Saturday, April 11, 2009

Andai...

Hari ni ada mood berlebihan pulak untuk mengadap drawing, kemas dan alihkan perabot di kelas (pasal perabot kat rumah dah naik muak nak dialih-alihkan) Kebetulan sekolah ganti so lepas kelas aku sambung kerja-kerja di kelas pulak. Fatin dengan Mujahid leka dengan pc di depan kelas. Selepas selesai balutkan fail disiplin Jarina aku mula laa..capai penyapu, alih itu ini dan hasilnya balik rumah dekat pukul 2. hajad nak labelkan buku anak-anak murid terbantut bila gusi mula berdenyut semula. Bengkak dah susut cuma sakitnya sesekali datang. Esok lusa bolehlah gi klinik tu untuk x-ray. Adesss...macam-macam dugaan nak idup!!!

Kak lang telefon. macam biasa mengadu tentang perangai angah yang baru tiba dari KT. Aku pun tak tau nak kata apa pasal anak buah aku yang sorang tu. Frust juga sebab dia bukan kecik-kecik lagi sampai makcik dia yang sorang ni nak kena ulang-ulang cakap. Angah memang dah macam tu..dia bukan peduli orang lain asal apa dia nak dapat.
"Nantilah Ja cakap dengan dia.." janji ku..selebihnya cerita dengan Kak lang pasal 'orang rumah' aku. bagitau kak lang yang dia dah berhenti kerja tapi tak plan nak buat apa. Entah...susah nak cakap sebab sepengetahuan aku orang lelaki ni dalam kepala dia (selama yang aku tau) kerja..kerja..kerja..tapi ni terbalik pulak. Ahhh...cerita banyak pun tak guna..yang penting aku nak besarkan anak-anak.

Telan ubat ni buat mata aku macam di tarik-tarik je pada hal still ada 6 tajuk mechanical tools aku nak kena cover ni. Tiap kali ada tarikh-tarikh penting mesti ada je halnya..demam laaa..tak aku..anak-anak. Takpun...ahhh..toksah citer laaa buat sakit ati jekk..makin banyak halnya nanti.
"Kak..naper akak senyap je skrang ni?"
"Takde apa-apa nak citer senyap je laa"
"Macam nak jauhkan diri je kak..naper?"
Diam.
"Akak sihat ke?"
"Sihat je macam biasa.."
"Akak..kenapa lain macam je..akak memang nak jauhkan diri dari saya ke?"
"Takdelah..."
"cakaplah.."
"takde apa lah dik..."
"Akak tipu. Mesti ada apa-apa ni. janganlah sembunyi apa-apa kak. Kita kenal bukan baru..dah lama kan?"
"Kalau dah lama pun dah memang takde apa nak citer.."
"Akak kata..saya ni adik akak.."
Sedih aku dengar tapi...aku rasa aku dah banyak menyusahkan adik-adik aku tu. Rasa macam dah sampai masa aku menjauh pelan-pelan. Sebelum diorang mula benci. Sekarang ni pun aku sedang cuba walaupun sesekali aku rindu dengan adik-adik aku tu. Fazrin..Hyfa..Pian..adala dua tiga lagi...dah sampai masa untuk aku..ahh! satu saat nanti diorang akan lupa.

Sebenarnya..hidup ni ada pilihan. Cuma sebagai aku yang hanya manusia biasa, pilihan tu tersasar dari agakkan aku je. Tersalah pilih..tersilap! Salah buat penilaian...

Andai..aku ada pemadam yang boleh digunakan untuk padam segala-galanya..ada byk pkara yang aku nak hilangkan dari ingatan aku. Sebab setiap satu tu cuma BEBAN! Terutamanya 'tentang dia'
Kadang-kadang kita sangkakan 'dia' datang untuk melenyapkan kesunyian, melakarkan harapan tapi akhirnya 'dia' akan jadi sebahagian dari beban yang telah sememangnya kita galas. Aku amat berharap takkan ada 'dia yang kedua' selepas ni. Aku akan pastikan takkan mungkin ada 'dia' lagi. Cukuplah sekali kerana sesingkat kenangan tu akhirnya menjadikan aku sangat-sangat menyesal. Kerana 'dia' juga akhirnya menjadi rentetan beberapa kisah yg lain. Aku tidak pasti apa yg keluar dari mulutnya kerana yg sampai padaku seolah-olah dia meletakkan semua kesulitannya tika ini di bahuku. Seolah-olah aku punca. Bukan aku yang memulakan...namun..biarlah..aku doakan dia 'sangat-sangat bahagia'

Pada isin..iepah..J..'terima kasih'

No comments: