Tuesday, April 14, 2009

Malam

Mencari kerdipan cahayanya dalam likat malam, hati sayu mengisi ruang kosong yang entah mengapa kurasakan sangat kuat malam ini. Aku menunggu titisan jernih antara sudut mataku namun entah ke mana menghilang. Terasa seakan putus segala harapan dan impian. Kurasakan esok kabur umpama ada kabut yg merintangi jalanan kehidupan ini. Pucuk-pucuk sabar layu dan longlai. Aku kehilangan kata untuk memujuk hati sendiri. Seolah zahir dan batinku terpisah dan menjadi dua diri yang lain.

Malam..kiranya dalam likat warnamu aku tersasar arah lagi kirimkan aku warna-warna bintang mu. Hadirkan aku mutiara kejoramu kerana dalam kesepian nan sekosong ini aku mendambakan teman. Melihat ke dada langit terasa betapa lelah dan lemah. Semalam sudah berlalu untuk dikesali dan aku hanya mampu melangkah untuk ini dan tika ini. Saat kehidupan tidak pernah menjanjikan apa-apa.

Malam...temankan aku. Peluk dan dakap insan ini kerana aku hanya ada kamu dan kesebatian kita menjadi aku teramat memerlukan. Kirimkan bayu malam yang akan membelai dan melarikan senduku...

Malam...hilangkan resah ini kerana sesungguhnya..secalit ingatan terhadap dia membuat aku sangat-sangat terluka. lenyapkan deritaku kerana aku tak ingin punya apa-apa lagi kecuali kamu. Sirnakan wajahnya dari ingatan ini lantaran dia hanya mengabarkan duka.menyampaikan luka..memberi sengsara.

Sunday, April 12, 2009

Ahad ohhh ahad..(2)

Lama dah rasanya aku tak merasa ahad yang camni. Pagi dah bangun..siap-siap untuk tunggu azan subuh. Sekali nset aku bunyi..sabarlah teman..Insyaallah ada sinarNya. Aku paling tak boleh dengar suara kawan-kawan aku nangis sebab...aku memang tak boleh! Lagipun aku memang muak untuk menangis lagi..dah kering airmata apa lagi untuk seorang lelaki. Dalam kepala aku saat ni cuma camne nak jalani hidup aku dan anak-anak. Nak besarkan dorang dan sediakan segala keperluan untuk diorang. Aku ni tak macam orang lain boleh santai-santai. Memang aku takleh duduk diam nak kata camne. Orang yang pernah lalui hidup macam aku akan tau apa erti santai tu. Ahaks! Nasib ko Ja..nak kata apa. Ini yang ko pilih redah je..Tuhan tak kejam..kalo seratus ujian Dia lama-lama abislah..
Nak nasihat lebih aku tak tau kat kawan aku ni. Cuma simpati dan doa untuk dia. Selebihnya aku takmo dia terus menangis. Bukan xmo nasihat...aku tak layak sebab aku ni bukannya baik. Jahat aku ni..ermmm...
lepas wat keje rumah ajak anak-anak teman gi beli barang-barang dapur. beras dah abis..gula..garam..susu..kira kabinet tu nak dekat kosong dah. balik rumah je dekat pukul 2..solat zohor lepas tu angkat barang-barang dan kemas dapur..nak runtuh bahu rasanya angkat air dalam botol tu. Elok je diangkat kain yg aku jemur pagi tadi hujan pun mencurah-curah. Angin kuat sampaikan ruang tamu rumah masuk dek tempias. Waaaaa...kapet akuuuuu..capai pulak mop..mop sana sini akhirnya satu rumah aku selesai mop..wangiiiiii...! ahaks
Lerrr dah pukul 5...solat asar pulak..
sambil dok ngintai air hujan kat luar tu aku pasang angan. kalaulah aku ada duit lebihhh..cecehhhh...aku beli umah sebelah. Lepas tu pecahkan dinding depan kasi ruang tamu besar. Bilik-bilik semua aku buat kat sebelah sana. ruang tengah tu aku buat ruang solat sebelahnya tempat makan. Belah sana tempat tengok tv..perghhh...angannnnn..takpe..takpe..dah grad nanti boleh citer..haahahaha..yang penting dah grad nak bw mak g umrah. lepas tu paksa mak dok dengan aku. surau dekat bolehlah ulang alik dengan dia. Nak abiskan sisa-sisa waktu dengan dia. Insyaallahhh...
Mak..doakan orang ekkk...murah rezki dan....hmmm..entah arrr..

Saturday, April 11, 2009

Andai...

Hari ni ada mood berlebihan pulak untuk mengadap drawing, kemas dan alihkan perabot di kelas (pasal perabot kat rumah dah naik muak nak dialih-alihkan) Kebetulan sekolah ganti so lepas kelas aku sambung kerja-kerja di kelas pulak. Fatin dengan Mujahid leka dengan pc di depan kelas. Selepas selesai balutkan fail disiplin Jarina aku mula laa..capai penyapu, alih itu ini dan hasilnya balik rumah dekat pukul 2. hajad nak labelkan buku anak-anak murid terbantut bila gusi mula berdenyut semula. Bengkak dah susut cuma sakitnya sesekali datang. Esok lusa bolehlah gi klinik tu untuk x-ray. Adesss...macam-macam dugaan nak idup!!!

Kak lang telefon. macam biasa mengadu tentang perangai angah yang baru tiba dari KT. Aku pun tak tau nak kata apa pasal anak buah aku yang sorang tu. Frust juga sebab dia bukan kecik-kecik lagi sampai makcik dia yang sorang ni nak kena ulang-ulang cakap. Angah memang dah macam tu..dia bukan peduli orang lain asal apa dia nak dapat.
"Nantilah Ja cakap dengan dia.." janji ku..selebihnya cerita dengan Kak lang pasal 'orang rumah' aku. bagitau kak lang yang dia dah berhenti kerja tapi tak plan nak buat apa. Entah...susah nak cakap sebab sepengetahuan aku orang lelaki ni dalam kepala dia (selama yang aku tau) kerja..kerja..kerja..tapi ni terbalik pulak. Ahhh...cerita banyak pun tak guna..yang penting aku nak besarkan anak-anak.

Telan ubat ni buat mata aku macam di tarik-tarik je pada hal still ada 6 tajuk mechanical tools aku nak kena cover ni. Tiap kali ada tarikh-tarikh penting mesti ada je halnya..demam laaa..tak aku..anak-anak. Takpun...ahhh..toksah citer laaa buat sakit ati jekk..makin banyak halnya nanti.
"Kak..naper akak senyap je skrang ni?"
"Takde apa-apa nak citer senyap je laa"
"Macam nak jauhkan diri je kak..naper?"
Diam.
"Akak sihat ke?"
"Sihat je macam biasa.."
"Akak..kenapa lain macam je..akak memang nak jauhkan diri dari saya ke?"
"Takdelah..."
"cakaplah.."
"takde apa lah dik..."
"Akak tipu. Mesti ada apa-apa ni. janganlah sembunyi apa-apa kak. Kita kenal bukan baru..dah lama kan?"
"Kalau dah lama pun dah memang takde apa nak citer.."
"Akak kata..saya ni adik akak.."
Sedih aku dengar tapi...aku rasa aku dah banyak menyusahkan adik-adik aku tu. Rasa macam dah sampai masa aku menjauh pelan-pelan. Sebelum diorang mula benci. Sekarang ni pun aku sedang cuba walaupun sesekali aku rindu dengan adik-adik aku tu. Fazrin..Hyfa..Pian..adala dua tiga lagi...dah sampai masa untuk aku..ahh! satu saat nanti diorang akan lupa.

Sebenarnya..hidup ni ada pilihan. Cuma sebagai aku yang hanya manusia biasa, pilihan tu tersasar dari agakkan aku je. Tersalah pilih..tersilap! Salah buat penilaian...

Andai..aku ada pemadam yang boleh digunakan untuk padam segala-galanya..ada byk pkara yang aku nak hilangkan dari ingatan aku. Sebab setiap satu tu cuma BEBAN! Terutamanya 'tentang dia'
Kadang-kadang kita sangkakan 'dia' datang untuk melenyapkan kesunyian, melakarkan harapan tapi akhirnya 'dia' akan jadi sebahagian dari beban yang telah sememangnya kita galas. Aku amat berharap takkan ada 'dia yang kedua' selepas ni. Aku akan pastikan takkan mungkin ada 'dia' lagi. Cukuplah sekali kerana sesingkat kenangan tu akhirnya menjadikan aku sangat-sangat menyesal. Kerana 'dia' juga akhirnya menjadi rentetan beberapa kisah yg lain. Aku tidak pasti apa yg keluar dari mulutnya kerana yg sampai padaku seolah-olah dia meletakkan semua kesulitannya tika ini di bahuku. Seolah-olah aku punca. Bukan aku yang memulakan...namun..biarlah..aku doakan dia 'sangat-sangat bahagia'

Pada isin..iepah..J..'terima kasih'

Sunday, April 5, 2009

Balik Kampunggg...sesekali ok arrr

Sabtu ada exam kat UM. Dah penghujung sem 8 aku, kiranya still ada dalam 4 sem lagi untuk grad. Hmmm..tak sabar rasanya nak habis belajar lepas tu plan nak posting pulak. banyk sangat kenangan aku selama study ni dan lepas ni dah boleh mulakan episod baru. Kumpul duit lak dan tebus segala utang piutang aku kat anak-anak. Iye arrr sepanjang ulang alik ke UM aku korban kan masa. Sabar ekk Fatin ngan Mujahid..ibu belajar pun untuk masa depan kita.

Kawan-kawan satu course aku kira yang terbaik aku pernah ada. Mungkin sebab masing-masing dah kerja dan memulakan episod belajar semula. kalo dulu belajar amik kira dengan persaingan untuk jadi the best tapi kali ni masing-masing study sebab nak upgrade life. jatuh bangun sama-sama dan asgmn menjadikan masing-masing akrab. Syukur Alhamdulillah...walaupun terpaksa meredah sejauh tu aku ada kawan-kawan yang sentiasa support satu sama lain.

Sebab nak exam ni anak-anak kata kali ni takmo dok bangi, nak dok kg dengan uwan dorang. mak aku apa lagi melonjak sakan lah bila dengar cucu dia yang berdua ni nak balik. Siap semelih ayam nak buat rendang..aku baru plan nak buat gulai pucuk ubi dengan ikan masin. Malam Jumaat tu..

"Ja, kau jadi ko nak balik sokgi?"
"Jadilah mak, budak-budak dah siap bekomeh kain baju tu. Omak ado hal ko sabtu tu?"
"Tak ado. Kok ado pun nak poie kursus aji tu jo laa.."
"Kalo camtu Ja angkut yolah ke Bangi.."
"Laa..kang omak kenselkan dengan Asih..ni omak nak tanyo ni..ekau balik sokgi lopeh tu toghuih ke umah alang kau ko?"
"Tak arr..kalo balik kg sokgi err tu Ja goghak ke KL la mak..takleh nak singgah-singgah dah.."
"Kalau camtu baliklah tapi kalau malam tu yo kau nak ke bangi omak tak bagi pasal skang ni tanah asik ghuntuh yo kek ulu bondul tu,"
"Yo ko..alaaa...kalo nak mati takyah tunggu tanah ghuntuh mak..hehehe"
"Ikut kau laa..dogil.."
sengeh. Hehehe omak ni..bunyi cam tak bagi balik yo..kang oghang kenselkan kanggg...

Hasilnya aku balik jugakkk..dah malam baru sampai. Best..pasal malam kat kg adalah malam paling aman aku pernah ada. Takde bunyi kete..lori.dan paling aku suka bila tengah mlm bunyi cengkerik. Kena lak dengan malam yang sejuk. Bila malam-malam cenggini mula laa aku tingatkan kawan-kawan sekampung dulu..arwah inaz...Ami black..Ayie..en..dek mas..uji..ajun..cibang..cidik..alahaiiii..lamo tak cempogho..lamo tak mancing puyu..lamo tak main senapang buluh..lamo tak main polis sentri..lamo tak main gotah..lamo tak melestik tupai..lamo tak makan buah copu..lamo tak locut tin..lamo tak ngintai orang silat..kihkihkih...alahaiiiiiii...

"Acik Awo kau dah takleh bangun laie..."
"Oooo...dio dok ngan kak sidah la yo mak?"
"Iyo laaa..sidah yang jago..sapo lak laie...kak Enon kau pun dah meninggal.."
Gulp! Innalillahhhh