Wednesday, April 21, 2010

Doa...

' ...kau akan mengulangi kesilapan yang sama..'
apa agaknya akan muncul di hati tika msj seumpama itu datang menyapa saat hati berbunga dengan harapan? Dan msj seumpama itu datang dari insan yang teramat kita sayang? Bila msj seumpama itu menyapa kala kita mengharapkan sokongan dari dirinya?

Apa ye di hatiku? Belum apa-apa, aku telah didoakan yg tidak-tidak. Seolah-olah dia telah menjangkakan lama dulu setiap keputusan yang aku ambil hanya akan menghumbanku jauh dari kebahagiaan.

Hakikatnya...sejak peristiwa itu betapa aku mengharapkan sokongan dari mereka untuk aku meneruskn kehidupan. beban ini tak tergalas namun menyedari ada 2 nyawa yang sedang berpaut di bahuku segalanya aku harungi demi 2 nyawa ini. Mungkin juga hidupku telah hancur tapi selagi terdaya aku tidak boleh mengheret mereka berdua musnah bersamaku.

Tapi siapa di sisi tika segalanya menghimpit? Siapa?..cuma aku..aku..

Sunday, April 18, 2010

Biarlah....

'salam, emak telefon tanya khabar *** dan anak-anak. Kenapa tak telefon dia? Anak-anak alang pun tanya gak pasal budak-budak. Rindu agaknya kat adik-adik diorang'

Berbulan dulu...Aku dimaki..dihina kala aku amat memerlukan bahu untuk menangis..payung untuk berteduh..dan sepasang tangan untuk menggenggam dan menumpang kekuatan. Bukan dari siapa tapi dari ..seseorang yang paling kucintai, yang rela aku serahkan nyawa dan hidupku demi melihat dia bahagia. Aku terhina oleh seorang yang hanya dia yang aku ada dalam hidup ini..satu-satunya..

Kalian membuang aku jauh, meminggirkan aku seolah-olah aku adalah makhluk yang paling menjijikkan di mata mereka. Tiada kata yang terlontar seolah-olah aku adalah insan yang tidak layak untuk menerima walau sepatah ucapan yang indah..

Aku tidak pernah menduga titian perjalanan seperit ini...kalau kutahu ini yg akan aku lalui...kalaulah kita mampu memilih dgn siapa hidup ini ingin dijalani..kalaulah kita boleh memilih rahim siapa yang ingin ditumpangi..atau kalau kita bisa memilih siapa adik-beradik kita...silapnya kerana namaku berbintikan insan yang sama..

Maaf..jika sepanjang kehidupan aku hanya menjadi beban buat kalian. Kalau aku hanya mendatangkan luka..malu apatah lagi aib buat kalian di mata mereka. Aku cuma diri yang cuba menyusuri hidupnya dengan penuh ketabahan..kekuatan..dan terbaik untuk diriku.

Sepatah pun takkan pernah aku lupa...takkan pernah. Usah diucapkan tentang rindu kerana satu ketika dulu aku pernah menagihnya dari kalian. usah diucap tentang sayang..kerana sekelumit rasa sayang yang ada di hati ini telah mati..terbuang dan sia-sia..dan sayang itu juga yang menjadikan kalian begitu tega membunuh hati dan perasaan ku.

takkan pernah aku lupa lirikan matamu..yang terlarik di bibirmu..kala tanganmu ku cium..alangkah bodohnya aku kerana masih mengharap pada warna-warna pelangi diraut wajah seorang kakak..seorang ibu...apatah lagi abang-abang. kalian punya aku sebagai adik tapi hakikatnya aku tak pernah punya kalian.

Bukankah kalian biarkan aku bergelandangan dalam memperjuangkan nasib ini? Bukankah kalian membiarkan aku tersungkur dan bangun sendiri? Berbulan menantikan kehadiran..berbulan merisik khabar...berbulan-bulan...dan akhirnya aku mula mengerti..

Aku punya hati dan perasaan dan hari ini hati kecilku berkata..jangan berpaling lagi kerana takkan pernah ada yang terbaik buatku hanya luka..hanya duka hanya kesakitan sekalipun darah kita adalah sama.

Anggap saja..kami benar-benar telah tiada...

Friday, April 16, 2010

Dan lagu itu...

Menatap ke garis-garis di telapak tangan..aku sendirian mencari makna, membuat tafsiran tentang suka duka perjalanan ini. Sesekali aku melihat di 'ruangan kamu' semakin aku cuba ia semakin mendesak dan akhirnya empangan itu kembali pecah. Biar berkali-kali aku mencuba untuk menghapuskannya namun alirannya tak pernah berhenti.

Andai kau tahu akhirnya luka juga yang akan kau persembahkan buatku kenapa kau masih berusaha memberikan aku harapan? Mengapa sehingga kini kau masih juga terus-terusan memberikan aku potret perasaan mu? Mengapa masih mahu bercerita tentang cinta dan kasih sayang sedangkan kau tahu aku tak pernah ada di hatimu?

Aku berusaha untuk memadamkan lagu-lagu mu yang pernah berkumandang dalam setiap saat hariku..aku sedang berusaha memadamkan 'kamu' dalam hatiku..aku sedang berusaha untuk membenci kamu..

Lagu itu akan aku buang jauh..biarlah tuli telinga ini dari melodinya kerana hari ini aku teramat-amat membenci kamu. Akan kubunuh setiap kenangan kita. Kenangan yang seharusnya aku mengerti sejak dulu 'tiada indahnya'

Jangan pernah lagi mengenang aku...jangan pernah lagi kau sebut namaku..jangan pernah lagi bercerita tentang hati dan perasaan ini kerana mulai detik ini kau benar-benar telah 'mati'

Sunday, April 4, 2010

Terlukakah aku



Kau tak pernah bersalah sekalipun tika menyaksikan segala coretan kau dan dia, aku merasakan betapa berkecainya hatiku. Cuba bertahan dari menitiskan walau setitik airmata kerana aku pasti seandai kau tahu apa yang terzahir kau tak akan pernah mengirimkan duka buatku.

Mustahil untuk aku tidak berduka namun aku mengerti mengapa dan apa puncanya. Semuanya silapku dan aku masih lagi mencari kekuatan untuk terus pasrah..KITA bukan untuk kau dan aku.
Kini kau melangkah ke alam bahagiamu dan aku hanya berdaya berdoa moga insan yang pernah aku cintai itu akan terus bahagia. Bukankah cinta itu bermakna merelakan dia demi bahagianya?

Berakhir dan ternoktah sudah kisah kita dan selamanya ia akan terus aku ingati..sekalipun andai di akhir nanti kau mula sedar tentang cerita sebenar kita...aku takkan pernah membiarkan dia terluka untuk membiarkan kita bersama semula. Biarlah cinta yang satu ketika dulu pernah membahagiakan kita menjadi lipatan kenangan. Sekalipun terluka..aku redha..ikhlas melepaskn dirimu dan mencipta cinta yang lain.

'moga saja kan kau dapati insan yang tulus mencintaimu tapi bukan aku..'

Friday, April 2, 2010

Kau yang takkan pernah mengerti...

Lewat kenangan ini menyakiti dan aku terdampar di dasarnya tanpa ada apa-apa perasaan yang berbaki..tahukah kau betapa sakit untuk hidup tanpa perasaan? Namun aku yang tidak pernah punya apa-apa ini terpaksa untuk mengheret langkah sekalipun aku tidak pasti sudah berapa jauh aku dari tempat aku pernah tersungkur dulu.

Teman..perasaan itu terus mengikat namun aku tidak mahu mengheret kau terus dari kesakitan ini. Tidak..kerana cinta takkan pernah menyakiti. Maaf kerana aku terpaksa dulu melepaskan pegangan tangan kita. Kau dan aku hanya akan mencipta derita.

Cinta..aku tidak pernah menafikannya namun aku benar-benar tak berdaya. Aku takut untuk melihat kau kecewa menyaksikan saat aku jatuh dan tersungkur tika itu. Pergilah dan aku merelakan kau membina cinta lain sekalipun hati ini bagai dihiris-hiris.

Aku tak pernah berdaya melupakanmu.

Kenangan kita adalah kekuatan buatku..sehingga kini aku tidak mampu mengisi kekosongan itu dengan apa-apa..masih ada bayangan kamu di sana..hari ini..esok dan selamanya...aku mencintaimu tapi aku tak mampu meraihnya dalam pelukanku. Aku tak berdaya..kerana aku teramat takut menyakiti mu.

Betapa aku menyedari...cinta kita masih tidak cukup kuat untuk membuatkan Tuhan belas terhadap kita. Masih juga kita hanya mampu menyulam mimpi-mimpi dan realitinya kau dan aku bukan untuk KITA.

Aku terpaksa membohongimu demi untuk melihat kau bahagia. Itu pengorbanan terakhir ku buat kamu..sebuah cinta yang tak mampu aku sirnakan dari hati dan hidupku. Sebuah cinta yang menjadi mimpi2 di segenap tidurku. Aku masih menangisi 'adeeja' tapi dalam tangis itu aku cuba mengukir senyum melihat kau melangkah dan membina tugu cintamu bersamanya.

Semalam...pergilah cinta dan aku akan selamanya bersama ingatan kita. Aku akan terus sendiri menjalani hidup ini kerana aku xpernah mampu menggantikan KAMU