Friday, December 25, 2009

Penat....

Semalam gi lapor diri kat skolah baru..urusan aku dipermudahkan..sempat borak-borak kat pejabat dan Alhamdulillah Bos kat sana aku kenal dan beberapa rakan sejawat memang dah ramai yang aku kenal. Betullah percaturan Allah buat aku..Alhamdulillah.

Kat tempat baru ni belum apa-apa Kak Noraini dah tetapkan aku ngajor thn 6 dan pegang kelas tahun 5..Alhamdulillah takle jadi tunggul aku bila pi sekolah. GPK 1 tu kata Kak Noraini suruh aku pegang panitia lagi...alahaiiii kat skolah lama dah 10 tahun jadi ketua panitia dan kat skolah baru ni sambung lagi tapi Alhamdulillah ada Hasri kat sana dengan cikgu Usin yg memang sukaaaa mengecat dinding. Kira kena laa regu aku kat skolah baru. Plan nak buat apa memang byk..dan InsyaAllah aku usahakan yang termampu. Nak janji sangat pun tak boleh pasal aku kena buat pemerhatian jugak...hahahaha mcm spy la pulakkk.

Selain dari tu aku jadi guru PSS bahagian alatan. yang ni memang xde lam paler otak aku jadi blur lagi anyway hidup ni kan kena belajar dan terus belajar..kan?kan?kan?

Rindu aku pada adik-adik aku toksah cerita. Kalau dinilai dari sudut psikologi..memang aku terganggu sikit tapi aku kena amik hikmahnya. Allah merancang yang terbaik je untuk hambaNya. Sengaja takmo kol adik-adik aku tu sbb kalo dah ingat sesaja pun dah boleh mengalir airmata apa lagi nak dengar suara dorang..Ohhhh tidakkkkk! hehehe..

One thing..memang 'hamlau' tu berjaya menyakitkan aku kerana memisahkan kami tapi dia tak mampu amik semua kenangan yang kami dah lalui selama ni. Nak mendoakan yang buruk-buruk tu tidak tapi kenkadang kita kena ingat terlampau melangkah menongkat langit pun kaki boleh tersadung. Dosa dgn Tuhan boleh minta ampun tapi dosa fitnah dengan manusia?? Mana pun wajah ni kita paling di situ ada Allah..jadi mana silunya kita sebagai HAMBA? Allah dan Nabi berpesan jaga silaturrahim..hubungan baik sesama manusia tapi kalau kita berusaha memisahkan..memporak porandakan orang lain..nak ckp mati nanti nak kesudahan mcm mana?

Entahlah.....kalau tak..takkan Allah kata Neraka tu bahan bakarnya batu dan manusia kan?

Wednesday, December 23, 2009

Bla...bla..bla....

Kita sering mengharapkan yang terbaik! Itu yang aku tanam dalam diri sekalipun rasa mcm terbakar juga baru-baru ni but...mcm kata Zamri..think +ve...segalanya akan baik-baik. Jangan bagi peluang pada hati untuk mencari-cari kesalahan orang lain biarlah manusia yang nakal-nakal tu menabur racun dalam periuk nasi kita kerana tak mustahil mereka akan termakan dari periuk yang sama.

Aku serahkan urusan yang lainnya pada Allah kerana Dia yang terbaik...

First thing yg buat aku terkejut sakan bila statement ni keluar dari mulut BG aku (sekarang exBG atau lebih tepat 'bekas') "Saya tak nak tengok diorang bertiga.." Perghhh telusnyerrrr tak payah suluh-menyuluh dah terang benderang niat dan warna apa hati exBG aku tu. Bukankah lebih baik sewaktu dia merancang-rancang (aku tak fikir dia perancang utama..rasanya dia ni dah kena jolok dek mana-mana manusia yg dah hampir tahap Cheng Peng Xie kat tempat aku bertugas tu..di mana? siapa? biarlah rahsia..hahahaha u know i know laaaa)
Seharusnya statement dia akan keluar begini...
"Saya rasa dia ni diperlukan di tahap 2..manakala dia ni kita letak di tahun 3 sebagai persediaan di tahun akan dtg untuk diserapkan te tahap 2" kan takde sapa yang sakit hati dengar...apa air kumbahan yang ada dalam hati dia lantak laaa..aku pun bukan amik kira sangat walaupun tau dah niat dia tu...
so terlaksanalah niat dia bila aku dan adik-adik aku dipisahkan...pelik kan..Nabi kata bersatu..eratkan silaturrahim sesama muslim. Islam pun suruh macam tu..sekali dia.."saya tak nak tengok diorang bertiga ni" agak-agak siapa ye ikutan dia? Kalau mengucap tu nama siapa dia sebut?..Cheng Peng Xie...??? takpelah...mcm dia kata juga kita ni ada 2 alam..ermmmm...jawabbbbbbb!

Tak sampai 24 jam aku dipisah-pisahkan..sekali muncul pulak perkabaran ke2...aku ditukarkan tempat mengajar...bila zaman pulak aku ni isi borang tukar? So conclusionnyerrr aku diarahkan bertukar ke SK M (biarlah rahsiaaaa..hhehehe) jauh jugak laa dari rumah..Korang budak-budak nak tauuuu tarikh surat tu 30 Nov 2009 tapi surat tu hanya berjaya smpai ke skolah aku 21 hari berikutnya....!!! Sedangkan jarak surat yg dikeluarkan itu dgn skolah aku cuma dipisahkan oleh pagau skolah yang dah berapa kali dicerobohi budak2 skolah untuk memonteng. Amatlah aku kagum dengan keupayaan surat tu untuk smpai ke tangan aku...21 hari beb...lu jgn tak tau mungkin dah keliling dunia. Paling best....exBG aku off nset dia...dah pesan siap-siap dont disturb!!! hahahaha payahhhh. Setau aku kat pintu hotel je yg ada sign tu..hahahaha

Anyway..sebnar aku ada satu rahsia nak bitau( Cheng Peng Xie serta penyapu-penyapu buruknya diutamakan) aku memang dah lamaaa nak tukar tempat mengajar neh cuma hasrat tu tertangguh-tangguh pasal aku ni malas isik borang so tenkiu arrrr ada juga KULI yang dah buatkan keje untuk aku. Oooo..aku lupa lagi satu kepada pendukung watak-watak penyapu-penyapu buruk tu..hangpa pi kipas..sanjung hangpa punya Cheng Peng Xie melangit..melaut ...hang tau dak yang Cheng Peng Xie tu ayat hangpa semua sikit punya baguihhh dulu?...tapi takpaaa..mana tau satu hari nanti hangpa boleh dapat stiker yg kalis peluru..hahahaha
Buat adik-adik aku..sabaq naaa..sat g kak hang ni nak pi buat satu entry baru..sedap punyerrrr...
"B*n* T**n And The Geng" bakal pecah panggung nanti tu. Huh? nak tajuk yg complete...huishh tak bolehhhh nanti kak hang ni ditahan pulizzzzz

end of the story..ingattttt...kita ni ada 2 alam..pintu gerbang nak ke alam seblah lagi tu bila-bila je boleh bukak..bawak-bawak laa cuci hati tu. Dah berkeladak..berlumut. Cuba bila bangun je tido ajar hati dan kepala hotak tu sibuk memuji Allah bukan mikir camner nak menganiaya org je..sibuk mencari jln camne nak pedajal orang..ishh..pelik aku dgn korang ni..nak ckp besaq tak laa tapi aku ni...hangpa campaq aku ke laut aku jadi pulau..ke hutan aku jadi gunung..ke langit aku jadi awan..no hal arr semua tu. Yang penting IKHLAS..

Saturday, December 19, 2009

Aku...DIA...Kami

Mengenang senyum dan tawanya..ye..aku rindu DIA..aku rindu mereka. Di saat hanya aku dan anak-anak di sini kenangan semalam mengimbau. Di saat dia cuma mencipta keakraban..di saat dia cuba untuk menjadikan aku dan anak-anak tidak merasa sendiri. Sekalipun berada di kejauhan DIA seperti ada di sisi.

"Tok buat apa ye bu?"
"Mestilah kat kedai masa ni.."
"Hari ni tok niaga juga ke?"
"Niagalah..."
"Abah ada telefon?"
Aku tertawa sendiri...Mujahid..mujahid... "Ada..kenapa?"
"Kalau abah telefon lagi..abang nak ckp kirim salam kat dorang semua,"
Macam biasa dia akan tersengeh-sengeh duduk di kakiku. "Bu..best kat sana kan? Ramai.."
"Takpe..esok-esok kita ramailah juga,"

Abah...alahaii..ada-ada saja konspirasi antara dorang kat belakang aku rupanya. Kenkadang tau-tau ada je cerita yang muncul. Apapun kalau itu yang akan membahagiakan anak-anak..apa pun selagi impian itu sama

Hari ini..
Janganlah bersedih jadilah wanita yang paling bahagia-halaman 13 Mawar

Mawar Pertama
Ingatlah bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha mengampuni orang yg beristighfar, Maha Pemberi Taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yg kembali kepadaNya

Mawar Ke2
Kasihanilah orang-orang yg lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah org2 yang memerlukan pertolongab, nescaya anda akan berasa puas, rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat

Mawar Ke3
Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan buatmu dan syurga telah menunggumu

Mawar ke4
Hapuslah airmatamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihan dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu

Mawar ke5
jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan utk melayani seseorang secara lengkap kerana pada hakikatnya tiada seorangpun di muka bumi mendapat apa yang diinginkannya dan terbebas dari segala kekeruhan

Mawar ke6
Jadilah seperti pohon kurma, tinggi cita-citanya kebal dari penyakit dan bila dilempar batu ia membalas dengan buah kurmanya

Mawar ke7....
Mawar ke 8....

Mawar ke9
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yg pernah berbuat salah kepadamu

Mawar ke10....

Friday, December 18, 2009

Melangkah dan bermula

Syukur Alhamdulillah..istilah yg terbaik aku mulakan. Setelah sekian lama blog ini aku abaikan akhirnya aku kembali semula. tempat jatuh lagi di kenang..hehehe..yang pasti aku tidak lagi ingin mengenang esok. Biarlah tinggal kenangan dan yg sedang aku hadapi adalah ini dan tika ini.

Teringat satu petikan katanya..
'jangan dikenang semalam kerana ianya telah berlalu..jangan dikira tentang esok kerana ianya masih belum tercipta. hadapi hari dan tika ini kerana ia ada di depan mata'

Benarlah apa jua yang tercipta di dunia dan kehidupan ini ada harganya. Kebahagian juga ada harga yg perlu dibayar. Sama ada kita sanggup atau tidak!
satu nikmat yang tak terhingga sebenarnya bila kita mampu keluar dari kepompong kedukaan yang yg selama ini menutupi langit pandangan. Terima kasih kepada adik-adikku kerana memberikan aku sedikit keberanian.

Hari ini aku adalah aku yang akn kembali melangkah...meninggalkan mereka yang pernah dan terus mencercaku kerana setelah sekian lama memerhati jelaslah terkadang cercaan itu yang membuatkan kita kuat dan cekal sedangkan mereka yang terus menghina.. masih juga tidak ke mana-mana. Syukur kerana semalam yang perit dan sukar kerana aku belajar erti kehidupan dan hakikat pemberian. Setiap yang diberi akan tetap diambil.

Pemberian yang paling utama dan paling jernih adalah dari mereka yang tidak
mempunyai sesuatu apa pun, tetapi mereka
mengetahui nilai kata-kata dan senyuman.
Berapa banyak orang yang memberi tetapi seakan-akan bukan
pemberian yang mereka hadiahkan melainkan tamparan

Tiada suatu kebahagiaan pun yang lengkap buat seseorang
dan tiada satu kebaikan yg sempurna bagi
dirinya
(petikan: Jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia)