Sunday, April 4, 2010

Terlukakah aku



Kau tak pernah bersalah sekalipun tika menyaksikan segala coretan kau dan dia, aku merasakan betapa berkecainya hatiku. Cuba bertahan dari menitiskan walau setitik airmata kerana aku pasti seandai kau tahu apa yang terzahir kau tak akan pernah mengirimkan duka buatku.

Mustahil untuk aku tidak berduka namun aku mengerti mengapa dan apa puncanya. Semuanya silapku dan aku masih lagi mencari kekuatan untuk terus pasrah..KITA bukan untuk kau dan aku.
Kini kau melangkah ke alam bahagiamu dan aku hanya berdaya berdoa moga insan yang pernah aku cintai itu akan terus bahagia. Bukankah cinta itu bermakna merelakan dia demi bahagianya?

Berakhir dan ternoktah sudah kisah kita dan selamanya ia akan terus aku ingati..sekalipun andai di akhir nanti kau mula sedar tentang cerita sebenar kita...aku takkan pernah membiarkan dia terluka untuk membiarkan kita bersama semula. Biarlah cinta yang satu ketika dulu pernah membahagiakan kita menjadi lipatan kenangan. Sekalipun terluka..aku redha..ikhlas melepaskn dirimu dan mencipta cinta yang lain.

'moga saja kan kau dapati insan yang tulus mencintaimu tapi bukan aku..'

No comments: