Friday, February 13, 2009

Sabtu penuh syahdu....

Tak nak pikir..tak nak pikir...tak nak pikirrrrrr!!!!! dahhh sudahhhh! Tutup kes dan kalo masih ada yang dari tempat keje aku masuk blog aku ni..plezzzzz tolong keluar. Dulu dasar bukak gate yang kali ni aku tak jemput sesapa dari tempat keje aku tu masuk sini. Bunyik macam marah tapi aku tak marah pun. yang dah sudah tu sudah lah. kalo boleh lepas ni start ari isnin semua clear macam biasa. Apa yang terjadi jadikan pengajaran. Kita tak boleh buat semua orang faham..puas ati apa lagi sefahaman dengan kita.

Hari ni walaupun pedih jugak ati ni...aku belajar sesuatu. Apa? Aku sendiri tau sudah lah.

kesimpulannya...tak bermakna insan-insan yang selama ni hampir dengan kita..ketawa sama-sama..kita kenal sebenarnya. Mungkin aku pun tak cukup kenal hati budi orang-orang yang sekeje dgn aku. Itu silap aku..sombong. istilah kawan belum tentu untuk orang yang aku kenal setahun dua...sekali dulu aku memang ada kawan..bertiga dan silap aku juga hanya kerana terkena sekali..hati aku terlalu mahal untuk seorang kawan.Bak kata Encik Haris 'you can't change the world but you can change yourself and hope that those around you would change base on your influence..' memang..aku tak boleh buat segalanya jadi seperti yang aku nak.

"Dear..what happen?'
"Nothing.."
Dia ketawa. Benci aku dengar ketawa dia ni.
"Kat sana pukul berapa ye?"
"2.30 p.m. Why?"
"Kat sini malam...u patut duduk sini. "
"Hujan emas di tempat orang..hujan batu di tempat sendiri..lebih baik.."
"No laa..u kutip emas kat sini then bawa balik jual kat sana..hahahaha"
Perghhh mendidih je aku dengan dia.
"Dear.."
"sir?"
"moody?"
"U think?"
" I dream of u last night. When will i see u?"
"Never!"
"Dah dapat ke?"
"Belum.."
" I cari u nanti tak kira la di mana u transfer..are u sure?"
"I don't know."
"Then go laaa..apa tunggu lagi. Tempat kecik macam tu doesn't belong to u..not enough for a big person like u!"
"Should i?"
"No laaa..makin jauh i takut makin susah i cari u!"
Bengong!!
"U sumpah i ke?"
"Ha'a.."
Dia ketawa. "I nak gi clubbing. late already,"
"okey..nite sir.."
"Nite dear..take care of ur self..the kids also. Big hug from their future daddy..hahahaha"
Hualorrrrr..ke makin sengal dia ni? Tapi itulah kawan aku..bertahun-tahun macam mana ekk rupa dia sekarang ni? Bekas lecture di poly dulu..dah kawen ke dia aku pun tak tau. Macam mana kalau dulu aku on aje kawan dengan dia? Macam ni ke aku sekarang? Ahhh..keje Tuhan..bukan urusan kita.
Saat-saat macam ni aku jadi rindu kat dia walaupun aku cukup benci bila dia mention pasal 'future daddy' tu. Aku nak je tengok muka dia..cakap yang aku nak sangat-sangat kutip emas kat tempat orang tu. Takpe lah..mana tau rezki aku lepas grad nanti. Sementara ni kayuh je mana yang sanggup..
Sir..kalaulah u ada kat sini time ni..apsal tak mahu balik kalau betul u dah kutip emas tu..baliklah jual kat sini..ermmmm..

p/s: nothingggg.....

1 comment:

Unknown said...

ujan batu.......amik batu, baling kat org