Friday, December 18, 2009

Melangkah dan bermula

Syukur Alhamdulillah..istilah yg terbaik aku mulakan. Setelah sekian lama blog ini aku abaikan akhirnya aku kembali semula. tempat jatuh lagi di kenang..hehehe..yang pasti aku tidak lagi ingin mengenang esok. Biarlah tinggal kenangan dan yg sedang aku hadapi adalah ini dan tika ini.

Teringat satu petikan katanya..
'jangan dikenang semalam kerana ianya telah berlalu..jangan dikira tentang esok kerana ianya masih belum tercipta. hadapi hari dan tika ini kerana ia ada di depan mata'

Benarlah apa jua yang tercipta di dunia dan kehidupan ini ada harganya. Kebahagian juga ada harga yg perlu dibayar. Sama ada kita sanggup atau tidak!
satu nikmat yang tak terhingga sebenarnya bila kita mampu keluar dari kepompong kedukaan yang yg selama ini menutupi langit pandangan. Terima kasih kepada adik-adikku kerana memberikan aku sedikit keberanian.

Hari ini aku adalah aku yang akn kembali melangkah...meninggalkan mereka yang pernah dan terus mencercaku kerana setelah sekian lama memerhati jelaslah terkadang cercaan itu yang membuatkan kita kuat dan cekal sedangkan mereka yang terus menghina.. masih juga tidak ke mana-mana. Syukur kerana semalam yang perit dan sukar kerana aku belajar erti kehidupan dan hakikat pemberian. Setiap yang diberi akan tetap diambil.

Pemberian yang paling utama dan paling jernih adalah dari mereka yang tidak
mempunyai sesuatu apa pun, tetapi mereka
mengetahui nilai kata-kata dan senyuman.
Berapa banyak orang yang memberi tetapi seakan-akan bukan
pemberian yang mereka hadiahkan melainkan tamparan

Tiada suatu kebahagiaan pun yang lengkap buat seseorang
dan tiada satu kebaikan yg sempurna bagi
dirinya
(petikan: Jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia)

No comments: