Thursday, December 4, 2008

Ceramah Keselematan Jalanraya Percuma

Perkara ni baru je beberapa minit tadi berlaku. Jumaat...adalah hari yang aku rasa macam tak cukup masa. Pagi dengan rumah dan menjelang tengah hari nak hantar Mujahid ke masjid. Alhamdulillah bab Solat Jumaat ni anak lelaki aku yang satu tu memang cukup mudah disuruh ke sana. Malas-malas pun bila dipujuk "Pergilah abang, seminggu sekali je orang lelaki kena semayang Jumaat ni. Bila abang pergi semayang Jumaat tu dapat juga ibu tumpang pahala abang,"

Sebetulnya aku sempat round satu ayer Keroh tadi mencari kedai binding. Dapat kedainya pejabat pos Ayer Keroh tu pulak tutup..tengah renovate..ikut je lahhh..

Dari sana aku terus ke Kampung Tun Razak untuk hantar Mujahid. Sesak betul jalan tu. Orang parking sampai ke tengah jalan. Takpe lahh..aku selaku anak murid schumaker yang agak expert akhirnya berjaya juga melepasi kereta orang-orang lelaki yang sangat mahir memarking. Sampai satu selekoh nak keluar..berlakula insiden ini..ahaks

Jalan tu memang sempit. Memang aku nampak papan tanda 'berhenti' ka tepi rumah ustazah sekolah agama tu tapi kalau aku berhenti jawabnya orang sebelah sana tak dapat masuk pasal kat situ memang muat-muat sebuah kereta. Aku pun bagi signal ke kanan nak keluar. Aikkk! tetiba ada sorang pakcik tu dengan motornya keluar dari deretan kete yang menunggu nak masuk ke simpang aku tadi. Dengan guni penuh berisi pisang kat belah depan dia berhenti di tengah-tengah jalan. Aku bagi isyarat mintak mahap banyak-banyak. Wahhhh..dia marah kemain..sambil berusaha mengimbangkan motornya. Tak jatuh pun. Kete aku dgn motor dia pun boleh muat lagi sebuah kereta. Adeiiii..kat belakang dia ni berderet lagi yang nak masuk

Aku tengok dia memetir-metir tengah jalan tu. Aku pandang brother dalam kete belakang dia..brother tu sengeh sambil angkat bahu. Pakcik ni masih lagi marah-marah sambil tangan dia meraban-raban..adeiii..aku yang sound memang kurang dek selsema ni berusaha keras memahami apa yang dia sedang cakap. Last-last aku pun buka cermin tingkap..

"Maaf bang, kalau abang nak balik balik laa dulu. Akak tunggu dah lama kat rumah tu. Lagipun Solat Sunat Jumaat sat g dah nak start. Abang takmo g ke?"
Cehhh! aku cakap macam kenal je dia. Hehehehe..alaa bukan jadi apa-apa pun sampai dia nak berceramah sakan kat tengah jalan tu. Apa salahnya dah aku benti..dia jalan je laa bukannya aku hon dia pun, bukan aku langgar dia pun..break emergency pun tak!

Ni lah orang kita...kenkadang aku pun pelik. Susah sangat ke nak beralah? Apa pun aku doakan pakcik tu selamat tiba di rumah dengan pisang-pisangnya dan sempatlah dia ke masjid untuk solat Jumaat. Aminnn...

Dah..nak g pejabat pos lain lak nak buat pos laju! hehehehe....

1 comment:

eddy the reds said...
This comment has been removed by the author.