Thursday, December 4, 2008

Rindu




Apa ye rindu tu?
Ingat? iye ke? Betul ke setakat ingat je itu dah cukup untuk mentafsirkan makna rindu? Kebelakangan ni aku sukar melarikan ingatan aku pada seorang kawan. Pantang aku duduk sendirian, entah kenapa dia akan muncul dalam kepala aku. Tengok dapur.aku ingat dia sebab masa aku gi umah dia dulu kitorang selalu berhimpun di dapur. Dia dengan gitarnya, adik-adik yang lain akan duduk di meja makan..iepah..akan melayan mata dia yang tak jemu-jemu disconeccted. Sesekali dia akan menceceh bila tak berkenan tengok aku masak. Tumbuk cili duduk kat lantai salah..ada aje yang tak kena. Kadang-kadang teguran tu yang pada asalnya sekadar gurauan akan berlanjutan sampai dah macam nak bergaduh. Pendek kata banyak kenangan aku dan keluarga itu berlansung di dapur rumah mami. Rindu ke tu?

Aku juga sering teringat pada adik-adikku...Fazrin..Hyfa..Sufian..macam mana agaknya diorang sekarang ni. Ingat lagikah pada aku yang bukan sapa-sapa pada dorang tu? Dah besar ke diorang? Hahahaha semua umur dah boleh dikira akhir akil baligh..semoga adik-adik akak bahagia disamping tugas masing-masing. Disamping keluarga..di samping bakal-bakal ahli keluarga...Rindu ke tu?

Sukar juga untuk dialih fikiran ini dari mengingati 'dia'. Seseorang yang tak pernah jemu menemani aku walau apa jua keadaan. Saat jatuh..saat bangun..saat suka..saat duka. Teman yang tidak pernah menyingkiri aku..yang tidak pernah membuang aku di kala aku di pinggir jauh oleh orang lain. Terasa dia dekat sekalipun tika ini dia jauh dari pandangan mata...walaupun dia teramat jauh bukan sekadar hari ini tapi mungkin selamanya.

Seseorang pernah mengutuskan aku bait-bait kata ini..lama dulu..

'ja..bila kau sendirian, yakinlah aku sentiasa ada bersama kau. Mungkin aku takkan ada selamanya di sisi kau tapi aku akan terus ada selama kau tempatkan aku di hati. Aku mungkin takkan ada di hadapan kau tapi aku akan sentiasa ada selama kau tempatkan aku dalam ingatan. Aku akan sentiasa ada selagi kau dan aku berpijak di bumi Tuhan yang sama dan berpayung di bawah langitNya..'

En..16 tahun berlalu sejak aku mula tinggalkan dunia Poly..surat pink kau tetap aku simpan..keramat surat tu..

Rindu..apa maknanya?

1 comment:

eddy the reds said...
This comment has been removed by the author.