Wednesday, October 28, 2009

Kembali untuk bermula...

Bukan senang nak berpatah dan memulakan di perhentian terakhir kita mengubah arah langkah. Tak ingat bila kali terakhir aku terpaksa menutup ruang ini...tapi aku masih ingat sebabnya. Biar hanya aku yang tahu...hanya aku.

Berbulan-bulan lamanya aku bertatih untuk mengatur langkah sendiri tanpa diri-diri yang sentiasa menemani aku dulu dan akhirnya aku yakin..aku pasti saat ini aku sudah cukup bersedia mengharungi esok, kerana Allah bersamaku.

Hari ni aku..lyn.Ina dan anak-anak ke Jusco. Saja..lama dah tak join dorang jalan-jalan. Mula g pejabat pos..renew lesen yang matinya semalam. Lepas tu g popular..ni yang nak citer ni...terpandang kat satu buku tu..."Yussuf & Zulaikha". Kisahnya memang menarik..sama mcm cerita Nabi Yussuf tinggal lagi diadaptasi dalam kisah cinta dua manusia biasa. keduanya saling mencari cinta Allah tapi begitu sukar untukmengetepikan rasa cinta pada kekasih mereka. rasa berdosa kerana begitu menyanjungi Yussuf..rasa bersalah kerana gagal mengawal rasa cinta pada Zulaikha yang kadang kalanya dirasakan lebih...

Hmmm..betul la tu..sama...

"Akak nak makan ke?" tanya dak Lyn
"Kita g KFC nak? akak nak cari fresh oren arrr.."
"Jom..saya nak makan cheese wedges!"
Last-last g foodcourt lepas dak lyn belanja kitorang fresh oren dalam botol besau tu..hehehe

Ina sebut lagi pasal lelaki yang muncul dalam mimpi dia tu. Pusing juga..siapa? Ah! Tak mungkin dia....

No comments: