Tuesday, December 16, 2008

Menjadikan aku lebih redha (1)

Kian banyak ujianNya yang aku lalui. Saat aku bagai kehilangan dahan buat berpaut, Tuhan menambah lagi dugaanNya. Saat terasa bagai nafasku sesak, Allah terus menguji. Aku yakin, Tuhan itu tidak kejam..dia pasti menyediakan sesuatu buatku.

Aidiladha..kala berkumandang takbirnya di keheningan hari aku hanya mampu menitiskan airmata. mengenang pandangan-pandangan dari abang-abang dan saudara yang datang bertandang. Namun aku tak punya jawapannya. Aku bersendirian dengan anak-anak di kampung tanpa seorang suami buat kesekian kalinya. Tiada panggilan telefon tidak juga sms darinya. Anak-anak seakan menelan kata hati masing-masing...

Khamis 11 Disember, mertua datang ke rumah tatkala aku mahu ke klinik menghantar Mujahid yang semalaman tidak dapat tidur kerana selsemanya. Entah apa yang dibincangkan oleh mereka (pastilah tentang aku) Terasa pedih menikam hati bila mertua bising tentang niatku menyunatkan Mujahid cuti sekolah ni. SSebenarnya pagi tadi lagi mak dah bising. Mertua menelifonnya semalam. Tak mengizinkan aku menyunatkan anak tahun ini. Buat tahun depan sama dengan anak-anak Kak Long. pelik...kenapa soal itu pun Faizal mesti kecohkan satu kampung? Mak lagilah berang sebab dia yang tak tahu apa-apa tiba-tiba diserang sedemikian rupa.
"jangan nak memandai-mandai, kau tanya dulu Faizal tu.."
"Dah..semalam orang dah tanya dia. Dia kata buatlah,"
"Abis tu yang mak dia bising-bising. Kau tanya jugak mak mertua kau tu,"
"Apasal benda macam ni orang nak kena tanya dia lak? Mujahid dah nak..biarlah dia bersunat."
"Dia nak buat kenduri tahun depan!"
Kepala mula berdenyut-denyut. Semalam tak selesai dengan maki hamun Faizal yang menyatakan aku ni keras kepala..degil..panas baran..ditambah lagi satu perkara ni. Degub jantung dah rasa lain. Apa ayat yang keluar dari mulut mak dan mertua lepas tu aku betul-betul tak dengar lansung.
"Doktor, tolong check kan tekanan darah saya boleh?" pinta aku sebaik Mujahid selesai di periksa. 140/100..huh! Amikk kauuu.
"Akak stress ni.."
Bukan stress lagi ni doc, pembuluh darah dah rasa nak pecah...!

Malam..aku sampai di bangi. Akak ajak gi klinik buat appoinment untuk sunatkan Mujahid.
"Esok pagi pukul 8.30..boleh?"
"Takpe ke abang sunat esok?" tanyaku pada Mujahid
"Nak!"

Jumaat..4.30 pagi aku terbangun. Dada berdebar-debar. Dalam kepala ni cuma satu..sakit ke arrr? Ya Allah..kalau bersunat tu sakit kau alihkan lah sakitnya pada aku. Janganlah anak kecilku tu rasa sakit walaupun sikit. Kuatkan lah semangat anak kecil ku itu ya Allah.

Everythings fine sampai lahhh...
"Doc...saya rasa nak pitam!"
Tau-tau aku dah duduk di kerusi dan doktor lelaki tu memaut bahuku. Pembantunya membasahkan mukaku dengan kapas yang dilembapkan. Aku cuma rasa dunia ni makin mengecil. kepala berdenyut-denyut. Ya Allah..sakitnyaaaa. Mungkin Allah makbulkan doaku pagi tadi. takpe..demi anakku..aku sanggup. Kalau Tuhan nak ambil sebahagian nyawaku untuk keselamatan dan kesihatan Mujahid pun aku sanggup.

Kak lang, angah Nabila dan Alang Rahman ketawa bila tengok aku pucat lesi keluar dari bilik rawatan tu..

Adeiii..kalaulah kawan-kawan tau anak aku yang bersunat tapi aku yang pitam..abis lahhhhh

No comments: