Sunday, July 27, 2008

Bila Sudah TakdirNya

Khamis malam...elok2 aku dah bersiap nak ke Jusco nset aku tiba-tiba bunyi. Tak terkata bila antara kawan baik aku menyampaikan khabar....salah sorang kawan kami dah kembali ke Rahmatullah petang tadi.
Terbayang wajahnya. Terngiang havocnyer dia bila kami berkumpul terutama masa raya. Aku kenal dengan arwah sejak kami di sekolah rendah..darjah 2. Masa tu dia comel gilerr..hahahaha..anak ustaz Bakar..sapa tak kenal!
berkumpul berkali-kali dan walaupun ceritanyer masih sama berkisar dunia sekolah kami..namun kemeriahan itu xpernah berkurang. masih ingin mendengar cerita dia mengalihkan kerusi sewaktu guru muzik kami madam Ng nak duduk...cerita dia meludah dari tingkat 3 sekolah sedangkan guru besar berada di bawah..
Kali terakhir kami berhimpun 2 tahun lepas. meriah xterkata. Riuh rumah dan entah mengapa..kami terlupa untuk sama2 bergambar. Itulah pertemuan yg terakhir dan rasanyer itulah kali terakhir kawan2 yg lelaki menerima 2 katon rokok secara percuma..hehehehe..
Dia pergi meninggalkan isteri dan dua anak tercinta yg masih kecil. Di usia menginjak ke angka 34 aku kira dia masih terlalu muda dan kuat. Khabarnya dia meninggal kerana darah tinggi dan jatuh sewaktu ingin ke bilik air.
Mohd Zamri b. Abu Bakar...kami iringi pemergianmu dengan doa...semoga dirahmatiNya dan ditempatkan di kalangan hambaNya yg soleh.
p/s: Daun tua akan gugur..pucuk-pucuk muda juga akan meninggalkan ranting..cuma tidak tahu..bila, kenapa dan di mana. DariNya kita datang dan padaNya juga tempat kembali yang terbaik. Al Fatehah.....

No comments: