Sunday, July 27, 2008

Sebuah Pilihan

Tiada lagi walau sekelumit senyuman. Tiada lagi lontaran suara dari bibirnya. Aku hanya menatap seraut wajah tenang yang tak pernah mampu kuusai apakah yang sedang dimimpikan diri itu. Aku juga tak mengerti apa yang ada di hatiku kala menatap wajahnya. Sayang? Entah! Simpati?
"Apa juga pilihan yang encik akan buat..kita tetap akan kehilangannya,"
J..bangunlah! Khabarkan pada aku apa yang harus aku buat saat ini. Haruskah aku teruskan J tapi kalau aku teruskan juga apa maknanya?
"Kalau kita teruskan juga sekarang ni?"
Lelaki itu menggeleng J. Aku faham maksudnya. Tak akan mengubah apa-apa. "Malah kita akan kehilangan 3 nyawa!"
3?
"Isteri dan dua bayi yang ada dalam kandungannya,"
J....suaraku tersekat dikerongkongan.
"Sementara ini kandungannya berada dalam keadaan selamat selagi keadaan isteri encik stabil. Kita tunggu dan lihat. Selagi dia boleh bertahan kita akan cuba selamatkan bayi-bayi tu. Sekurang-kurangnya encik masih ada mereka,"
Peritnya J..bangunlah!
"Apa kata doktor D?"
"Macam tu la...selagi J stabil bayi-bayi tu akan selamat,"
"Dah berapa bulan J macam ni D?"
Aku tersentak..berapa bulan? 2 bulan! lamanya...dan doktor bagi tempoh sehingga genap usia kandunganmu 7 bulan J..selepas tuu...
"Doktor tak bagitau apa-apa ke?"
Perlukah aku beritahu I yang dia juga akan kehilangan kau J?
"D!"
"Tunggu kandungannya cukup 7 bulan.."
"Lepas tu?"
"Kalau dia masih tak sedar...kita terpaksa lepaskan dia pergi.."
Aku lihat bibir I bergetar J. Airmatanya menitis. Kau rasa tak G bila I genggam tangan kau erat. Kau dengar tak esakkan I..J?
"J datang jumpa aku pagi tu D..sebelum dia jatuh,"
"Dia..."
"D..kau tak sayang dia ke? Dia serahkan hidup dia pada kau D...kenapa?"
"Aku tak faham!"
"Dia minta aku jaga anak-anak dia kalau apa-apa terjadi!"
"Aku tak kata apa-apa pada dia I..aku.."
"Dia takut kau tak boleh terima anak-anak yang lahir dari rahim dia!"
J..aku...aku suka kan kau J tapi perasaan tu tak cukup untuk buat aku mengahwini kau. Aku rasa segala yang terjadi dulu memaksa aku menerima kau. Maafkan aku J!
"D..J tak pernah cakap apa-apa tentang rumahtangganya pada aku tapi aku tahu kau tak membahagiakannya. Hanya sekali aku melihat senyuman dia yang paling indah. Bila dia tahu dia mengandung. Itulah sekali D...kenapa D? Apa kurangnya dia?"
J...hanya kita yang tinggal. Kau dan aku sahaja yang mengerti. Maaf kerana selama ini tidak mampu membahagiakanmu. Apa pilihan yang aku ada J? Sekalipun tanpa cinta tapi aku masih juga punya hati dan perasaan. bangunlah J...
"I...maafkan aku,"
"Bukan pada aku tapi J! Bahagiakanlah dia sementara dia ada. Cuma aku ralat...begini kesudahan cintanya pada kau,"
Pagi tu..Jumaat sebaik usai solat Subuh.Aku menatap wajahmu J. Bangunlah J..jangan paksa aku mengambil keputusan itu.
"Kita terpaksa lakukan sekarang...dia semakin lemah. Kita takut akan kehilangan semuanya. Maafkanlah segala dosa dia pada encik..redhalah kehidupan dia sebagai isteri selama ini.." Lembut wanita bertudung labuh ini sewaktu menegurku J da menghulurkan aku sehelai kertas untuk ditandatangani.
J...zuriat-zuriat ku kini berada di hadapan ku. Kecil dan tak berdaya J. Anak-anak kita! Aku dan kau!
Aku melihat sendiri bila mereka mula meleraikan wayar-wayar yang membantu kau terus bertahan buat anak-anakku selama ini. Maafkan aku J...
Perlahan... aku melihat nafasmu kian pendek dan nadimu akhirnya terhenti. I meraung menangisi pemergianmu. Duniaku rasa bergegar. Pilihan apa yang aku ada untukmu J?

No comments: