Friday, December 25, 2009

Penat....

Semalam gi lapor diri kat skolah baru..urusan aku dipermudahkan..sempat borak-borak kat pejabat dan Alhamdulillah Bos kat sana aku kenal dan beberapa rakan sejawat memang dah ramai yang aku kenal. Betullah percaturan Allah buat aku..Alhamdulillah.

Kat tempat baru ni belum apa-apa Kak Noraini dah tetapkan aku ngajor thn 6 dan pegang kelas tahun 5..Alhamdulillah takle jadi tunggul aku bila pi sekolah. GPK 1 tu kata Kak Noraini suruh aku pegang panitia lagi...alahaiiii kat skolah lama dah 10 tahun jadi ketua panitia dan kat skolah baru ni sambung lagi tapi Alhamdulillah ada Hasri kat sana dengan cikgu Usin yg memang sukaaaa mengecat dinding. Kira kena laa regu aku kat skolah baru. Plan nak buat apa memang byk..dan InsyaAllah aku usahakan yang termampu. Nak janji sangat pun tak boleh pasal aku kena buat pemerhatian jugak...hahahaha mcm spy la pulakkk.

Selain dari tu aku jadi guru PSS bahagian alatan. yang ni memang xde lam paler otak aku jadi blur lagi anyway hidup ni kan kena belajar dan terus belajar..kan?kan?kan?

Rindu aku pada adik-adik aku toksah cerita. Kalau dinilai dari sudut psikologi..memang aku terganggu sikit tapi aku kena amik hikmahnya. Allah merancang yang terbaik je untuk hambaNya. Sengaja takmo kol adik-adik aku tu sbb kalo dah ingat sesaja pun dah boleh mengalir airmata apa lagi nak dengar suara dorang..Ohhhh tidakkkkk! hehehe..

One thing..memang 'hamlau' tu berjaya menyakitkan aku kerana memisahkan kami tapi dia tak mampu amik semua kenangan yang kami dah lalui selama ni. Nak mendoakan yang buruk-buruk tu tidak tapi kenkadang kita kena ingat terlampau melangkah menongkat langit pun kaki boleh tersadung. Dosa dgn Tuhan boleh minta ampun tapi dosa fitnah dengan manusia?? Mana pun wajah ni kita paling di situ ada Allah..jadi mana silunya kita sebagai HAMBA? Allah dan Nabi berpesan jaga silaturrahim..hubungan baik sesama manusia tapi kalau kita berusaha memisahkan..memporak porandakan orang lain..nak ckp mati nanti nak kesudahan mcm mana?

Entahlah.....kalau tak..takkan Allah kata Neraka tu bahan bakarnya batu dan manusia kan?

No comments: