Monday, January 12, 2009

Ku harungi segalanya



12 Januari 09- Tak banyak yang berbeza tentang hari ini dengan hari-hariku yang telah berlalu. menghadapi kerenah anak-anak yang kurasakan demi hari semakin mencabar rasa sabar dan tabah terutamanya Mujahid. Anak kecilku merindui seorang ayah yang kurasakan dapat meladeni keperluannya. Dia kehilangan tapi apa dayaku? Sekalipun melangit rasa terkilan terhadap lelaki itu namun aku mengharap dia akan menelifon anak-anaknya dan bertanyakan khabar mereka. Sekalipun benci akan aku dia seharusnya sedar..masih ada zuriatnya sendiri yang memerlukan perhatiannya sebagai ayah. Aku tidak mengharapkan dia kembali..sekali-kali tidak biar apa jua alasannya tapi dia harus sedar dia masih punya amanah yang harus dipikulnya sebagai seorang ayah.

Tidak hanya cukup dia mengirimkan sejumlah wang dan menganggap segalanya telah selesai. Lenyapkanlah lelaki itu dari kehidupanku ya Allah kerana tiap kali mengingatinya aku menjadi kian benci dan marah. Mengenang carikan maruahku yang sewenangnya diinjak.
"mengalahlah Ja..jangan jadikan anak-anak mangsa keadaan.."
Aku menangis...tidak terpandangkah oleh Kak Lang siapa yang menjadi mangsa tika ini? Siapa yang memangsakan siapa. Aku berhak punya kehidupanku sendiri...berpisah tidak bererti aku membuang dan menyingkirkan anak-anak dari bapanya. Dia masih bapa terhadap anak-anakku.

Tak terpandangkah Kak Lang bagaimana aku mengayuh kesukaran ini demi memberi kehidupan buat Mujahid dan Fatin? Saat insan lain terlena..aku masih memandang siling bilik memikirkan esok yang harus aku persiapkan buat anak-anak. Saat insan lain tersenyum..aku menelan kesedihanku sendiri. Saat insan lain menceritakan betapa bahagianya kehidupan mereka aku hanya menahan sebak. Saat insan lain bercerita tentang keberuntungan mereka aku terus mencongak sedalam mana ujian Tuhan buatku lagi?

'..can't promise u heaven but my best to take care of u and kids..' terasa pedih dan ungkapan itu terasa menikam lubuk hati. mengenang harapan Mujahidku...Ya Allah..kirimkan aku selangit lagi rasa tabah dan sabar. Kalau bukan kerana secebis maruah yang tinggal mahu saja aku merayu sedikit masa lelaki itu untuk anak-anakku tapi itu juga kemahuannya..'jaga diri Nor dan anak-anak...' benarlah terkadang kita lupa kesusahan yang lebih menyakitkan nanti bila mengenang harapan dan masa depan anak-anak.

1 comment:

noreez said...

salam ja...

aku rasa semuanya salah aku.. aku lah yg mintak ko terima dan bg peluang pada diri seseorang itu..aku jugaklah yg mula mengajak ko melakar masa depan andai segala janji lelaki itu menjadi nyata.
aku sebenarnya mula terasa gembira dengan janji2nya pada ko masa tu dan semuanya kerana aku mahukan ko mulakan kehidupan baru walau x sempurna tapi lebih membahagiakan ko dan anak2.
ko x mo terima kan..masa tu..tp aku yakinkan ko yg mungkin semua yg ko lalui sekarang akan berubah ke arah yg lebih baik..setiap kali ko kata, "apa org kater nnt reez?"..aku cepat2 tepis semua kenyataan negatif ko masa tu..
aku mintak maaf..
aku lah yg letakkan harapan yg x mampu menjadi kenyataan itu pada ko..
akulah yg pujuk hati ko utk terima dia tika itu..
aku mintak maaf ja..tp aku ttp berpendirian yg ko deserve kehidupan dan kebahagian seperti insan lain jugak.
skali lagi..aku mintak maaf....