Friday, December 5, 2008

Sekejappp jek kat pejabat pos mini Jusco

Ada banyak sebab kenapa aku paling malas nak keluar bila masa tu aku berpeluang unuk bermalas-malas di rumah. Satu hal aku benci ada atas jalan raya..rimas tengok kereta banyak sangat. Sebab tu kalau atas hiway selagi boleh aku nak sampai cepat ke tempat yang aku nak tuju. Yang kedua bila keluar....aku kena pakai lawa-lawa, nak kena pakai bedak, lipstik sumer. Tak pakai nanti bimbang terserempak dengan kawan-kawan dorang ingat aku nak gi bengkel kereta. Bukan tak pernah aku ke Jusco dengan t'shirt, tracksuit, skaf je dan sliper..esok kecoh satu bilik guru aku baru balik dari kebun

One thing lagi bila keluar ni ada aje yang for sure berlaku. Masa hantar Mujahid aku dapat ceramah percuma dah tu lepas amik mujahid aku terus ke jusco sbb nak kejar pejabat pos mini dalam tu...tengah tunggu giliran (masa tu baru 2155, no aku lak 2166) aku pun kuarkan laa nset yang ada sorang member pinjamkan. Kononnya nak main sms dengan dia sementara tunggu giliran (aku nak beli sampul pos xpress tu je)..ada laa dua orang kaum ibu yang dok depan aku tengah citer pasal nset dorang tu. Mungkin dia perasan aku pakai nset nokia lama ni (uiii..walaupun lama ni tapi aku cukup hargai..nyawa aku nehhh kena lak yang bagi pinjam tu...hahahaha)
"U pakai model apa tu?"
"I pakai N70 je.." jawab kawan dia yang pakai tudung pink sambil kuarkan nset dia dari nbag Bonia tu. Sambil menayang-nayangkan nset dia tu sempat laa dia tekan-tekan nset dia bagi tunjuk kat kawan yang pakai baju kebaya kaler ijau tu. Aku dok dengar je laa dengan Fatin.
"I baru beli nset ni..." si kebaya ijau ni pun kuarkan la pulak nset dia dari dalam handbag yang sedondon dengan baju dia tu. Aku jeling je laa..Fatin yang dok seblah aku waktu tu tengah main game guna nset Nokia touchlight (pasal nset ni bila guna je lampu dia macam lampu kalimantang..terang gilerr) dia sengeh..
Masing-masing macam xmo kalah..tunjuk kemahiran masing-masing. Alahaiiii..kaum-kaum ibu depan aku ni..
part paling best bila tiba sorang makcik lagi..dah tua pun. Dia masuk duduk kat seblah kaum-kaum ibu tadi. Aku tengok makcik tu lagi sempoii,, baju kurung kedah dengan kain batik je. Sempoi giler tapi nice laaa. dalam pada kaum-kaum ibu tadi berborak sakan pasal nset masing-masing tiba-tiba tipon makcik yang baru tiba tu pun berbunyi. Dia pun kuarkan dari dalam poket baju kurung kedah dia..perghhhhh N85 tuuuuu..kaler itammmmm
Serta merta kaum ibu tadi terus senyap dan simpan nset masing-masing. fatin ketawa aku pun mengekek jugak laaaa...
Wakakakaka..moralnya..kenkadang kita rasa macam kita laa yang paling best padahal ada orang lain yang berganda-ganda bestnyerr..cayalah aku kat makcik tu.. pakai N85 tak bawak handbag Bonia ke..siap simpan lam poket jekk...dahsyat arrr.
Aku yang tengah gelak sikit-sikit ni terus bangun pasal giliran aku dah sampai..kaunter 2 lagi. Dan sebelum aku kuar dari pejabat pos mini tu sempat laa aku jeling kaum-kaum ibu depan aku tadi. Masing-masing toya je dan makcik N85 tu masik rancak berborak dengan telefonnyer..hahahaha

p/s: Ni sumer buat aku rindu kat buah hati aku LG Viewty yang masuk spital kerana demamnyerrr..hehehehe

No comments: