Jumaat 12 Disember
Exam di Universiti Malaya subjek 'control system' aku laratkan juga dengan kepala yang kian menjadi-jadi sakitnya. Tak pernah aku rasa sakit macam ni. Sesekali pandangan menjadi semakin gelap.
Tak boleh! Kalau ikutkan ni mau ada yang duduk bawah lori nanti. Kena kuat lagipun aku kena balik dengan selamat untuk jaga Mujahid. Dia baru je bersunat pagi tadi..sapa nak jaga dia kalau aku ikut sama sakit. kena kuat..mesti balik dengan selamat..mesti!
Sebab tak larat sangat akhirnya aku singgah ke klinik di TTDI jaya ditemani rakan. Macam nak pecah je kepala ni.
80/50 hmmm..amikkk ko lagi sekali Jaaaaa...
Doktor tu bekalkan aku dengan vitamin. Katanya aku pucat sangat dan denyutan jantung tak normal. Masa bangun tu aku pitam lagi. Dia suruh aku terus ke klinik kalau lepas ni pitam lagi. kalau drive make sure parking kat mana-mana dulu. Tidur jangan sorang-sorang! Errrr..kena berdua ke doc? hahahahaha kadang-kadang kepala aku ni ada juga biolnya..ahaks
Sampai rumak Kak lang, aku terus cium Mujahid. kesian pulak tengok dia menung-menung macam tu.
"sakit bang?"
geleng
"Abang nak makan?"
Geleng
"Abang dah buang air"
Geleng
Aku nampak airmata di sudut matanya. Dalam hati aku tergerak sesuatu. rasanya aku tahu apa yang ada dalam fikiran anak lelaki ku itu.
'Mujahid dah bersunat pagi tadi..senang-senang kol la dia'
Wajah sayu Mujahid terus menghuni fikiranku malam itu. Ku pandang telefonnya yang terus sepi hingga ke pagi...biarlah Mujahid. kalau ayah tak ada..ibu ada!
Sabtu..bukan mudah untuk menangani kerenah anak lelakiku. Faham akan kemahuannya tapi apa daya ibu Mujahid..ibu dah cuba.
Sedaya upaya aku cuba memberikan yang terbaik dan sesekali airmata ni berladung juga.
Ahad..tiba-tiba mak datang. adeiii..ni mesti ada apa-apa ni. Abis laa aku. dari wajah mak aku tahu ada sesuatu yang tak kena. Rautnya yang kurang mesra dan mak banyak diam .
Isnin..
dari mak aku dapat tahu mak mertua telefon semalam. Dia persoalkan tujuan aku ke sabah tempoh hari. macam-macam yang timbul sehinggalah mak tanyakan pada aku betul ke aku ke sabah untuk berubat? Faham dari nada soalan mak itu aku terdiam.
Bagai sembilu rasanya bila ditikam dari belakang oleh insan yang bersungguh-sungguh mahu kita mempercayainya. Bagai tubuh ini disiat-siat rasanya bila maruah kita diinjak sedemikian rupa. Aku faham perasaan mak. Faham hatinya bila orang lain mempersoalkan diri anaknya. Faham tentang dukanya bila insan lain mempersoalkan harga diri anaknya. Aku faham.
Dan aku terlebih faham apa yang cuba mak mertua aku cuba maksudkan!
Dia sedang cuba menidakkan harga diriku. Kalaupun aku sejahat itu mengapa dia tidak mahu menanyakan terus dari aku? Mengapa pada mak? Secalit pun jahat anaknya tidak pernah tiba ditelinganya dulu apa lagi dipengetahuan mak aku. Cela anaknya seboleh mungkin aku telan kerana memikirkan apa wajah yang akan suamiku halakan pada semua orang kalau orang lain tahu?
Sabarku ada batasnya..tapi jangan sampai melukakan insan yang paling kusayang! Hormatku ada hadnya jangan sampai memberikan duka pada diri yang paling aku cintai!
Aku nekad....kalau maruah aku dan mak dicarik sedemikian rupa...tunggulah dan aku akan berikan jawapan terbaik yang mereka inginkan!!
Tuhan...sebelum harinya..ampunkan dosaku.
Dự án D'.Capitale Trần Duy Hưng thoải mái nhất
6 years ago
No comments:
Post a Comment