Friday, February 20, 2009

Harga Sebuah Persahabatan


Ini office baru aku...!

Bosan giler bila hari Sabtu ni. pagi ngadap kerja-kerja rumah dah selesai semua mula lahhh aku menyengal kejap. malam tadi chat dengan iepah sampai pukul 12 lebih. lepas tu sambil tengok sambungan 'Romeo Must Die' ber'sms' dengan isin. Fuhh...bosannyerrr..

lastly aku sambung jahit langsir kelas. Dah start duduk kat belakang kelas tu nampaknya kena la buat sesuatu supaya hati lekat nak duduk sana. Kain ada lebih aku buat alas meja ngan runner sekali. Ada semeter dua lagi tapi mcm nak buat benda lain pulak.
Hmm..sebelum lari dari tajuk..aku nak tulis tentang 'persahabatan' bunyinya simple tapi pengertiannyer...sendiri tanya diri ekkk..ni pandangan aku jek. kalau tak setuju bak kata Ally iskandar.."pedulik hapeerrr akuuu" hehehehe

Aku kenal some1..lama dah. katalah dalam 11 tahun. Dah boleh ke kita panggil sahabat? Sahabat tu apa? Of coz la sahabat tu some1 yang ada di sisi kita tanpa syarat. maknanya siapa kita..keadaan kita..semua tu dia tak pandang. Aku suka amik ucapan Jonaidi (ular.member dari jiwang.la) 'friend..doesn't judge each other'. Dia ada dcc saat susah dan senang. Ikut sama menangis dan sudi ketawa. Bukan sekadar huhahuha je. Dia mendoakan kita sekalipun terkadang sebagai sahabatnya kita lupa tentang dirinya. Dia sudi menghulurkan tangan saat kita jatuh bukannya bila kita jatuh lagiiiii dia teringin nak membenamkan kita hehehe..ni banyak kes ni. Sahabat kenal kita dari mata..perasaan..dan hatinya sendiri bukan melalui penilaian orang lain.

Sahabat bukan hanya seperti isi dan kuku kerana sedekat mana dia, mereka tetap terpisah. Sahabat umpama jiwa kita. Bila sahabat kesusahan..kita turut merana kerananya. Bila melihat dia menangis, kita turut merintih..untuk itu..siapa sahabat kita? Biarpun dia beribu batu jauhnya namun kita turut merasa suka dukanya. Kita tidak perlu bertahun-tahun untuk mengiktiraf dia sebagai sahabat kita kerana jika memang dia layak untuk dinobatkan seumpama itu..dia hanya perlu hadir untuk sesaat! Hmm..melampau tuuuu

Adik-adikku...tak terjawab sebenarnya bila kalian bertanya.."Kak..tak mendatangkan maknakah pada dia selama bertahun-tahun ni? Mengapa begitu cepat dia berubah seolah-olah semua yang kita dah lalui selama ni tak memberikan apa-apa?" Entahlahh..kerana semua tu jawapannya hanya ada pada dia. Kita salah mentafsir...salah memberi harga...lagi satu dik...moh laaa lepak ngan akak kat belakang kelas tuuu...hehehehe..dok sebumbung ngan orang yang sakit ati bahye..runtuh bumbung tu kang...masuk metro kita..hahahahaha!!!

p/s: suri..tang melaka..blog aku dah ada lam list blog dia! Aku makin berhati-hati dalam mencari sahabat sebab...aku hanya percaya satu...AKU

1 comment:

suri said...

Apa-apa la asalkan kita bahagia dan membahagiakan walau hanya hati kita sendiri....huahuahuahua...aku menggumbirakan hatiku....