Saturday, July 26, 2008

Perjalanan Sesukar Ini




27 Julai 2008
Mengatur sebuah perjalanan mencari sejalur cahaya juga mendakap sebuah harapan...secebis rasa bahagia di penghujung hidup, aku terpana sendiri. melihat betapa jauh dan sayup jalan bahagia itu. Seolah-olah hidup ini bagai menggapai pelangi..indah..sayup..dan cuma ada warnanya.
Semakin hari...kehidupan menjadi semakin sukar. Entah bagaimana dapat ku ungkai ikatan sekusut ini. Entah bagaimana dapat kulerai segala simpulan-simpulan yang semakin hari menjerut leherku.
Alasan cuma akan menjadikan aku kian bersalah di mata mereka. Lantaran itu berdiam adalah jalan terbaik. Mungkinkah berdiam juga akan menjadikan aku tambah berdosa? Hati ini tiada lagi buatnya. Segalanya telah padam saat kakinya singgah ke mukaku...cinta itu telah berlalu saat dia 'membangsatkan aku dulu'..harapan itu telah lama mati. Pergilah...dan jangan pernah kembali lagi. Andai masih ada sayang di hatimu buatku lepaskan lah aku pergi kerana bagaimana kau cuba menebus setiap salahmu padaku, aku takkan mungkin berpatah kembali.
Silapku..kerana tidak pernah ikhlas memaafkanmu. Setiap saat gambaran-gambaran yang penuh kesakitan itu berputar diingatan ini. Biarkan aku pergi..kerana mungkin hanya ini dapat memadamkan kesakitan yang pernah kau hidang buatku selama 10 tahun ini.
Katamu..kau sudi menerimaku seadanya..tapi bagaimana dengan aku? Aku tidak mampu memahat namamu lagi. Aku tidak lagi mencintaimu..menyayangimu..tidak! Dan aku akan tidak pernah lagi.
Aku pernah memberinya..tapi kau sia-siakan setiap pengorbanan ku itu. Kau lukakan hatiku..sekali...sekali dan berkali-kali selepasnya. Pergilah..dan jangan pernah kembali lagi.
Kali ini aku nekad...walau tanpa izinmu..aku akan tetap menjauh. Aku tak mampu berdiri lagi di sisimu. Aku hanya ingin mencari hidupku. Menyalakan semula harapan yang kau padam dari hidupku. Biarlah..andai pemergian ini menghumbanku jauh dari keluarga..kawan-kawan mahupun dari hati Fatin dan Mujahid. Biarlah..andai Fatin dan Mujahid akan menggambarkan aku sebagai insan yang mementingkan diri...biarlahh kerana aku telah buat segala-galanya.
Satu ketika nanti anak-anak itu akan mengerti sendiri siapa aku..siapa insan tak berdaya ini? Satu saat mereka akan kembali mengingati setiap airmata yang jatuh di pipiku...setiap tangis yg terlontar dari bibir ini...mereka akan mengerti sendiri.

No comments: