Saturday, December 6, 2008

Biarkan aku...

Sekalipun masih bersisa keriangan, entah mengapa aku terkesan dengan apa yang terjadi pagi tadi. Hari ini, neida telefon katanya nak bawa anak-anak ke Zoo Melaka dan dia mengajak aku menyertainya. Hmm..dah orang datang tempat kita. Masih terasa ada cecair bening yang menitis laju dari kelopak mataku, masih terasa sebak di hati namun aku tak berdaya berbuat apa-apa. Siapalah aku..kerana telah tertulis ini adalah jalanan takdirku.

mengapa sukar kuusir kenangan sekalipun berhempas pulas aku cuba menghindarinya. Mengapa terlalu sukar aku mengasingkan cerita duka semalam sedangkan beratus kali aku meyakini diri, langit takkan selamanya mendung. Esokku akan punya pelangi..

Bertahun..mengendung kesilapan yang terkadang bukan silapku. Selama mana aku terdaya? Andai dulu tika dia masih bersama ku, aku tidak pasti mengapa keberadaan aku di sisinya diikat dengan silap demi silap yang sengaja di cari.

Bukankah soal hati bagaimana jua layanan bertaraf di raja aku persembahkan dia tetap berubah jika dia sendiri ingin berubah. Aku terusan menyalahkan diri, mencari segala kekurangan menerima apa jua hukuman yang selayaknya dia jatuhkan padaku. Apakah kerana aku perempuan yang merempat..mengemis cinta suami di rumah sendiri maka apa jua kekurangan itu adalah salahku?

Terasa dunia ini kian sempit..sesak buat insan seperti aku. Diri yang berjuang untuk mengisi cangkir bahagianya.

Janganlah di cari lagi salahku, kupohon simpatimu usah dibebani lagi bahu perempuanku. usah lagi sengaja kau cari punca dari kekuranganku ini untuk kau jerut leherku. Cinta seorang wanita, cukup andai kau mengasihinya seperti kau mengasihi dirimu. Hadirkan aku rasa kasih itu agar aku bisa terus dekat di hatimu. Jangan kau jadikan aku umpama layang-layang kau biarkan tinggi dan satu saat bila kau mula tidak mengingininya lagi kau putuskan tali itu. Terumbang ambing dan sesaat kala aku jatuh dan terhempas..kau tak akan mungkin menemui lagi cintaku.

p/s: Jangan berikan aku harapan andai satu saat kau akan merampasnya kembali dariku. Usah buat aku tersenyum kiranya esok kau buat aku menangis..tak perlu kau datang bertandang, mengisi kesepian ini andai satu saat nanti kau tegar meninggalkan..

No comments: