Friday, April 2, 2010

Kau yang takkan pernah mengerti...

Lewat kenangan ini menyakiti dan aku terdampar di dasarnya tanpa ada apa-apa perasaan yang berbaki..tahukah kau betapa sakit untuk hidup tanpa perasaan? Namun aku yang tidak pernah punya apa-apa ini terpaksa untuk mengheret langkah sekalipun aku tidak pasti sudah berapa jauh aku dari tempat aku pernah tersungkur dulu.

Teman..perasaan itu terus mengikat namun aku tidak mahu mengheret kau terus dari kesakitan ini. Tidak..kerana cinta takkan pernah menyakiti. Maaf kerana aku terpaksa dulu melepaskan pegangan tangan kita. Kau dan aku hanya akan mencipta derita.

Cinta..aku tidak pernah menafikannya namun aku benar-benar tak berdaya. Aku takut untuk melihat kau kecewa menyaksikan saat aku jatuh dan tersungkur tika itu. Pergilah dan aku merelakan kau membina cinta lain sekalipun hati ini bagai dihiris-hiris.

Aku tak pernah berdaya melupakanmu.

Kenangan kita adalah kekuatan buatku..sehingga kini aku tidak mampu mengisi kekosongan itu dengan apa-apa..masih ada bayangan kamu di sana..hari ini..esok dan selamanya...aku mencintaimu tapi aku tak mampu meraihnya dalam pelukanku. Aku tak berdaya..kerana aku teramat takut menyakiti mu.

Betapa aku menyedari...cinta kita masih tidak cukup kuat untuk membuatkan Tuhan belas terhadap kita. Masih juga kita hanya mampu menyulam mimpi-mimpi dan realitinya kau dan aku bukan untuk KITA.

Aku terpaksa membohongimu demi untuk melihat kau bahagia. Itu pengorbanan terakhir ku buat kamu..sebuah cinta yang tak mampu aku sirnakan dari hati dan hidupku. Sebuah cinta yang menjadi mimpi2 di segenap tidurku. Aku masih menangisi 'adeeja' tapi dalam tangis itu aku cuba mengukir senyum melihat kau melangkah dan membina tugu cintamu bersamanya.

Semalam...pergilah cinta dan aku akan selamanya bersama ingatan kita. Aku akan terus sendiri menjalani hidup ini kerana aku xpernah mampu menggantikan KAMU

No comments: