Sunday, July 27, 2008

K-Cinta yang sirna

K..saat ini mummy kata kau masih ada di rumah kita. Entah ke mana menghilang kekuatanku untuk berdepan segalanya K. Terasa semangat hilang. Hilang bersamamu K. Terasa sakit yang amat dalam tak seperti kali pertama kau sakiti aku dulu. Bila aku kau tinggalkan tiba-tiba tanpa alasan.
Mengapa K..kita ditemukan hanya untuk merasai betapa sakit bila salah seorang dari kita meninggalkan...mengapa harus kau K? Bertahun aku mengambil masa mengubati duka yang kau tinggalkan dan mengapa saat aku mula belajar untuk mencintai diri lain kau datang dan menagih janjiku? Ternyata kau terlalu bermakna hingga aku tega meninggalkan dia untuk kau K. Mengapa K?
"Kau kata kau cintakan aku J,"
"Itu dulu K. Sekarang hati dan perasaan aku milik I."
"Aku datang untuk meminta janji-janji kau dulu.."Alangkah kejamnya ayatmu itu K. 3 tahun kau hilang tanpa berita dan kau seperti tak ada apa-apa tatkala menemuiku. Entah di mana dendam ku hingga aku seakan lupa setiap inci kesakitan yang kau tinggalkan.
"Mummy...J dah kahwin!"Mummy tersentak tika aku menyatakan aku telah mengahwinimu K. Dia meraung!
"Apa mummy nak cakap dengan keluarga N..J?"
"Maafkan J mummy..K dah balik.."
"Aku akan tebus salahku padamu dalam masa sebulan J. Memang salahku bila meninggalkan kau dulu. Maafkan aku J,"
"Sebulan? Lepas tu kau akan pergi lagi?" Kau hanya tersenyum. Aku terkapar dalam lautan dendamku yang tak bertepi. Hanya wajah dia yang menghuni akal fikiranku saat itu.
"Aku ada 3 permintaan J..sudi?"
"Selepas itu?"
"Terserah!"
"Aku cari kau kalau kau tinggalkan aku lagi K...aku tanam kau!"Kau bagai tak mengerti dan tawamu benar-benar membungkas 3 tahun rinduku padamu.
"Hahahaha..kau cincang aku pun takpe J..aku relakan aje!"
"Baik..apa 3 permintaan kau tu?"Kau diam sambil merenung jauh ke dalam mataku.
"Ambil cuti J..sebulan!"
"Huh? Sebulan? Kau nak suruh diorang buang aku ke apa?"
"Sebulan...bukan setahun..sebulannnnnnn je," kau merayu sambil memegang erat tanganku. "Tangan kau dingin K..."
"Seram sejuk bila dekat dengan kau macam ni,"Aku meleraikan genggaman tanganmu.
"K..kalau kau maksudkannya. Bagi aku masa. Dia masih ada di hatiku."
"Aku faham J. 3 tahun kau aku tinggalkan. Aku tak minta kau lupakan dia. Cuma aku pinta sebulanmu,"
Hari-hari di minggu pertama mummy mengamuk setiap pagi. Dia merungut-rungut bila kau lansung tidak membantunya di dapur...K..kau benar-benar telah berubah. Mengapa K? Apa yang telah berlaku 3 tahun itu? Dulu kau menjadi sanjungan mummy..tapi kini..mengapa K?
"K..bangun! Mummy dah bising tu,"
"Aku mengantuk J..Kau tak mahu peluk aku ke? Aku sejuk!"
"Bodoh! Kita kan dah janji..aku takkan sentuh kau sebulan ni sampai aku benar-benar yakin kau takkan tinggalkan aku,"
Kau tersenyum.
"Peluk sikit pun tak boleh ek?"
"Peluk mana ada sikit-sikit! Dah! bangun K!"
"Aku letih J..bagi aku sejam je, nanti aku bangun."
Kenapa dengan kau K? Mana gadisku yang lincah 3 tahun dulu? Di mataku aksimu sangat terbatas. Kau tidak secergas dulu lagi. Kau enggan menatap mataku seperti dulu.
Minggu ke dua..kau seakan sengaja menyakiti hati orang di sekelilingmu. Mummy yang tak pernah-pernah meninggikan suara di hadapan papa, tiba-tiba melenting bila kau keluar dari kamar dengan hanya memakai seluar paras lutut dan baju tanpa lengan. Kami terpanar K! Aku mengheret kau masuk ke bilik.
"kau kenapa K?"
"Kenapa dengan aku?" soalmu tak mengerti.
"kau pakai macam ni. Kau lupa ke yang masih ada papa di sini..adik-adik aku!"
"Tapi aku tak buat salah apa-apa J.." bicaramu tulus.
Kau tak sesuai di sisi keluargaku K, kita bukan lagi remaja di zaman kampusnya. Aku terlupa kau gadis lincah yang sering menjadi bualan tiap teman-temanku. Aku terlupa kau gadis menawan yang akan memukau pandangan mereka. Maafkan aku K..tempat kau bukan di sini. Rungutan mummy membuat aku rimas..sesakk!
"Maafkan aku J..maafkan aku. Aku janji akan berubah selagi kau sanggup ada di sisiku."
Kau belajar untuk menawan hati mummy. Ruang hatiku kembali terbuka buatmu K. Tika itu saat itu ingin sekali aku ucapkan..aku takkan membiarkan kau pergi lagi dari sisi ku. kau milik ku K..hanya aku!
"J..temankan aku ke pasar malam ye,"
Aku tersenyum. "Buat apa?"
"Ada laaa...hahahahaha!"
"Kau dah gila ye?"
"Ha'a aku dah gila..kerana kau!"
.........."Mummy..cantik tak?" Ujarmu tiba-tiba di hadapan aku dan keluarga. Aku terkesima. Kau datang menggayakan sepasang kurung.
"Eh! Cantik K. Mummy suka tengok K pakai baju tu. Kan cantik menantu mummy pakai baju kurung." puji mummy.
Aku hanya tersenyum. Kau betul-betul dah gila K!"Mana shorts ngan t'shirt sendat kau K?" aku sengaja mengusik kau K.
"Dah buang semua petang tadi. Ada dalam bakul sampah depan. Entah-entah lori sampah tu dah angkut semua!"
"Huh? Berapa banyak baju kurung yang K ada?" tanya mummy hairan.
"Ni aje."
"Esok?"
"Ini jugak lah!"Kami saling berpandangan. Wajah mummy kehairanan.
"Tidur malam ni?"
"K..pakai baju ni juga. hahahaha! K nak goda anak mummy malam ni. Nak bagi mummy cucu..hahahaha"
Gila kau ni K. Pakailah jubah atau purdah sekalipun takkan dapat menutup gila kau tu K!
"J..aku nak tidur dengan baju kurung ni. Jom! Hahaha"
"Tak nak aku.."
"Jom lah J.." rayu mu.
"Aku nak teman mummy ambil angin di taman. Nanti aku datang,"
Wajahmu sedikit hampa tapi seketika kemudian kau kembali tersenyum.
"Jangan menyesal..."
"Takkk...!"
"Cantik pula K malam ni J. Manis mummy tengok dia pakai baju kurung tu,"Aku tak menafikan. memang kau cantik malam ni K. Senyummu..tawamu..dan aku terpukau!
"Tak menyesal ke biarkan K sorang-sorang tu?" Mummy menduga.
"Tak!"Entah kenapa malam itu aku larut dalam senyum dan wajahmu tadi. Bulan di langit cerah. Sepoi angin yang menampar wajah..dingin..dan aku menginginkan kau hadir di sisiku. Aku mula memikirkan yang bukan-bukan saat telefon bimbitku berbunyi. Voice mail!
'J...esok genap sebulan. Ada 2 lagi pintaku. J maafkan aku dan lupakan aku kerana ini luka terakhir dariku untukmu..."
"K! jangan main-main K. bangun K!"Kau terkulai dalam pelukanku. Matamu terpejam. mengapa K?kau tinggalkan aku dengan seribu persoalan. hanya kau yang tahu jawapannya. bangunlah K..aku terlalu ingin tahu mengapa kau tinggalkan aku dulu? Mengapa kau kembali? K...aku terlalu ingin mengucapkan..aku sayangkan kau K. Kau benar-benar cantik malam ini. Bangun K!K..aku melangkah jauh meninggalkan kau. Sebulan bersamamu melakar kenangan indah yang tak terucap. Aku tak cukup kuat untuk menanti kau lagi di sana bersama setiap cebis kenangan kita. Berabad sekalipun ku tunggu kau takkan kembali K.
K...aku cinta padamu..

No comments: