang aku ambil hanya akan menghumbanku jauh dari kebahagiaan.

Hakikatnya...sejak peristiwa itu betapa aku mengharapkan sokongan dari mereka untuk aku meneruskn kehidupan. beban ini tak tergalas namun menyedari ada 2 nyawa yang sedang berpaut di bahuku segalanya aku harungi demi 2 nyawa ini. Mungkin juga hidupku telah hancur tapi selagi terdaya aku tidak boleh mengheret mereka berdua musnah bersamaku.

Tapi siapa di sisi tika segalanya menghimpit? Siapa?..cuma aku..aku..

Sunday, April 18, 2010

Biarlah....

'salam, emak telefon tanya khabar *** dan anak-anak. Kenapa tak telefon dia? Anak-anak alang pun tanya gak pasal budak-budak. Rindu agaknya kat adik-adik diorang'

Berbulan dulu...Aku dimaki..dihina kala aku amat memerlukan bahu untuk menangis..payung untuk berteduh..dan sepasang tangan untuk menggenggam dan menumpang kekuatan. Bukan dari siapa tapi dari ..seseorang yang paling kucintai, yang rela aku serahkan nyawa dan hidupku demi melihat dia bahagia. Aku terhina oleh seorang yang hanya dia yang aku ada dalam hidup ini..satu-satunya..

Kalian membuang aku jauh, meminggirkan aku seolah-olah aku adalah makhluk yang paling menjijikkan di mata mereka. Tiada kata yang terlontar seolah-olah aku adalah insan yang tidak layak untuk menerima walau sepatah ucapan yang indah..

Aku tidak pernah menduga titian perjalanan seperit ini...kalau kutahu ini yg akan aku lalui...kalaulah kita mampu memilih dgn siapa hidup ini ingin dijalani..kalaulah kita boleh memilih rahim siapa yang ingin ditumpangi..atau kalau kita bisa memilih siapa adik-beradik kita...silapnya kerana namaku berbintikan insan yang sama..

Maaf..jika sepanjang kehidupan aku hanya menjadi beban buat kalian. Kalau aku hanya mendatangkan luka..malu apatah lagi aib buat kalian di mata mereka. Aku cuma diri yang cuba menyusuri hidupnya dengan penuh ketabahan..kekuatan..dan terbaik untuk diriku.

Sepatah pun takkan pernah aku lupa...takkan pernah. Usah diucapkan tentang rindu kerana satu ketika dulu aku pernah menagihnya dari kalian. usah diucap tentang sayang..kerana sekelumit rasa sayang yang ada di hati ini telah mati..terbuang dan sia-sia..dan sayang itu juga yang menjadikan kalian begitu tega membunuh hati dan perasaan ku.

takkan pernah aku lupa lirikan matamu..yang terlarik di bibirmu..kala tanganmu ku cium..alangkah bodohnya aku kerana masih mengharap pada warna-warna pelangi diraut wajah seorang kakak..seorang ibu...apatah lagi abang-abang. kalian punya aku sebagai adik tapi hakikatnya aku tak pernah punya kalian.

Bukankah kalian biarkan aku bergelandangan dalam memperjuangkan nasib ini? Bukankah kalian membiarkan aku tersungkur dan bangun sendiri? Berbulan menantikan kehadiran..berbulan merisik khabar...berbulan-bulan...dan akhirnya aku mula mengerti..

Aku punya hati dan perasaan dan hari ini hati kecilku berkata..jangan berpaling lagi kerana takkan pernah ada yang terbaik buatku hanya luka..hanya duka hanya kesakitan sekalipun darah kita adalah sama.

Anggap saja..kami benar-benar telah tiada...

Friday, April 16, 2010

Dan lagu itu...

Menatap ke garis-garis di telapak tangan..aku sendirian mencari makna, membuat tafsiran tentang suka duka perjalanan ini. Sesekali aku melihat di 'ruangan kamu' semakin aku cuba ia semakin mendesak dan akhirnya empangan itu kembali pecah. Biar berkali-kali aku mencuba untuk menghapuskannya namun alirannya tak pernah berhenti.

Andai kau tahu akhirnya luka juga yang akan kau persembahkan buatku kenapa kau masih berusaha memberikan aku harapan? Mengapa sehingga kini kau masih juga terus-terusan memberikan aku potret perasaan mu? Mengapa masih mahu bercerita tentang cinta dan kasih sayang sedangkan kau tahu aku tak pernah ada di hatimu?

Aku berusaha untuk memadamkan lagu-lagu mu yang pernah berkumandang dalam setiap saat hariku..aku sedang berusaha memadamkan 'kamu' dalam hatiku..aku sedang berusaha untuk membenci kamu..

Lagu itu akan aku buang jauh..biarlah tuli telinga ini dari melodinya kerana hari ini aku teramat-amat membenci kamu. Akan kubunuh setiap kenangan kita. Kenangan yang seharusnya aku mengerti sejak dulu 'tiada indahnya'

Jangan pernah lagi mengenang aku...jangan pernah lagi kau sebut namaku..jangan pernah lagi bercerita tentang hati dan perasaan ini kerana mulai detik ini kau benar-benar telah 'mati'

Sunday, April 4, 2010

Terlukakah aku



Kau tak pernah bersalah sekalipun tika menyaksikan segala coretan kau dan dia, aku merasakan betapa berkecainya hatiku. Cuba bertahan dari menitiskan walau setitik airmata kerana aku pasti seandai kau tahu apa yang terzahir kau tak akan pernah mengirimkan duka buatku.

Mustahil untuk aku tidak berduka namun aku mengerti mengapa dan apa puncanya. Semuanya silapku dan aku masih lagi mencari kekuatan untuk terus pasrah..KITA bukan untuk kau dan aku.
Kini kau melangkah ke alam bahagiamu dan aku hanya berdaya berdoa moga insan yang pernah aku cintai itu akan terus bahagia. Bukankah cinta itu bermakna merelakan dia demi bahagianya?

Berakhir dan ternoktah sudah kisah kita dan selamanya ia akan terus aku ingati..sekalipun andai di akhir nanti kau mula sedar tentang cerita sebenar kita...aku takkan pernah membiarkan dia terluka untuk membiarkan kita bersama semula. Biarlah cinta yang satu ketika dulu pernah membahagiakan kita menjadi lipatan kenangan. Sekalipun terluka..aku redha..ikhlas melepaskn dirimu dan mencipta cinta yang lain.

'moga saja kan kau dapati insan yang tulus mencintaimu tapi bukan aku..'

Friday, April 2, 2010

Kau yang takkan pernah mengerti...

Lewat kenangan ini menyakiti dan aku terdampar di dasarnya tanpa ada apa-apa perasaan yang berbaki..tahukah kau betapa sakit untuk hidup tanpa perasaan? Namun aku yang tidak pernah punya apa-apa ini terpaksa untuk mengheret langkah sekalipun aku tidak pasti sudah berapa jauh aku dari tempat aku pernah tersungkur dulu.

Teman..perasaan itu terus mengikat namun aku tidak mahu mengheret kau terus dari kesakitan ini. Tidak..kerana cinta takkan pernah menyakiti. Maaf kerana aku terpaksa dulu melepaskan pegangan tangan kita. Kau dan aku hanya akan mencipta derita.

Cinta..aku tidak pernah menafikannya namun aku benar-benar tak berdaya. Aku takut untuk melihat kau kecewa menyaksikan saat aku jatuh dan tersungkur tika itu. Pergilah dan aku merelakan kau membina cinta lain sekalipun hati ini bagai dihiris-hiris.

Aku tak pernah berdaya melupakanmu.

Kenangan kita adalah kekuatan buatku..sehingga kini aku tidak mampu mengisi kekosongan itu dengan apa-apa..masih ada bayangan kamu di sana..hari ini..esok dan selamanya...aku mencintaimu tapi aku tak mampu meraihnya dalam pelukanku. Aku tak berdaya..kerana aku teramat takut menyakiti mu.

Betapa aku menyedari...cinta kita masih tidak cukup kuat untuk membuatkan Tuhan belas terhadap kita. Masih juga kita hanya mampu menyulam mimpi-mimpi dan realitinya kau dan aku bukan untuk KITA.

Aku terpaksa membohongimu demi untuk melihat kau bahagia. Itu pengorbanan terakhir ku buat kamu..sebuah cinta yang tak mampu aku sirnakan dari hati dan hidupku. Sebuah cinta yang menjadi mimpi2 di segenap tidurku. Aku masih menangisi 'adeeja' tapi dalam tangis itu aku cuba mengukir senyum melihat kau melangkah dan membina tugu cintamu bersamanya.

Semalam...pergilah cinta dan aku akan selamanya bersama ingatan kita. Aku akan terus sendiri menjalani hidup ini kerana aku xpernah mampu menggantikan KAMU

Friday, February 26, 2010

Tapi Bukan Aku..

Jangan lagi kau sesali keputusanku,
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin ku paksakan cinta ini,
Meski tiada sanggup untuk kau terima

Aku memang manusia paling berdosa,
Khianati rasa demi keinginan semua
Lebih baik jangan mencintai aku dan semua hatiku
Karena tak kan pernah kan kau temui, cinta sejati


Berakhirlah sudah semua kisah ini,
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku tak kan pernah mencuba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma,
Sebab rasa ku telah mati untuk menyadarinya


Semoga saja kan kau dapati
Hati yang tulus mencintaimu, tapi bukan aku

Thursday, February 25, 2010

Tercalarnya sebuah ingatan

Hangat di penghujung Februari sehangat ingatan ku terhadapmu..sepantas perjalanan waktu sepantas itu juga semalam kita mengimbau dan menghilang dari pandanganku. Aku kesakitan tiap kali kenangan-kenangan itu bertamu di hati. Mengapa keriangan kita hanya suatu bersifat sementara? Bukankah seperti katamu..kau juga mencari bahagia? Bukankah katamu...kesepian itu menghimpit dan kau tawarkan aku suatu ruang kecil untuk mengisi kekosongan yang pernah mereka tinggalkan? Tapi mengapa setelah ruang sekusam dan sesepi itu mula bersinar kau tutup jendelanya lalu kau usir aku dari kebahagiaan yang baru bertandang?

Saban saat dan ketika lagumu berkumandang. Aku cuba mencari pengertian namun mengapa aku harus terluka jika benar kita sebenarnya bukan sesiapa?

Kali pertama kau dendangkan lagu itu..kali pertama kau ungkapkan kata-katanya..dan dipenghujung aku yang sakit sendirian. Hati kita tidak pernah terikat tapi mengapa kurasakan seperti terantai oleh kenangan silam...setahun berlalu namun segalanya masih segar..masih berbungakah kenangan-kenangan kita? Mengapa harus ada pengertian 'seorang tiada apa-apa' kalau sepanjang musim itu hanya aku merasakan terlalu sukar melepaskannya?

Tuesday, February 2, 2010

Warkah dari seorang teman..

Saat ini kau mungkin sedang menikmati hari-hari bahagiamu, menghitung semalam yang pernah kita tinggalkan , mungkinkah masih bersisa basahnya di dalam hati kecilmu itu teman? Mungkinkah seorang aku ini masih kau ingat atau hanya mungkin telah menjadi satu sejarah atau mungkin juga semalam mu? Aku masih di pinggiran sama, meninjau dari kejauhan..mengimbau tiap detik kenangan tika aku terlontar di daerahmu. Tika aku kau lunakkan dengan gurau senda, tika aku hampir terleka pada sebuah kemesraan yang pastinya saat ini umpama bara api. Ingin ku genggam membakar telapak tangan namun aku tidak pernah rela untuk melepaskannya...

Teman...aku tidak pernah lupa walau seinci kenangan-kenangan itu. Pedih untukku kenang namun hanya itu yg tertinggal buat aku mengenang kamu. Entah mengapa biar aku cuba melupakan dan kamu terus menghuni hatiku..pergilah kenangan..dan sepasang bening matamu terus memukau dan merantai hatiku.

Sebegini akhirnya sebuah persahabatan yang katamu 'kekuatan hati yang berpegang janji..genggamlah tanganku cinta, ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri temani hatimu cinta..' lalu aku terus terbiasa dengan segala lagu-lagumu..aku terluka.

Sebegini perit..sebegini sakit...aku takkan pernah melupakanmu....