Tuesday, December 16, 2008

Menjadikan aku lebih redha (3))





Belum bersisa kesedihan di hati, aku balik ke Melaka. Sepanjang perjalanan airmata menitis bila mengingati segalanya. Ya Allah..kuatkan semangatku!

"Ibu, abang rasa ada orang masuk bilik abang laa. Mainan abang patah-patah!"
Aku terkesima.
Satu pemandangan yang sudah cukup untuk membuatkan tubuhku seram sejuk bercampur marah. Kain baju di almari pakaianku dibongkar. Buku akaun anak-anakku!!!! Sesen pun tak ada yang tinggal. Astaghfirullah...kuatkan aku ya Allah

Masuk ke bilik anak-anak, memang benar hampir semua mainan Mujahid dipatah-patahkan. Laptop dan banyak peralatan lain di bilik tu diselongkar. Begitu juga di bilik Fatin. Pintu belakang terkunci dari luar..ternyata orang itu masuk secara terhormat di rumahku ini!....sebilah pisau di dapur hilang lagi untuk kali ke 2

"Abang atau kakak jangan buat apa ye. jangan usik apa-apa..ibu nak buat report polis,"

Tak pasti apa yang ada di hatiku ketika itu cuma berdoa aku akan kuat..tabah..dan sabar (kian hari aku tak tahu apa maknanya lagi) Mungkin juga respon yang aku terima dari teman-teman positif jadi hati sedikit cekal.

"lost..katner?"
"Kenapa?"
"Teman saya ke balai,"
"Apsal?"
"Rumah saya ada orang masuk."
"Saya tak ada kat Melaka Ja"

"Phant..ada kelas ke?"
"Takde kak, baru je habis. Kenapa?"
"Rumah akak ada orang masuk!"
"Huh?? sabar kak..."

'takpelah bukan rezki Eja tu..gi buat report polis'-eddy
'sabarlah Ja..Allah nak bagi yang lebih baik'-Cheah

Selesai urusan di balai polis Bukit Baru(dari IPK Melaka Tengah, aku disuruh buat report ke Balai Polis Ayer keroh..tak jumpa balai tu aku ke pejabat polis Komuniti Bukit Katil tapi satu pegawai pun tak ada) dan sewaktu balik sempat jga aku menelifon Vin, minta pendapatnya. Leftenan Syukriyazam datang seketika kemudian.

Dalam kepala hanya ada dua perkara.. malam ni kena cari padlock baru..esok kena tukar kunci grill dan pintu rumah..semua kena buat sendiri.

Penatnya...tekak terasa kembang..Oh! sejak pagi aku belum menjamah apa-apa...

3 comments:

noreez said...

Maha berat dan hebat dugaan yg melanda ko ni Ja. Pun begitu ko sentiasa kuat dan aku harap akan sentiasa sampai bila².
Bile aku baca entry ko kali ni, aku rasa hopeless betul. Aku x dapat tlg paper pun. not even a single word to help u calm down.
Tenanglah hadapi segalanya Ja. Akan aku panjatkan doa buat ko dan anak² supaya semuanya berakhir dengan selamat. Supaya semuanya berakhir dengan sesuatu yang indah. Semoga ko dan anak² sentiasa kuat menghadapi masa mendatang.Amin.
Jaga kesihatan diri ko ja. Sebab ada 2 org lg yg masih bergantung segalanya pada ko.
Aku sentiasa di sini kalau ko perlukan teman utk berbicara.
hugs...

Unknown said...

takde org gitau faz,....akak pun tak gitau :-( ...sowie lambat tak, noreez yang gitau. hope pasni, segalanya berubah aaaahhhh kenapa setiap kejadian menyakitkan hati...

Anonymous said...

tiada ungkapan lain slalin sabar...
setiap org yg sabar d sygi Allah..