Wednesday, December 10, 2008

Hadiah Buat Anak Ibu

Teringatkan wajah hampa milik seraut wajah yang sering kurindui. Telah sebulan lebih hadiah hari jadinya aku tangguh-tangguhkan. lalu wajah hampa itu sering menggamit airmataku.

Maafkan ibu anakku..tadi ibu usahakan juga. Mana lah tau...

Ibu dah carikan apa yang anak ibu mahukan hari tu..senaskah Al Quran, sehelai sejadah..Mujahid tau apa ibu rasa bila Mujahid minta semua tu? Hati ibu sejuk sangat. Sampai sekarang bila ibu ingat-ingatkan murah je airmata ni.

Ibu harap sangat Mujahid akan jadi anak yang baik. Anak yang dapat mendoakan hidup mati ibu. Anak yang akan memberi syafaat buat kita semua. Mujahid jangan hampakan ibu ye. Maaf kerana ibu banyak hampakan anak-anak ibu kebelakangan ini. Tetapi ingatlah anak-anak ibu, mustahil ibu akan dewasakan anak-anak ibu dengan kemewahan. Tak boleh sayang sebab semua tu akan buat kita terlalai. Ibu tak mahu kerana kesenangan, tiba di waktu sempit kita nanti anak-anak ibu rasa seolah-olah hidup ini telah berakhir.

Kasih sayang ibu hanya ingin melihat semua anak-anak ibu berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Ibu hanya nak kalian jadi insan yang tabah, kuat dan beriman. Dunia ni semakin bercelaru anak-anak ibu. tanpa agama kita tak ubah seperti sampah, walau diletakkan di tempat semulia mana pun tetap takkan berharga. Ibu doakan yang terbaik untuk fatin mahupun Mujahid. Andai tiba satu saat, ibu tiada lagi di sisi kalian, ibu hanya nak anak-anak ibu ingat yang ibu sayangkan kamu semua.

Bila rindukan ibu, Fatin mahupun Mujahid lagukan Al Quran tu ye. Solat jangan lupa. Gunakan sejadah yang ibu beli, moga di atas sejadah itu nanti menjadi bukti ada airmata yang membasahinya kerana rindu pada Tuhannya. Mujahid jangan lupa, pakai songkok yang ibu beli, Fatin juga tutup rambut mu nak dengan tudung-tudung ibu, hidupkan sunnah Rasullullah ye sayang kerana satu yang kita hidupkan Rasullullah akan mengunjungi kita di makam nanti.

Ibu bukan bonda terbaik buat kalian kerana ibu gagal menyempurnakan banyak perkara. kadang-kadang ibu marah-marah. Ibu selalu larut dalam perasaan kecewa ibu terhadap ayah.namun ibu berusaha anak-anakku..ibu berusaha menjadi yang terbaik. Rasanya kalau nyawa ini boleh dijual sedikit demi sedikit, ibu tak fikir seorang ibu akan berfikir berkali-kali untuk memenuhi keinginan anak-anaknya. Hanya untuk melihat anak-anaknya tersenyum dan dewasa. Kalau hingga ke akhir hayat ibu, semuanya masih tidak cukup sempurna..maafkan ibu. Ibu dah buat segalanya buat kalian dan sehingga saat ini ibu masih berusaha menyempurnakan tanggungjawab ibu.

satu yang ibu pohonkan..janganlah ada yang memisahkan ibu dengan anak-anak ibu. Walaupun bila hidup dengan ibu banyak perkara yang tak dapat ibu tunaikan. banyak kekurangannya..ibu tahu..tapi ibu tak sanggup berpisah.

Sampai di sini dulu anak-anakku...

3 comments:

Anonymous said...

ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku...

zz@mira said...

tanpa ibu siapa la kita..syg ibu ku juga.

eddy the reds said...

very nice story