Tuesday, April 14, 2009

Malam

Mencari kerdipan cahayanya dalam likat malam, hati sayu mengisi ruang kosong yang entah mengapa kurasakan sangat kuat malam ini. Aku menunggu titisan jernih antara sudut mataku namun entah ke mana menghilang. Terasa seakan putus segala harapan dan impian. Kurasakan esok kabur umpama ada kabut yg merintangi jalanan kehidupan ini. Pucuk-pucuk sabar layu dan longlai. Aku kehilangan kata untuk memujuk hati sendiri. Seolah zahir dan batinku terpisah dan menjadi dua diri yang lain.

Malam..kiranya dalam likat warnamu aku tersasar arah lagi kirimkan aku warna-warna bintang mu. Hadirkan aku mutiara kejoramu kerana dalam kesepian nan sekosong ini aku mendambakan teman. Melihat ke dada langit terasa betapa lelah dan lemah. Semalam sudah berlalu untuk dikesali dan aku hanya mampu melangkah untuk ini dan tika ini. Saat kehidupan tidak pernah menjanjikan apa-apa.

Malam...temankan aku. Peluk dan dakap insan ini kerana aku hanya ada kamu dan kesebatian kita menjadi aku teramat memerlukan. Kirimkan bayu malam yang akan membelai dan melarikan senduku...

Malam...hilangkan resah ini kerana sesungguhnya..secalit ingatan terhadap dia membuat aku sangat-sangat terluka. lenyapkan deritaku kerana aku tak ingin punya apa-apa lagi kecuali kamu. Sirnakan wajahnya dari ingatan ini lantaran dia hanya mengabarkan duka.menyampaikan luka..memberi sengsara.

No comments: