Saturday, February 7, 2009

isin buat lawak pagi ahad

Lepas solat subuh aku masak nasik lemak ngan sambal macam hari-hari ahad yang biasa. lepas tu tarik selimut semula. pagi-pagi ni bergulung dalam selimut di alas dengan tilam kekabu biru (hadiah birthday dari seseorang yang sangat jauh) membuatkan pagi aku ni rasa sengal semacam je. hehehehe...dah tu dilayan pula dengan secawan nescafe+kacip fatimah+kolagen (ikut isi kandungan kat plastik nescafe tu laa) yang panas..uii susah nak bayangkan. kat luar sejak malam tadi lagi angin kuat.
dekat-dekat pukul 9 tetiba nset aku bunyik...04425....sapa lak ni? aku biarkan je dulu sambil dalam kepala fikir kalau o4 tu kat mana ekkk...sekali dia bunyi lagi..
"hello.."
Dia bagi salam..aku jawab.."sapa ni?"
"Boleh cakap dengan eja?"
"Errr..sapa ni?"
Dia tanya khabar pasal anak-anak..adeiii dengan loghat kedah dia yang tak berapa pekat lagi dah tu aku mula berdebar sebab baru sat tadi fikiran aku sempat menerawang tentang 'dia'. mati aku macam ni...
"Saya madu awak."
??????????
"Ja..aku laaa isin.."
Perghhhhh ni betul lawak stuntman ni. bagai nak pecah paru-paru aku dibuatnya.mana tidak buatnya betul-betul 'orang' tu telefon apa aku nak jawab? aku tak salahhhhh..bukan aku yang mulaaaa....
Isin telefon pasal dia nak tanya apsal aku tak update blog aku ni. Aku pun perasan tu dan bukan dia sorang je tanya apsal aku tak update selepas aku tulis entry 'selamat tinggal' seminggu yang lepas. Yang sebenar-benarnya aku memang nak ucapkan selamat tinggal pun. Blog ni aku nak tutup. nak bukak blog baru.

Dulu blog ni aku rasa macam penyambung nyawa aku. Tempat aku bernafas bila aku boleh tulis apa aje yang aku rasa. sedih, gembira, marah tapi kebelakangan ni aku rasa semua tu macam dah diambil dari aku. Semuanya bermula 6 januari 2009, saat aku terima sms pukul 1 pagi tu. Sms yang buat pertama kalinya aku rasa jadi perempuan yang paling bodoh dalam dunia. Bayangkan...aku terjaga hanya kerana sebuah sms. Bukan membuatkan aku senyum dan sambung semula tidur aku tapi terus buat hidup aku sengsara sampai lah ke hari ini. Sms yang menjadikan aku semakin alergik dengan 'makhluk' yang satu tu. 2 minggu 'dia' buat aku tertunggu dan dengan takde rasa bersalah (kot iye pun bagi laa aku tidur smpai pagi dulu) 'dia' kirim untuk ending macam tu aje. Perghhhh...tahun baru akuuuu....

Sejak tu aku belajar jugak la cuba melupakan tapi payah sangat-sangat. kalau seblum ni 'dia' suruh aku buat solat istiharah..mintak aku wish dia dalam hidup aku tapi sejak detik tu aku buat solat tahjud mintak Allah bantu aku lupakan semua-semua sekali. Kalau boleh tutup terus hati aku dari 'makhluk' tu. kalau nak terbuka pun tunggulah sampai aku jumpa 'makhluk' yang betul-betul sayangkan aku. Apa pun dalam marah kecewa aku..sesekali aku baca juga kandungan ym antara aku dan 'dia' pada 15/11/2008 pukul 3 petang tu(complete! takde satu perenggan pun tertinggal!!!) malah semua sms-sms 'dia' dari 17 November tu sampai laa ke sms dia 22 januari lepas. Kenkadang kita perlukan kesakitan untuk mengubati kesakitan yang kita tanggung.
Nantilah....bila blog baru aku tu nanti dah siap..aku send lerr ke engkorang ekkk.

Buat kamu yang pernah memanggil ku 'my dear..Nor'
kau bukan air hujan,
yang mampu membasahi lembah hatiku yang telah kering cintanya
kau bukan matahari
yang mampu menerangi hari-hari gelapku
kau bukan segala-galanya sekalipun aku pernah menyangka
kau adalah penyelamat yang datang saat aku sengsara
benarlah..kau bukan sesiapa

2 comments:

Unknown said...

hope akak sihat selalu..tinggalkan blog takpa, jgn tinggalkan kite orang ye kak

Anonymous said...

huhuhuhuhu....napa takut ker??/eja pagi tdik...muahahaha bestnya boleh nyakat org