Sunday, May 8, 2011

cabaran yg tersambut


Bertahun-tahun sebenarnya aku mencabar diri sendiri nak buat benda ni. Akhirnya berjaya jugak walaupun hasilnya tidaklah secantik orang lain. namun cukup puas hati dan buat aku berusaha nak buat yang lebih baik. Syukur Alhamdulillah suami memang cukup support. Dia sanggup temankan aku ke sana ke mari semata nak cari bahannya. Dah tu setiap kali aku menjahit dia akan temankan walaupun kenkadang sampai ke tengah malam.
Dalam pada tu aku rasa satu keperluan untuk mencari suatu yang boleh menjadikan aku sedikit berharga di matanya. Ialah suami aku bab masak-masak ni dia memang terer (terer la jugakkk) so kena laa aku cari suatu yg lain pulak.
baju ni aku dah xkuasa nak tengok sebenarnya..dah lama sgt dah rasa muak sgt. Nk bagi orang rasa syg dan akhirnya selepas jahit manik kat bahagian lengan dan tengah baju..semangat la sikit

baju ni pun lama sgt dah...tapi bila dah touch up sikit2 rasanya nak pakai semula...


ni 1st trial aku..baju paling lama dalam lemari aku.

baju 1st klien aku. Kak Noraini Hasbi. Tak sempat aku nak kata nanti sampai aku terer sikit dia dah bw baju. Nak tak nak aku try jugak laa..hasilnya camni laaa...

Ramai tak suka hasil kerja aku yang ini tapi bagi org yang baru belajar mcm aku dah cukup rasa bahgia. Nak pulak bila aku tak tiru dari mana-mana

Saturday, January 29, 2011

Hanif Aliya Maisarah

Entah bagaimana hari ini aku tergerak untuk kembali menulis di ruangan yang aku kira lama aku tinggalkan. Hari ni 'Hanif Aliya Maisarah' lahir dan insyaAllah aku akan berusaha untuk menghidupkannya. Memberikan dia nyawa, menumbuh dan sampai satu ketika dia akan membongkar sedikit persoalan tentang 'hati dan perasaan' yang terlalu sering diperkatakan dulu. Hanif Aliya maisarah...

Hari ini juga sedang mengisi ruang pagi dalam berkira-kira untuk mencari sesuatu tiba-tiba aku kembali mengingati ranjau semalam.

Tatkala kali pertama 'Taubat Nasuha' bersiaran di kaca televisyen..hatiku bergetar hebat. Bagaimana mungkin? Aku berusaha mengesan kembali cerpen 'kesal' yang aku tulis di blog ku dulu. Tak mungkin! Jiwang.la telah tidak wujud dan menguburkan berbelas-belas cerpenku. dan salah-satunya cerpen 'kesal' yang telah dihidupkan dengan nama 'taubat Nasuha' Sebelum Jalaluddin Hassan menghabiskan ayatnya aku mampu terlebih dahulu menoktahkannya. Meskipun penutup cerita itu telah diubah suai namun skripnya lansung tidak diubah. Aku berusaha mencari penerbitnya. Aku dihina. 'Jika puan ada kereta..org lain pun ada kereta.' Lelaki itu lupa..bila 2 kereta itu mempunyai 2 plat yg sama!! Hanya airmata. namun demi Allah tidak aku halalkan walau sesen yg diterimanya dari penerbitan Taubat Nasuha itu. Bila sesuatu itu lahir dari dirimu..dari hati dan perasaanmu dan sampai satu ketika kita akan tahu siapa yg berbohong!

Perjalanan penuh ranjau...hari ini aku bangkit melahirkan Hanif Aliya maisarah!

Friday, December 3, 2010

Hari itu....

Keluarga besar..Laksamana 7 katering
Terima kasih utk jamuannya..
Keluarga abang
Terima kasih kerana sudi datang dari jauh
Kak Ngah dan anak-anak (along Liana & Kak Chik)
Terima kasih kerana sudi bergambar..yg lain mana?
My lovely mother in law..
Terima kasih kerana menerima eja dan anak-anak.
My beloved sisters (Suhazlin, Jarina & Kak Susilah).
Lin..Jarina..kekuatan dan semangatku. thanks for being part of my life

Anak-anak buah (angah & along)
Jom balik..nk ujan ni..
(lokasi: Air Terjun Bkt Sebukor Ayer Keroh Melaka)

Ayah, makcik dan Mas

Moga ini detiknya


Tanggal 12.11.2010 aku sah menjadi miliknya. Mengakhiri perjalanan sendiri dan membenarkan insan lain untuk hadir antara aku dan anak-anak. Hanya rasa syukur kerana di penghujung jalan ini aku menemukan insan yang sudi menerima aku dan anak-anak lalu mengikrarkan kami adalah nyawa dan kehidupannya. Apakah ada yang lebih baik dari sebuah penerimaan?
Apakah ada rasa bahagia yang lain selain mendengar azan berkumandang di rumah kecilku dan melihat seorang lelaki yang berdiri di hadapan kami lalu mengimamkan solat kami? Apakah ada ucapan yang lebih indah selain mendengar bibirnya melafazkan "..Ya Allah, hiasi keluarga kami dengan iman, rasa syukur dan satukan kami sehingga ke syurgaMu.." Apakah ada perbuatan yang lebih membahagiakan selain melihat dia mencium dahi kami?
Dia tidak sesempurna insan lain tapi biarlah dia cukup sempurna di mata dan hati aku. Dialah nyawa dan dialah syurgaku dan anak-anak. Biarlah apa jua yang akan diperkatakan orang lain namun seperti mana dia menerima dan menutupi kekurangan ku begitulah aku akan terus membuka pintu hatiku menerima dirinya.
Abang..kita akan bertatih untuk memulakan kehidupan ini dan aku tidak mampu menjanjikan bulan dan bintang hanya aku akan berusaha menjadi 'khadijah'mu. Terima kasih kerana sabar meladeni kekuranganku. Mungkin kita tidak begitu diterima namun percayalah kita akan mampu melaluinya.
Moga ini detiknya yang dijanjikan buat kita setelah jauh melangkah dengan cerita semalam yang kita kuburkan sedalam mungkin. Aku akan terus berdoa semoga inilah detiknya untuk kita melangkah dan membalut luka di hati kita.

....aku mencintamu...

Saturday, October 9, 2010

Dia M A

Tiba-tiba hari ini aku mengingati dia. Bermula bila aku terbaca kembali perbualan kami dulu. Hampir 2 tahun berlalu dan hari ini segalanya kembali segar. Dia lelaki yg datang dan kukenali sebagai tutor ku. Hati teringin mengabarkan aku telah pun menamatkan pengajianku Ogos lepas tetapi sebahagian dari diriku melarang.

Biar kehadirannya tidak selama mana..tidak seindah mana namun cukup memberi kesan kerana dia yg membuatkan aku nekad menempuhi jalan sukar ini. Dia yang membuka ruang untuk aku memperjuangkan nasibku sekalipun tiba saat dan tika aku menggapai mencari dahan untuk berpaut dia tiada di sana.

Tuhan tidak menciptakan dia untukku tapi Tuhan menciptakan perjalanan yang berliku namun aku bersyukur kerana ditemukan dengan doanya...

Wednesday, April 21, 2010

Doa...

' ...kau akan mengulangi kesilapan yang sama..'
apa agaknya akan muncul di hati tika msj seumpama itu datang menyapa saat hati berbunga dengan harapan? Dan msj seumpama itu datang dari insan yang teramat kita sayang? Bila msj seumpama itu menyapa kala kita mengharapkan sokongan dari dirinya?

Apa ye di hatiku? Belum apa-apa, aku telah didoakan yg tidak-tidak. Seolah-olah dia telah menjangkakan lama dulu setiap keputusan yang aku ambil hanya akan menghumbanku jauh dari kebahagiaan.

Hakikatnya...sejak peristiwa itu betapa aku mengharapkan sokongan dari mereka untuk aku meneruskn kehidupan. beban ini tak tergalas namun menyedari ada 2 nyawa yang sedang berpaut di bahuku segalanya aku harungi demi 2 nyawa ini. Mungkin juga hidupku telah hancur tapi selagi terdaya aku tidak boleh mengheret mereka berdua musnah bersamaku.

Tapi siapa di sisi tika segalanya menghimpit? Siapa?..cuma aku..aku..

Sunday, April 18, 2010

Biarlah....

'salam, emak telefon tanya khabar *** dan anak-anak. Kenapa tak telefon dia? Anak-anak alang pun tanya gak pasal budak-budak. Rindu agaknya kat adik-adik diorang'

Berbulan dulu...Aku dimaki..dihina kala aku amat memerlukan bahu untuk menangis..payung untuk berteduh..dan sepasang tangan untuk menggenggam dan menumpang kekuatan. Bukan dari siapa tapi dari ..seseorang yang paling kucintai, yang rela aku serahkan nyawa dan hidupku demi melihat dia bahagia. Aku terhina oleh seorang yang hanya dia yang aku ada dalam hidup ini..satu-satunya..

Kalian membuang aku jauh, meminggirkan aku seolah-olah aku adalah makhluk yang paling menjijikkan di mata mereka. Tiada kata yang terlontar seolah-olah aku adalah insan yang tidak layak untuk menerima walau sepatah ucapan yang indah..

Aku tidak pernah menduga titian perjalanan seperit ini...kalau kutahu ini yg akan aku lalui...kalaulah kita mampu memilih dgn siapa hidup ini ingin dijalani..kalaulah kita boleh memilih rahim siapa yang ingin ditumpangi..atau kalau kita bisa memilih siapa adik-beradik kita...silapnya kerana namaku berbintikan insan yang sama..

Maaf..jika sepanjang kehidupan aku hanya menjadi beban buat kalian. Kalau aku hanya mendatangkan luka..malu apatah lagi aib buat kalian di mata mereka. Aku cuma diri yang cuba menyusuri hidupnya dengan penuh ketabahan..kekuatan..dan terbaik untuk diriku.

Sepatah pun takkan pernah aku lupa...takkan pernah. Usah diucapkan tentang rindu kerana satu ketika dulu aku pernah menagihnya dari kalian. usah diucap tentang sayang..kerana sekelumit rasa sayang yang ada di hati ini telah mati..terbuang dan sia-sia..dan sayang itu juga yang menjadikan kalian begitu tega membunuh hati dan perasaan ku.

takkan pernah aku lupa lirikan matamu..yang terlarik di bibirmu..kala tanganmu ku cium..alangkah bodohnya aku kerana masih mengharap pada warna-warna pelangi diraut wajah seorang kakak..seorang ibu...apatah lagi abang-abang. kalian punya aku sebagai adik tapi hakikatnya aku tak pernah punya kalian.

Bukankah kalian biarkan aku bergelandangan dalam memperjuangkan nasib ini? Bukankah kalian membiarkan aku tersungkur dan bangun sendiri? Berbulan menantikan kehadiran..berbulan merisik khabar...berbulan-bulan...dan akhirnya aku mula mengerti..

Aku punya hati dan perasaan dan hari ini hati kecilku berkata..jangan berpaling lagi kerana takkan pernah ada yang terbaik buatku hanya luka..hanya duka hanya kesakitan sekalipun darah kita adalah sama.

Anggap saja..kami benar-benar telah tiada...