Friday, February 27, 2009

Ketika diberi ruang untuk tersenyum


Bakso...Tinggal bekas jek...kuah sambal kicap banyak arrr..


Hingga ke titisan kuah yang terakhir..sedap oooo

Jumaat...asgmn still tak siap lagi. Ahad nak kena hantar. Tool work belum print malah belum edit apa pun. Tak kan nak hantar buta macam tu je..termodinamik pun aku lom buat apa-apa. Tinggal nak tulis jawapan...adeii parah.parah..!

So plan dengan lyn nak stay sekolah petang ni buat asgmn..hehehe..macam lawak je tapi itu lebih baik dari aku asik 'clubbing' je. Sekarang ni asal lepa sikit lam kepala aku takde lain..'clubbing' aje. Bahye ooo..boleh tandus akidah! hahahaha..mau tak benda tu boleh ketagih..ilang dunia kejapan. Ahak! dalam istilah lain mengecas tenaga semula jadi..jahat ekk aku ni..yelah sapa kata baik..aku sendiri tak penah kata aku baik..kalo baik pun baik sikitttttt je..tu pun kenkadang.

So berumahtangga la aku ari ni di kelas ku yang telah dihias sesedap mata memandang..hehehe...ada kapet oren lagi..Cikgu Bobby dengan kak Seri bagi (ni akan jadi main topic warta SK...minggu depan ni..front page lagi..wakakaka..hilight lagi..CIKGU BOBBY dan KAK SERI bagi..) pagi tu..
"Apa laaa bilik cikgu Bobby ni semak..serabut!"
"Ko bagi aku cadangan macam mana nak buat bilik aku ni kemas.."
"Hmm.." garu dagu. "Ni kapet ni menyemak je..bagi 1 bijaksana!"
"Tanya Kak Seri ko dulu..Seri!!!"
"Kak..cikgu Bobby panggil..masuk terus iye kan aje kak!"
"Haa..iye apa?" Kak Seri datang sambil mengunyah roti.
"Dah..setel..kejap lagi saya amik!"
Cikgu Bobby terkulat-kulat.."Kejap lagi saya amik..hehehehe"
(p/s: citer tu utk menerangkan asal sul kapet oren lam kelas aku ngan Jarina...hehehe)

So..petang ni aku lepak sekolah laa...dah standby dengan bekalan makanan. Ada biskut, jeruk buah salak..asam..nescafe..gula..ohhh lyn ada bawak heater dan paling best yang part ni adalahhhhhhhh..hehehe..BAKSO! Lyn masak sepiuk sup untuk bakso tu beserta dengan sambal kicapnyerrr...siap bawak garam tuuuu..hahahaha kira petang ni kitorang berkelah laa kat belakang. Paling best tengok anak-anak kitorang (Fatin, Mujahid dan Jiha) makan. Anak jarina lom skolah lagi..tahun depan tambah laa korum itupun kalo aku idup lagi..ehehehe

Lepas makan start operasi masing-masing..aku ngan asgmn OUM, jarina dengan Lyn dengan keje-keje menghias kelas. Terasa juga meriahnya petang tu..siap bancuh nescafe untuk minum petang. Makcik cleaner pun join meramaikan. Alhamdulillah...moga murah rezki adik-adik dan anak-anak kitorang dan paling aku harap..ALLAH TAKKAN MENGAMBIL KEAKRABAN INI.. SEMOGA HINGGA KE HUJUNG NYAWA..Aminnnn.

Petang tu dekat pukul 4.30 kami beransur pulang..badan pun dah letih giler...sempat aku mengecas bateri sampai pukul 5.30 lepas mandi dan kuis-kuis dapur. Itupun pakat laaa Fatin jerit.."Buuuuu...Assalamualaikum Cinta!!!" hehehehe..wa'alaikummussalam...

Catatan: Bakso dan kapet oren tu pakal mengundang kontroversi selama 2 minggu..silap ari bulan masuk meeting ooo..campur tangan menteri kabinet dapur lagi..hehehe..next week nak masak rendang la pulakk siap tanak nasik. Bancuh fresh oren..! Ahaks...sabor je laaaaa

Sekali Ini Saja



Bersamamu kulewati lebih dari seribu malam
bersamamu yang kumahu
namun kenyataan yang tak sejalan
Tuhan bila ku diberi kesempatan
izinkan aku untuk mencintainya
namun bila waktu ku telah habis dengannya
biar cinta hidup sekali ini saja

Tak sanggup bila harus jujur
hidup tanpa hembusan nafasnya

Tuhan bila waktu dapat kuputar kembali
sekali lagi untuk mencintainya
namun bila waktu ku telah habis dengannya
biar cinta hidup sekali ini saja

Thursday, February 26, 2009

manusia tu berubah

Tiap kali balik dari sekolah penatnya tak tau nak kata camner tapi penat laaa...percaya dengan tidak dah dekat 3 minggu juga rasanya aku dok bertapa kat belakang kelas dan Alhamdulillah apa yang pernah terjadi ada hikmahnya. Antaranya...kerja-kerja menyiapkan kelas bergerak juga akhirnya dan yang kedua...aku mula kenal siapa kawan dan siapa hanya seseorang di tempat kerja. Betullah tu setiap apa yang berlaku tetap mempunyai hikmahnya..
"Dear..anything today?"
"Nothing..macam selalu boring!"
"Why?"
"Don't know tapi memang bosan juga sekarang ni. Kalaulah sekolah ni bapak i punya.."
"Hahahahaha..thats why laaa sekolah tu bukan bapak u punya.."
Gelak..kuang asam tul arrr
"I kesian dengan adik-adik i.."
"Wahh..really dah macam sekolah bapak u..adik2 u mengajar di sekolah sama ke?"
"Bukanlahhh...kawan but lebih suka anggap like my sister.."
"Ohh..ok..what about them?"
"I terasa sebab I diorang jd macam ni."
"Jadi macam mana?"
"Dorang ikut i duduk kat belakang kelas tu..kesian i tengok,"
"kenapa dorang join u?"
"Maybe dorang pun rasa xbest kat staffroom tu,"
"Then bukanlah sebab u, dear."
Diam.
"Dear..kalau i bagi u satu nasihat nak?"
"Apa pun.."
"U all tak payah la sedih-sedih untuk orang-orang macam ni. They all tak mampu jadikan u all lebih baik dari semalam. Kawan ni sepatutnya memuliakan bukan menyakitkan u all. Kalau u all rasa sedih bila tengok dorang then..jangan tengok. Keje like they all xde kat situ."
"Yelah tapi macam tak caya yang some1 yg kita kenal bertahun-tahun can change drastik macam tu..almost 10 years tau.. "
"Then?"
"Ten years...not ten days..not ten months..not ten minutes..but ten years!"
"Apa yg teruknya?"
"We know each other for ten year..suppose she know us much better..how come she being like that?"
"Honey...man change..!"
manusia berubah....
"Biarlah..lets she know siapa sebenarnya kawan dia. She will know..one day.."
Ye..harap satu ketika dia akan sedar..ahhhhh..sedar ke tak ke..sukati dia laaaaa...esok aku nak buat apa ekkkk? ermmmm...

"

Sunday, February 22, 2009

Ahad..ohhh..Ahad...

Bukan selalu ada peluang santai-santai macam ni. Ahad ni ada kat umah minggu depan kuliah lagi. Dah banyak tahun macam ni. So kalau Ahad tu aku sebolah mungkin memang nak duduk rumah. Ngadap kain yang setimbun sambil layan anak-anak aku tengok kartun. Apa ekk katun pagi tadi? Ermmm..mr bean..adalah satu dua lagi. Selesai je melibat baju yang setimbun tu aku mintak Mujahid urutkan bahu fatin lak urut tapak kaki..Takde lah best mana geli adalah..hhehehehe
"Siapa nak pahala?"
"Abang nakkk.."
"Akak pun nak bu.."
Aku sengeh. "Kalau camtu abang urutkan bahu ibu kakak urut tapak kaki ibu ekk..penatlah ibu dari tadi duduk melipat baju. Sekejap lagi nak masak pulak!"
Fatin tu nak kata boleh harap sangat takde lah..jari dia yang halus bikin geli tapak kaki adalah. Buts..dia ada masa quite penyabar. Mujahid tak sampai 5 minit dah selesai. Hari ni takde plan ke mana-mana. Betul-betul nak rehat. Maybe tenaga memang ngam2 untuk seminggu so ahad lesu sangat-sangat. nak cas kejap lagi..heheheehe
Lepas bagi anak-anak makan aku ngadap fail ProTim yang dipinjamkan oleh Sal. Start mencongak..bila aku nak start buat ABM? Fikir-fikir tak adil juga sistem pendidikan kita ni. Budak-budak yang tak menguasai pembelajaran biasa diasing dan diajar dengan silibus lain yang lebih basic tapi bila ujian diorang kena jawap soalan yang sama dengan budak-budak normal. Dinilai sama dengan dorang. nanti2 aku ceritalah. Aku pun blurr lagi. Mungkin lepas tenaga seminggu aku ni dicas aku akan ada ide camne nak ajar dorang ikut silibus yang ditetapkan tu tanpa perlu melupakan kemahiran yang biasa. mesti boleh punya..dorang kan selalu kata aku kreatif..Nurul Izzah anak kak Noridah kan kata aku ni cikgu pakar..hehehehe...Aminn..semoga Allah terangkan hati aku bimbing anak-anak yang lemah ni. Atless keterlewatan mereka tu takkan buat mereka terus tenggelam.
Sesuatu yang mengerikan telah terjadi sebaik selesai solat Zohor. Badan benar-benar lesu dan tak bermaya. Tiba-tiba dunia aku jadi gelap gelita. Sunyi sepi dan aku benar-benar tak menyedari apa-apa yang berlaku disekitarku. Hilang suara anak-anak..hilang suara alam...
Ohhhh...rupanya aku telah mengecas tenagaku...hehehehe..dah macam bateri energiser lakk! Seyes weiiiii..penat gilerrrrrr

Friday, February 20, 2009

Harga Sebuah Persahabatan


Ini office baru aku...!

Bosan giler bila hari Sabtu ni. pagi ngadap kerja-kerja rumah dah selesai semua mula lahhh aku menyengal kejap. malam tadi chat dengan iepah sampai pukul 12 lebih. lepas tu sambil tengok sambungan 'Romeo Must Die' ber'sms' dengan isin. Fuhh...bosannyerrr..

lastly aku sambung jahit langsir kelas. Dah start duduk kat belakang kelas tu nampaknya kena la buat sesuatu supaya hati lekat nak duduk sana. Kain ada lebih aku buat alas meja ngan runner sekali. Ada semeter dua lagi tapi mcm nak buat benda lain pulak.
Hmm..sebelum lari dari tajuk..aku nak tulis tentang 'persahabatan' bunyinya simple tapi pengertiannyer...sendiri tanya diri ekkk..ni pandangan aku jek. kalau tak setuju bak kata Ally iskandar.."pedulik hapeerrr akuuu" hehehehe

Aku kenal some1..lama dah. katalah dalam 11 tahun. Dah boleh ke kita panggil sahabat? Sahabat tu apa? Of coz la sahabat tu some1 yang ada di sisi kita tanpa syarat. maknanya siapa kita..keadaan kita..semua tu dia tak pandang. Aku suka amik ucapan Jonaidi (ular.member dari jiwang.la) 'friend..doesn't judge each other'. Dia ada dcc saat susah dan senang. Ikut sama menangis dan sudi ketawa. Bukan sekadar huhahuha je. Dia mendoakan kita sekalipun terkadang sebagai sahabatnya kita lupa tentang dirinya. Dia sudi menghulurkan tangan saat kita jatuh bukannya bila kita jatuh lagiiiii dia teringin nak membenamkan kita hehehe..ni banyak kes ni. Sahabat kenal kita dari mata..perasaan..dan hatinya sendiri bukan melalui penilaian orang lain.

Sahabat bukan hanya seperti isi dan kuku kerana sedekat mana dia, mereka tetap terpisah. Sahabat umpama jiwa kita. Bila sahabat kesusahan..kita turut merana kerananya. Bila melihat dia menangis, kita turut merintih..untuk itu..siapa sahabat kita? Biarpun dia beribu batu jauhnya namun kita turut merasa suka dukanya. Kita tidak perlu bertahun-tahun untuk mengiktiraf dia sebagai sahabat kita kerana jika memang dia layak untuk dinobatkan seumpama itu..dia hanya perlu hadir untuk sesaat! Hmm..melampau tuuuu

Adik-adikku...tak terjawab sebenarnya bila kalian bertanya.."Kak..tak mendatangkan maknakah pada dia selama bertahun-tahun ni? Mengapa begitu cepat dia berubah seolah-olah semua yang kita dah lalui selama ni tak memberikan apa-apa?" Entahlahh..kerana semua tu jawapannya hanya ada pada dia. Kita salah mentafsir...salah memberi harga...lagi satu dik...moh laaa lepak ngan akak kat belakang kelas tuuu...hehehehe..dok sebumbung ngan orang yang sakit ati bahye..runtuh bumbung tu kang...masuk metro kita..hahahahaha!!!

p/s: suri..tang melaka..blog aku dah ada lam list blog dia! Aku makin berhati-hati dalam mencari sahabat sebab...aku hanya percaya satu...AKU

Thursday, February 19, 2009

Sambal Udang....

Lepas tengok citer Assalamualaikum Cinta..sambung lak dengan Spa Q..ahak! Ketagih juga tengok citer kat tv rupanya..sedar tak sedar dah pukul 7 lebih. Macam kaum ibu yang lain..kena pikir apa nak bg anak-anak makan malam ni. keluarkan udang dari peti sejuk.
"Ibu nak masak apa malam ni bu?" tanya Fatin.
"Kita masak sambal udanglah!"
"Ada kelapa ke?"
Macam tau-tau je dia masalah aku tiap kali nak masak sambal ni..hehehe.."Kita masak sambal udang yang tak payah pakai santan tu lah.."
"Ohhh..macam sambal nasik lemak tu ekk..sedap! Sedap!"
Ermmm..kalau bukan anak sendiri yang puji..siapa lagi..ahaks
"Kakak tolong ibu cuci pinggan ekk..ibu bersihkan udang. Jangan guna air sabun banyak sangat."
Senang nak minta tolong dengan Fatin. Cuma kena sabar sebab dia ni buat kerja slow sangat-sangat. Mak kata macam aku dulu laaa..mak kata lembap! mak salah perkataan tu..bukan lembap tapi lemah lembut..hehehehe
Lepas maghrib mula operasi. Bersihkan kulit udang..buang line kat belakang dia dan layan ym kejap
"Dear..u masak apa?"
"Sambal udang,"
"Sedap tu..pos sini lah..lama tak makan masakan Malaysia,"
Aku gelak.."Dah nak sangat kutip emas..takkan nak lagi makan sambal cikai-cikai!"
"Ibu...sambal ibu dah masak!"
"Siapa tu dear?"
"My daughter, Fatin.."
"Ohhh..my future daughter. " Dia gelak mengekek-ngekek. kalau tak mengusik aku bukan cik Azli namanya. Sejak di kampus dulu lagi. Ada aje yang dia nak kenakan aku.
"So..apa cerita u kat skolah?"
Aku ceritakan mana yang patut-patut termasuk apa yang aku dapat tahu tadi.
"So she expect u macam mana? Dia tak percaya bahasa-bahasa dalam blog tu dtg dari u ye?"
"Agaknya.."
"Dia ingat u malaikat ke? Just ignore her..macam u bagitau i dulu..nak jadi blogger kena faham sepak terajangnya. Dia jadi juga print page u tu?"
"jadi."
"mana u tau?"
"Yang baca bahan tu salah sorang kawan i laa.."
"u saman laa..tu page u. Apa hak dia nak print page u? Copyright..bayar royalti laa...hahaha"
Kena tanya Cik hariz tu..dia expert benda-benda ni. lawyer..dia mesti tau.
"lindungi hak u dear..jangan biar orang-orang macam tu perlekeh u. I cukup benci orang yang suka tikam orang lain,"
"But she's.."
"No laaa...kalau dia kawan u..dia xkan buat semua tu."
Diam...
"U tau apa kelemahan u tak Nor?"
"Tak..."
"u cepat sangat percayakan orang. zaman ni jangan percaya orang tau..orang sekarang baik just nak gunakan u saja. U tak percaya tengoklah nanti. kawan u tu akan dtg berbaik dengan u, then she will ask u for something..then dia akan buat u macam ni semula..tengok laaa!"
Adeiii..dia ni banyak pulak cakapnyerr.
"Nak makan!"
"Ok..ok..give me 5 minutes!"
"Huh? What for?"
"U ajak i makan...hahahha"
Aku ikut gelak juga.
"Dear..."
"Sir?"
"Pergilah makan..masuk angin pulak nanti. U sakit susah i kat sini! hahahaha.."
Hekelerrrr..tapi thanks for ur concern.

Alamakkkkkkk! lauk dah masak tapi piuk nasik lupa petikkkkk...cisssss!
malam ni anak-anak makan lauk sambal udang. Separuh lagi simpankan untuk adik-adik aku kat sekolah. dah banyak kali dorang sebut-sebut. Ada rezki buatkan rendang daging untuk diorang tapi dengan keadaan aku yang macam ni..paham-paham je laa ye dikk!

Ohh..lagi satu..bisness kampungan aku dah on semula. Insyaallah weekend ni nak pi hantar kuih-kuih tu..salah sorang customer aku noreez laaa...aku suruh dia jadi dealer..sekali dia beli untuk makan sendiri je..adessss...tudung-tudung tu pun dah banyak yang terjual. Alhamdulillah.. Rezki anak-anak..kalo jadi apa-apa kat aku ada bekal sikit untuk diorang tu. Insyaallah...

Bila aku melihat senyumnya..

Balik dari sekolah..aku dengan anak-anak ke KELUARGAKU..nak carikan diorang uniform pengakap dan PBSM. Dengan panas dan rimas ari ni, aku ikutkan jugak. yelah lambat laun aku kena belikan jugak. Tanggungjawab aku adakan apa yg dorang perlukan. Arghhh..tayar kete kuuu..ko sabor2 dulu ekkk..bg tuan ko ni belikan baju anak-anak dia dulu..sok2 aku ganti tayar ko lakk

So..round punya round takde yg sesaiz untuk anak-anak aku tu. Nak gi Bee Loon, jauh lak.
"Kita pegi sabtu boleh bang?"
"Bolehhh..."
Mujahid pun tak membantah apa-apa sebab memang baju yang di 'test' tadi besar. Alhamdulillah..anak-anak faham.
waktu keluar dari tempat parking tu berlaku sesuatu yang betul-betul menggelikan hati..hahahaha..mula-mula aku tak perasan.
"Bu..tengok laaa.."
"Apa?"
"Tu..."
"Mana?"
"kete sebelah kita bu.."
hahahaha..berderai ketawa kami. dalam kete kenari hitam tu driver dia beriya-iya korek idung. Dia sikit tak perasankan anak-anak aku yang mengekek-ngekek ketawa. fatin yang duduk di belakang sambil baring-baring ketawa. memang dahsyat.
"Dia sungguh-sungguh bu..banyak sangat ke ekk?"
"Hish..dah laaa..eiii"
hahahahaha
Kbetulan dengan kereta yang banyak jalan jam jugak laa..so mula laa cerita-cerita yang menggamit ketawa kami anak beranak.
"Ibu tau masa kem jati diri kann..kan kem komandan suruh kami buat flying fox..hahaha!"
"Ko citer la dulu kakk..ni ketawa sorang-sorang!"
Aku gelak je. yang pastinya Mujahid jeles tu..akak dia gi kem jati diri tahun lepas tapi dia kena kem jati diri kat rumah..hehehe
"Tu laa masa buat flying fox tu..kawan akak kann..hahahaha..siap kentut2 bu masa turun tu..hahahaha"
"Akak buat jugak ke?" tanya aku. Aku percaya Fatin akan buat sebab dia ni tak padan badan yang keding tu..dia berani buat. Masa wall climbing kat ayer keroh pun dia la yang mula dulu baru Mujahid.
"Akak buat..best buuu.."
"Mana ko tau..kawan ko terkentut2 masa flying fox tu kak?"
"Dia citer laaaa.."
hahahahaha..kalo orang kat luar nampak kitorang ketawa dalam kete mesti kata giler..
"lepas tu kan bu..masa maghrib kitorang kan solat jemaah. Masa tengah rukuk tu kann..hahahaha...saf depan tu kann akak dengar..puttttttttt..hahahaha..tapi akak relek je.."
Hahahahaha
"Lepas bagi salam akak tengok kawan akak muka dia merah..akak tanya naper..dia kata dia tak tahan bau kentut tu..kihkihkih..rupanya orang yang kentut tu depan dia..hahahaha!"
Lama tak gelak macam ni dan terasa macam bersih paru-paru dibuatnya..meriah kete masa tu.
"Dulu kannn..masa ibu muda-muda. Masa tu tarawih kat surau putih kat kg uwan tu. kan orang tua suka kentut kuat-kuat..mcm uwan sekarang ni.."
"kenapa uwan kentut kuat bu?"
"Angin bang..dah tua-tua macam tu laa,"
"Abang tak nak laa ibu tua..hahaha"
"hahaha..takkk..ibu abang ni tak sempat tua punyaa..."
"lepas tu bu?"
"Masa solat tu laaa..waktu sujud kann ada laa makcik yang kentut..kuat! lepas tu kawan ibu kat sebelah..kihkihkih..ibu tahan je dulu. lama-lama Acik Manis pun gelak..ibu cool je..tapi bila masing-masing badan siap goyang-goyang terus tak jadi solat tu..hahahaha"
Sepanjang jalan cuma citer pasal kentut tu..hahahaha

rasa aman..terngiang-ngiang ketawa anak-anak. meskipun ceritanya hanya tentang sesuatu tentang 'angin'. Aku harap esok..lusa dan selama-lamanya aku akan terus menikmati keindahan suasana tu. Aku harap akan terus melihat senyum di bibir mereka..biarlah..agar aku mampu menutup duka yang ada di hati ini.

Wednesday, February 18, 2009

sengal aku ari ni..

pagi td, terjaga awal..bangun terus mandi. Awal lagi baru pukul 4 so..hehehe...sembahyang isyak! Jahat ekk aku ni suka tangguh-tangguh..kalo mati jawabnya hutanggggg! tp hutang ni seksa nak melangsaikannyer
Lepas solat subuh..nak bersiap tetiba sengal aku datang..lain baju aku gosok malam tadi lain pulak baju yang aku capai. Ari ni nak pakai baju kaler merah lah..dengan kain songket belah depan sekali ngan tudung merah putih..wakakaka..kalo trafik light problem kira aku boleh ganti laaa.
Takde apa yang best kat kelas hari ni..semua ok jek..cuba elakkan apa-apa yang boleh menyakitkan hati.
"Kak..jom la duduk semula kat bilik guru," pujuk Lyn...
"Tak nak laaa..akak dah aman duduk kat belakang tu,"
"Boring la kak.."
"Ustazah baru tu kan ada..hehehehe"
Then..takde sebab kenapa aku nak angkut balik barang-barang aku ke bilik guru tu. Kita mencari keselesaan dan aku rasa tak salah kalau aku rasa dah duduk selesa kat kelas. Kalau ada yang marah pun cuma dengan Kak Iza atau Kak Hidayati. Dua-dua aku yakin kalau ada yang tak puas hati dorang akan sound direct je..alaaa..koman-koman kalo dorang ada hal masuk lewat sikit aku ada kat kelas. Aku pun bukan boleh lepak lama mana pun kat kelas tu..15 minit awal pagi dan sejam sebelum 11.15. Itu pun kalau aku takde keje kat bilik seni.

Huarghhh..macam nak tido awal je malam ni..lama tak cf kat ym dengor lizz nyanyi. Lama jugak aku tak dengar teten nyanyi lagu 'ruang rindu'. Sore dia sedap oo..macam kena je ngan lagu-lagu yang bese dia nyanyi tu. Ntah naper lama aku tak nampak ym dia menyala..sibuk kot..mana tau malam-malam ni dah penat sebab siang kena jaga sawit dia..hehehe..ke dia sibuk melipat jaring..maklum lahh bekas pemain takraw sabah..cayalahhh..kawan-kawan aku ni memang dahsyat-dahsyat sumer dari artis yang lebih glamor dari artis sampailah ahli sukan negara..majulah sukan Pitas...hehehe

Sebut pitas...adeiiii..rindunya dengan suasana kat sana. Aku rindu sama mami, bap, jira, nine, ten, iepah..tatat..mak tua, makcik (isteri arwah pakcik pamusu)..mel, dadie, sumer2 laaa...aku rindu dengan kehidupan kat sana. Aku rindu lautnya..dataran blintang yang pasirnya halus putih..dengan tapak sulaimannyer. Aku rindu matahari paginya yang aku boleh tengok seawal pagi.

Apa pun aku rindu Pitas....rindu segala yang jadi sebahagian darinya...

Tuesday, February 17, 2009

aku yg xde citer..hehehe

Ari ni..ermmm..ada banyak nak citer tapi aku belum rasa nak citer lagi. Tak kuasa aku nak layan semua benda-benda sengal tu. Jadual harian aku ari ni macam biasa..belah petang lepak kat padang skolah ngajor bola jaring..alahaiiii..meraban budak-budak aku tu main..tapi takleh salah sesapa sebab padang xde line. hehehehe so pakai skala mata jek..sesuka ati aku jekk nak meng'out' kan bola. balik dah pukul 6 lebih lepas antor Iman anak kak Mala balik. hari ni ramai jugak lah tapi still xleh nak buat 2 team. Nik dengan Nurina takde..katanya tuisyen..takpe banyak masa lagi. Jadiknya kitorang main separuh padang jek.

Apa lagi ekkk..ooo..aku bawak budak-budak makan kat d'cherry ari ni..pasal malas nak masak. Penat ooo...sambil tunggu hidangan tu terpandang satu pemandangan yang tak berapa best. Aku tengok tayar kete aku tu dah seksi lak..botak laaa..munge dah abis. Duit tuuu..

lagi satu..ada sesuatu yg aku dapat petang tadi dan walaupun cuma 2 perkataan pendek...Alhamdulillah..terima kasih banyak-banyak. Tak harap pun..dan tak menjangkakan aku akan dapat 2 perkataan tu. Menitik jugak airmata setelah sekian lama..apa pun terima kasih..Alhamdulillah.

Dah..memang xde citer lansung ari ni. nak lepak kat blog bestfriend2 aku..

Sunday, February 15, 2009

Award...dari lizz


Tetiba masa skodeng blog lizz..aku ternampak nama aku..huaaaa..lizz nak bagi award arrr..selama ni aku ada nampak orang len bagi award tapi xsangka lak aku kena pi amik sendiri..hahahaha...macam amik surat daftar kat pos opis jek..

Tengok award tu mesti sheriff Lobo lam citer koboi lama-lama jeles...iyer arrr dia punya batch ada 5 gigi jek..sekali lizz bagi aku satu tu ada 20...2 lak tu..siap leh buat brooch lagi..ahaks..tenkiu lizz...

memandangkan aku dah ada award ni..ari ni aku nak jadik lone ranger lakkk...kihkihkih

'Nor' satu kenangan yang tertinggal.

Tak keje...cuti. Naper..ada la hal yang di hal-hal kan. Apa orang fikir? aku boleh kawal ke..?? so sekarang ni nak tulis apa kat blog ni pun aku kena hati-hati. Bahse pun aku kena kawal...kena tapis-tapis takut terlepas lagi bahse-bahse sopan aku tu...one thing..aku manusia..yang solat ikut time frame pun ada rasa tu mustahil aku tak..

Biasa agaknya..kuih yang dibuat tak ikut acuan. Tak pelikkan? Then apa aku nak hairan kalau apa yang aku tulis kat sini dorang tafsirkan lain. Ada yang suruh aku jumpa 'kakak' tu..declair for everythings tapi apa salah aku? Bukankah aku bebas nak tulis apa dalam blog aku macam dia jugak then kalau aku tulis S dan dia nampak Z..aku warnakan jingga orang lain nampak merah...should i feel sorry to them?

"Dear..."
"Sir..."
"Awal you on9...ada apa-apa ke?"
Diam
"Nak story apa-apa pada I?"
"Come back..and i'll tell u "
Diam
"Tak nak balik sini ke?"
"Why should i? kalau u maksudkan hujan tu..tak cukup kuat untuk buat i balik. "
"Dont u miss everythings here?"
Mengeluh
"Ur kg, our poly..Teluk kemang.."
"Don't forget to state my bengkel bata also!"
Hahahaha.."ya..ya...ur bengkel bata"
"Not mine..but ours..hahahaha!"
Aku senyum sendiri..yelah aku sorang kat sini gelak kuat-kuat apa orang kata.
"U know Nor...the first day i saw u with the mop..dengan lagu 'hati' tu..hahahaha"
"What so funny?"
"U sanggup untuk selamatkan kawan-kawan you..malu tak Nor?"
"Malu laaa..rasa macam nak tepuk je mop tu ke muka abang Ozon masa tu,"
"Itu kenangan..masa tu I nampak u mcm budak kg yg know nothing..untill u masuk bengkel i. Admire u...ermmm..sweet!"
"Apa?"
"Masa tangan kena hempap bata tu..hahahaha..girl..u berkerut tahan sakit..sekarang baru i terfikir kenapa bukan i yang sapu airmata u..u lap sendiri!"
Kenapa pagi ni Encik Azli jadi sengal sangat-sangat?
"Sir..!"
"hehehe..u nak tanya i dah makan ubat ke belum ye?"
Senyum
"Gurau aje Nor...semuanya dalam kepala i. Nor...i cari u bila i balik sana boleh?"
Sign out!!!
Masa dah berlalu cik....kita dah tinggalkan zaman tu hampir 14 tahun lalu. masa yang terlampau panjang untuk saya ingat apa yang pernah dan telah terjadi. Saya pun bukan lagi student cik yang pakai 'tudung labuh' dan baju kurungnya.

Cuma satu yang tak pernah berubah...'Nor' dan aku tetap tak faham..kenapa??

Deep blue sea ..mana indahnya?

Friday, February 13, 2009

Sabtu penuh syahdu....

Tak nak pikir..tak nak pikir...tak nak pikirrrrrr!!!!! dahhh sudahhhh! Tutup kes dan kalo masih ada yang dari tempat keje aku masuk blog aku ni..plezzzzz tolong keluar. Dulu dasar bukak gate yang kali ni aku tak jemput sesapa dari tempat keje aku tu masuk sini. Bunyik macam marah tapi aku tak marah pun. yang dah sudah tu sudah lah. kalo boleh lepas ni start ari isnin semua clear macam biasa. Apa yang terjadi jadikan pengajaran. Kita tak boleh buat semua orang faham..puas ati apa lagi sefahaman dengan kita.

Hari ni walaupun pedih jugak ati ni...aku belajar sesuatu. Apa? Aku sendiri tau sudah lah.

kesimpulannya...tak bermakna insan-insan yang selama ni hampir dengan kita..ketawa sama-sama..kita kenal sebenarnya. Mungkin aku pun tak cukup kenal hati budi orang-orang yang sekeje dgn aku. Itu silap aku..sombong. istilah kawan belum tentu untuk orang yang aku kenal setahun dua...sekali dulu aku memang ada kawan..bertiga dan silap aku juga hanya kerana terkena sekali..hati aku terlalu mahal untuk seorang kawan.Bak kata Encik Haris 'you can't change the world but you can change yourself and hope that those around you would change base on your influence..' memang..aku tak boleh buat segalanya jadi seperti yang aku nak.

"Dear..what happen?'
"Nothing.."
Dia ketawa. Benci aku dengar ketawa dia ni.
"Kat sana pukul berapa ye?"
"2.30 p.m. Why?"
"Kat sini malam...u patut duduk sini. "
"Hujan emas di tempat orang..hujan batu di tempat sendiri..lebih baik.."
"No laa..u kutip emas kat sini then bawa balik jual kat sana..hahahaha"
Perghhh mendidih je aku dengan dia.
"Dear.."
"sir?"
"moody?"
"U think?"
" I dream of u last night. When will i see u?"
"Never!"
"Dah dapat ke?"
"Belum.."
" I cari u nanti tak kira la di mana u transfer..are u sure?"
"I don't know."
"Then go laaa..apa tunggu lagi. Tempat kecik macam tu doesn't belong to u..not enough for a big person like u!"
"Should i?"
"No laaa..makin jauh i takut makin susah i cari u!"
Bengong!!
"U sumpah i ke?"
"Ha'a.."
Dia ketawa. "I nak gi clubbing. late already,"
"okey..nite sir.."
"Nite dear..take care of ur self..the kids also. Big hug from their future daddy..hahahaha"
Hualorrrrr..ke makin sengal dia ni? Tapi itulah kawan aku..bertahun-tahun macam mana ekk rupa dia sekarang ni? Bekas lecture di poly dulu..dah kawen ke dia aku pun tak tau. Macam mana kalau dulu aku on aje kawan dengan dia? Macam ni ke aku sekarang? Ahhh..keje Tuhan..bukan urusan kita.
Saat-saat macam ni aku jadi rindu kat dia walaupun aku cukup benci bila dia mention pasal 'future daddy' tu. Aku nak je tengok muka dia..cakap yang aku nak sangat-sangat kutip emas kat tempat orang tu. Takpe lah..mana tau rezki aku lepas grad nanti. Sementara ni kayuh je mana yang sanggup..
Sir..kalaulah u ada kat sini time ni..apsal tak mahu balik kalau betul u dah kutip emas tu..baliklah jual kat sini..ermmmm..

p/s: nothingggg.....

Isu bodoh 'kerusi meja' - finale

Huikkkkk??? tetiba someone naik angin ari ni kat kantin sekolah. Aku ingat abis dah citer sebab pagi ni aku bangun memang tak nak pikir lagi dah pasal kerusi meja ni.
"U laa..kan I dah ckp tak payah la tulis kat blog u lagi pasal kerusi meja tu,"
"Ehh..apa pasal pulak?"
"U buat dorang kecik hati.."
"Tapi tang mana I buat dorang kecik hati? Bab I dorang sorong sana sini tu tak pulak dorang pikir I kecik hati ke tidak ye?"
"U lain.."
Tension betul kalo bercakap dengan dia sorang ni...
"U jugak yang kata kalo dorang jadi luncai, I jangan jadi labu..ni I xjadi labu lah.."
So balik pada yang naik hangin kat kantin. Aku dengar je kakak ni marah-marah. Lepas tu aku mula fikir..apsal lak akak ni marah kat aku? Bila masa aku usik dia? Apa sebab dia nak marah? pelikkkkk..pelikkkk...susah jugak ni..aku tak menembak tapi peluru sampai dulu..soklannyer..sapa yg tembak sapa? Hehehehe..mesti ada yang tukang cucuk-cucuk ni...ahaks..sendiri ingat laaa.
Dalam pada memang aku takmo pikir benda ni lagi..datang pula citer lain. Rupanyerrrrrr...orang-orang kat belakang tu salahkan kitorang pasal kitorang yang mulakan ubah meja tu. haikkkkk??? So..tugas utama aku malam ni (untung-untung ada orang yang kat belakang tu baca) meh aku citer kann hal sebenorr supaya aku..atau lyn atau ayeen tak disalahkan.

Satu ari ada orang masuk kata tempat kitorang nak kena ubah..kabinet kayu tu nak kena bukak. So bila ari tu nak kena bukak of coz la aku, lyn ngan ayeen kena kemas tempat. Bila bukak kabinet tu keluarlah segala bapak harta pusaka peninggalan nenek moyang kwn-kwn yang terdahulu dan terkini. Jadiknya memang la kena kemas takkan nak dok kat sampah. So soklan yang perlu disidangkan tika dan saat ini..
satu....sapa yang bagi arahan nak bukak kabinet tu? aku kaaaaa???
dua...sapa suruh korang ikut kami kemas kusi meja masing-masing?? ada aku suruhhhh?

aku ngan adik beradik aku yang lain mak ayah tu takde kena mengena tau dengan 'tragedi maut' tu. Kami kemas tempat kami sebagaimana arahan je..yang korang dok usung barang-barang korang sapa suruh? dannnnnnn...kepada individu yang dok hangat mengipas sekarang ni..hang dok bersidai ramai-ramai pikiaq balik..apa kes yang buat 'pulau hanyut' yang korang dok sebut-sebut tu terbentuk..kalo bukan sebab hang lima nam ekoq..pulau bangang tu tak wujud. tau takkkk? hangpa jugak yang dok melenting dulu sebab xmo duduk kat ceruk tu..aku pakat dgn adik beradik lain mak ayah aku tu korban dok sana..kaji sejarah laaaa...
jadiknyaaa..sebelum nak marah..jeling-jeling..dok ngumpat ugut-ugut nak print entry aku ni..jangan memalukan diri sendiri laa. set balik CPU masing-masing arahan siapa???

Dan tukang kipas tu..sudah-sudah laaa...don't make fun laaa...dan paling penting pada yang baling batu belajarlah dah baling jangan dok sorok tangan. Ni depan kami kata lain kat belakang tak sampai sebatu boleh bisik salahkan kitorang lak pada hal awak yg bagi arahan. Jangan tau nak selamatkan diri bila tersepit.Pada yang tau pandang sehala je buka minda tu cuba gerakkan sel-sel otak tu. jangan tau fikir yg depan mata je..pikir disebaliknya. Penat dah kementerian buat kursus KBKK, perabis berjuta tapi kalo gini hasilnya...bukak kilang baja pun bagus!

Esok meeting..ntah jadi ntah tidak dan aku macam biasa laa..aku tak usik idup korang so jangan usik aku. Aku pandai juga marah ni..nak ngan tidak je. One more thing...."hidup jangan makan kawan"

Thursday, February 12, 2009

sesaja buat tak faham lagi..hahahaha

Huarghhh.ngantuk gilerrr...aku baru lepas abis lukis pelan latihan kebakaran (tak main laa kotak-kotak je kakkk oii..apa kess??) Hmm..novel aku 'Titian Perjalanan' Insyaalah akan aku siapkan tak lama lagi. Ok jugak dengan blog ni ekk satu ari semuka lama-lama banyak lah. Tapi malam ni aku bukan nak citer pasal novel aku tu..aku nak smbung pasal siang tadi..hahahaha..banyak jugak citer lam sehari ni ekkk...mesti Sabtu ni waktu meeting akan kuar lah rintihan-rintihan kecewa.. aku ok jekk.. kita kena ikut rentak orang. Aku nak sangat dengar pantun-pantun dari mulut orang yang beriya-iya sakan nak suruh orang lain print entry aku tu wal hal yang paling lawaknya 'dia' takde kena mengena lansung pun dalam kes usung kusi meja. Perghhh depan kita 'alih laa meja korang ni..akak dah tak tahan dengar citer pasal korang!!!' Pirahhh mabukk..tak tahan dengor ke sebenornya atau ko yang tak tahan nak citer pasal kitorang kak oii?? benda-benda ni sumer ko yang mula la kak..jangan nak tuing-tuing jari ke orang lain. Ko macam orang tak kenal..tapi aku ok jekk..wakakaka..susah jugak jadik orang cam aku ni. Tak usik orang pun orang nakkkk jugak usik kita..kalo aku ni datin ke..orang kaya raya tahap jutawan ke logik jugak nak sakit-sakit ati..apa raaa macam takde mata. Cungkil laa derma lagi baik!! perghhh..kuang ajar la dah pulakk tuuu..ampunnnn.
Sebenornya kan kawan-kawan blogger ku...aku pelik laaa..camner ye rasa jeles tu? Dah tu kalo yang memanaskan suasana adalah orang yg kita selalu bawak gurau. Apa ekk ada kat hati dorang? Lain la kalo orang yg di sakitkan ati tu selalu pedajal dia depan belakang. Ni aku bukan penah usik dia pun. Rata-rata semua macam tu laa..aku bukan bercampur rapat sangat..gitu-gitu je.
Aku tak lerr malaikat. Ada jugak rasa marah..menyampah tapi takde laa sampai terasa nak kacau piuk nasik dia kena lak kalo dia tu kawan-kawan kita. Nak kata ada lebihnya aku ni..apa yang aku ada? ada ke? Dia pun kenkadang ada jugak benda yang aku tak puas ati terutama bila dia suka nau besar-besarkan citer tapi takde lak aku terniat sampai kat belakang dia nak di isukan lebih-lebih. Apa dan camner ekk hati dia tu? Mungkin dia ni takde kawan kot..yelah kalo kita suka tikam orang tang belakang sapa nak berkawan ngan kita? Buruk-burukkan kawan macam laa kita ni 'perfect' sangat...kan teruk bunyiknya tu...tapi aku nak tau jugakk..unik jugak ati manusia ni..ahh lantak lah..bukan aku mintak makan dengan dia pun.
Malam ni web counter aku naik lagi..ahaks..dah agak dahhh. camner lak esok agaknya?? waktu aku sampai sekolah mungkin sewaktu aku lalu kat bilik guru tu suasana akan jadi hening seketika..maklum lahhh kang cakap kuat-kuat aku tulis dialog dorang lam blog ni (memang punnn) . Pssst..aku kann tunggu jugak kot2 ada sesapa nak sms aku..boleh aku letak kat blog ni siap ngan no tipon dia lagi..hahahaha..mana tauu ada yg nak kenal-kenal..wakakaka..kalo nak rasa laa betapa bertuahnya punya kawan-kawan seperfect kawan-kawan yang aku ada selama ni...siot jek ayat (ni aku belajor masa mula-mula aku sampai kat melaka ni.)
Entah lah..cakap pun tak guna bak kata tutor aku..biarlah luncai terjun dengan labu-labunya tapi rugi arr pasal labu tu kalo gulai lemak putih lepas tu goreng ikan masin dan regukan dengan sambal ikan bilis ..perghhh..sodapppp.
Lastly pasal aku ngantuk sangat-sangat...dah malas aku nak layan benda-benda ni tak jadi kerja. makin banyak pulak yang aku nak tahu. Suka hati laa...aku pun bukan kacau idup orang dan harap orang pun tak kacau idup aku. Kalo setakad dek aku kata kedudukan meja aku tu hampehh korang nak terasa...dah memang betul pun hampehh takkan aku nak kata strategik lakk..aku tak pandai muka-muka ni. Kalo sebab aku kondem pasal locker kayu tu, sendiri bila baring kasi pikir...betul ke tak aku kata keje tu sia-sia. locker rosak..lantai tempat locker tu tinggi rendah dan nak kena letak simen pulak lepas ni..ni nak korban locker belakang pulak walhal korang mintak je tukang kayu tu buat rak adjust elok-elok atas locker yang lama. Dia tukang..nak duit tau la dia nak buat mcm mana. Nak dapat bukan senang tapi nak menghancurkan sekejap jekk..ikut korang laa..cuma satu..toksah kacau idup aku laa bukan ada pekdah punnn...
Betul laa bila ada orang kata ari tu..bila sekolah ni dah takde rohnya...

p/s: Luncai terjun dengan labu-labunya..sukati ko lahh luncai..pedulik hapa akuuuu

Aku faham tapi buat-buat macam tak faham jekkk..

lawak bodoh..lawak bangang dan sekamus dengannya. Nak gelak sangat-sangat tapi kalau gelak aku bimbang ditahan under ISA lak..hahahaha...adeiii..saborrr..saborrrr...
menjelang tengah malam ni mesti blog aku ni beratus-ratus yang dtg menjengah. maklum lah citer hangat time ni. Ok jugak tu..masukkk..bukan luak pun gula lam balang umah aku tu. wakakaka..bongok betul laaaa
Sebenor pagi-pagi lagi aku dah kena sound dah tapi perut lapor punya pasal aku buat tak tau jek. Ahhh..tak kuasa nak layan..anjing kalo menyalak takkan kita nak menyalak sama..apa kes??? Buat tak dengar jek. lantak laaa..tapi aku nak citer pasal 'makhluk' yang satu ni. lama aku kenal dia..memang takde keje lain makhluk ni meyalakkkk aje. Tak tau laa bila dia nak berenti mungkin bila dia dah tertelan tonsil dia sendiri satu ari nanti kot! hahahaha..ahh..mana best kalo terus klimaks ekk..kena tang mula laaa
Isu alih meja aku ingat abis dah sebab tempat aku ngan kawan-kawan 'baik' dah dialihkan seperti mahunya.tetibaaaa....
"Akak..jom laaa.."
"ke mana?"
"Ada laa...jom laaa.."
Aku ikut jek. Maka aku taulah ceritanya Rupanya entry aku semalam jadik isu. sakit ati la kot bila aku tulis dalam blog apa aku rasa. paling lawak dalam ramai-ramai tu terpacul la satu idea..hahahaha..nak print entry aku tu...mula la aku nak gelak ada..nak segala-galanya laa..nak print tuuu..alahaiii kawan-kawan blogger akuuu..kalo aku kena tahan di bawah akta ISA korang datang laaa tengok aku ekk..bawak epal merah ekk..hijau takmo..masam! Aku nak anggur yang takde biji tu..lepas tu aku nak pulut panggang..otak-otak..dan pesan ngan akak kantin sekolah aku tu teh tarik kurang harga satu..wakakaka..ohhh lupa..lyn ko antor kan akak cheese tart..duit akak bayor laa lepas kuar tang lock up!..Ina..cam bese laa akak order buah salak ekk..yang ada kaler pink tu..hahahahaha..sapa punya idea laaa tu..sengal..(kira dah okeh laa kang aku kata idea tu bangang..tambah satu lagi tuduhan lak)
Dah..dah..seyessss...(tahan gelak)

Idea bodoh tu aku tau la tang sapa...tak cukup belajor agaknya dorang ni. Ni blog personal la bodohhhh...(abis sabar..wakakaka) aku nak tulis apa..aku punya pasal laaa..bukan aku kacau ngko punn. lagipun sudah-sudah laa jadi talam 2 muka ni..toksah buat lawak laa. kau pernah baik ngan aku dan meh aku bagitau kenapa aku rasa kesian sangat ngan ko ari neh..pertama..cuba ko tengok keliling ko..meh bagitau aku ni sapa kawan-kawan baik ko? Ada? Esok ko buat banci laa sapa yg boleh angkat tangan untuk jadik kawan baik ngko. Aku jamin usahkan angkat tangan kuitkan jari pun dorang akan pikir sepuluh kali..seblum tu aku gelak dulu ekkk..hahahahaha..Kalau kawan baik pun ko sapu jugak..sendiri tengok cermin la kak oiiiiii....berhenti laaa dari buat isu-isu ni. Makin ko selak buruk orang makin orang tau kkau sapa. So..first step..berhenti laa menyelak..sebab yang sedang ko selak tu kain ko sendiri....sudah-sudah lahhh menyalakkk kak oiiiii. Dah boleh laa ko buat undi sms kak..

Oh..aku nak gi tengok citer endon ni..tapi xmo terlepas satu lagi...my dear akak yang paling aku hormat..mula-mula dengar aku memang tak nak percaya. Tak percaya sebab statement tu datang dari mulut ko kak..kalau iye pun ko kurengggg berkenan dengan kitorang apa lah salahnya ko diam je kak tadi..aku frust jugak tengok camne kecewanya adik-adik kita dengan ngko tapi yelah..ari ni..ko dah amik rasa pecaya dorang kat ko

Adik-adik aku yang lain mak ngan ayah..tak yah laa bazir-bazir airmata. Tu lah manusia...tu lah kawan-kawan..yang dah korang bagi kat dorang yang 'baik-baik lagi sempurna zahir dan batin' tu kasi halal jek..ahh..kasi senang laa..lantak dorang laa bukan kita mintak dorang bg kita makan pun..bukan kita usik dorang pun. Kita boleh kesian jek kat dorang tu sebab...'sempurna ya amattttttttt'

dah..aku nak tengok tv neh..malam kang aku sambung. jangan lupa tauuu 'makhluk-makhluk sempurna zahir dan batinnya'..malam ni aku update lagi blog aku ni. Maklum laa sabtu kan meeting mesti banyak isu nak sentuh. Lagi satu..kalo ko rasa nak email ke sapa-sapa supaya tahan aku ni jgn lupa antor helikopter..dan lagi satu parking kena kosong pasal heli nak landing. kang calar lak kete ko. Buatkan sekali pangkah tempat heli tu landing. Bior tepat. Takyah karpet merah ekk..pasal aku tak giler glamerrr...

Benti laa buat kecoh..kat palestin dah tentu laa huru hara dek israelnyaaa..israel dah cukup dah kat sana..takkan nak biakkan perangai dorang kat sini lakkkk..(mengucap panjang)

ya Allah...jangan laa Kau jadikan aku macam 'dia' ni. takpe lah aku tak lawa..tak kaya mana..asal aku tak carik keburukkan kawan-kawan aku yang sekarang ni dah tak serupa kawan. Aminnnn

p/s: sendiri kasi ingat laaa

Saturday, February 7, 2009

isin buat lawak pagi ahad

Lepas solat subuh aku masak nasik lemak ngan sambal macam hari-hari ahad yang biasa. lepas tu tarik selimut semula. pagi-pagi ni bergulung dalam selimut di alas dengan tilam kekabu biru (hadiah birthday dari seseorang yang sangat jauh) membuatkan pagi aku ni rasa sengal semacam je. hehehehe...dah tu dilayan pula dengan secawan nescafe+kacip fatimah+kolagen (ikut isi kandungan kat plastik nescafe tu laa) yang panas..uii susah nak bayangkan. kat luar sejak malam tadi lagi angin kuat.
dekat-dekat pukul 9 tetiba nset aku bunyik...04425....sapa lak ni? aku biarkan je dulu sambil dalam kepala fikir kalau o4 tu kat mana ekkk...sekali dia bunyi lagi..
"hello.."
Dia bagi salam..aku jawab.."sapa ni?"
"Boleh cakap dengan eja?"
"Errr..sapa ni?"
Dia tanya khabar pasal anak-anak..adeiii dengan loghat kedah dia yang tak berapa pekat lagi dah tu aku mula berdebar sebab baru sat tadi fikiran aku sempat menerawang tentang 'dia'. mati aku macam ni...
"Saya madu awak."
??????????
"Ja..aku laaa isin.."
Perghhhhh ni betul lawak stuntman ni. bagai nak pecah paru-paru aku dibuatnya.mana tidak buatnya betul-betul 'orang' tu telefon apa aku nak jawab? aku tak salahhhhh..bukan aku yang mulaaaa....
Isin telefon pasal dia nak tanya apsal aku tak update blog aku ni. Aku pun perasan tu dan bukan dia sorang je tanya apsal aku tak update selepas aku tulis entry 'selamat tinggal' seminggu yang lepas. Yang sebenar-benarnya aku memang nak ucapkan selamat tinggal pun. Blog ni aku nak tutup. nak bukak blog baru.

Dulu blog ni aku rasa macam penyambung nyawa aku. Tempat aku bernafas bila aku boleh tulis apa aje yang aku rasa. sedih, gembira, marah tapi kebelakangan ni aku rasa semua tu macam dah diambil dari aku. Semuanya bermula 6 januari 2009, saat aku terima sms pukul 1 pagi tu. Sms yang buat pertama kalinya aku rasa jadi perempuan yang paling bodoh dalam dunia. Bayangkan...aku terjaga hanya kerana sebuah sms. Bukan membuatkan aku senyum dan sambung semula tidur aku tapi terus buat hidup aku sengsara sampai lah ke hari ini. Sms yang menjadikan aku semakin alergik dengan 'makhluk' yang satu tu. 2 minggu 'dia' buat aku tertunggu dan dengan takde rasa bersalah (kot iye pun bagi laa aku tidur smpai pagi dulu) 'dia' kirim untuk ending macam tu aje. Perghhhh...tahun baru akuuuu....

Sejak tu aku belajar jugak la cuba melupakan tapi payah sangat-sangat. kalau seblum ni 'dia' suruh aku buat solat istiharah..mintak aku wish dia dalam hidup aku tapi sejak detik tu aku buat solat tahjud mintak Allah bantu aku lupakan semua-semua sekali. Kalau boleh tutup terus hati aku dari 'makhluk' tu. kalau nak terbuka pun tunggulah sampai aku jumpa 'makhluk' yang betul-betul sayangkan aku. Apa pun dalam marah kecewa aku..sesekali aku baca juga kandungan ym antara aku dan 'dia' pada 15/11/2008 pukul 3 petang tu(complete! takde satu perenggan pun tertinggal!!!) malah semua sms-sms 'dia' dari 17 November tu sampai laa ke sms dia 22 januari lepas. Kenkadang kita perlukan kesakitan untuk mengubati kesakitan yang kita tanggung.
Nantilah....bila blog baru aku tu nanti dah siap..aku send lerr ke engkorang ekkk.

Buat kamu yang pernah memanggil ku 'my dear..Nor'
kau bukan air hujan,
yang mampu membasahi lembah hatiku yang telah kering cintanya
kau bukan matahari
yang mampu menerangi hari-hari gelapku
kau bukan segala-galanya sekalipun aku pernah menyangka
kau adalah penyelamat yang datang saat aku sengsara
benarlah..kau bukan sesiapa