Friday, January 30, 2009

Selamat Tinggal

Kiranya..
ini catatan terakhirku masih belum dapat kuluahkan segala cerita tentang hidup, masih belum dapat kulukiskan setiap wajah-wajah yang ada di hati..masih belum dapat ku khabarkan setiap inci rasa yang ada di hati..hanya satu..aku sayang kamu

Siapa pun jua kalian di luar sana..tidak punya kesempatan untuk bertemu..mengenali namun meskipun aku benci untuk mengucapkannya..maaf.dan selamat tinggal.

rasa itu mengasak kebelakangan ini minta dituturkan biarpun aku cuba menzahirkannya namun setiap kali aku cuba..perkataan itu tersekat di kerongkongan. Entah apa yang menanti ku sehingga sebegini sakit sebenarnya rasa yang ada. Kiranya pemergianku kali ini menjanjikan aku untuk tidak kembali lagi..maaf ku pohon dan andai ada belas ehsan di hati kalian doakan aku. barangkali kesakitan ini cuma terbit dari rasa hati seorang ibu..seorang insan yang dihimpit kesepian..namun sehingga ke akhir nafasku..aku hanya mencari bahagia.

Buat kalian yang pernah kuguris hati dan perasaannya, sejuta rasa kesal kiranya kebaikkan kalian tercalar dengan kekhilafanku. Kiranya kebaikkan kalian tercalar oleh kesilapan dan salah pertimbanganku..maaf!

Kiranya esok aku tidak kembali lagi...kiranya hari ini adalah yang terakhir buatku..tiada seindah kata yang dapat aku tuturkan buat kalian hanya satu..aku sayang kamu.

Buat anak-anak yang tika ini jauh dariku...ibu amat merindui kalian..berasa terlalu sepi dan sunyi namun kiranya ini yang terbaik ibu harus relakan. sayang..buat kesekian kalinya..ibu tidak pernah berhenti mencintai anak-anak ibu. Tidak pernah berhenti dari memikirkan diri kalian..tidak pernah sesekali ternoktah rasa bimbang tentang esok dan bekal buat kalian menempuhi jalanan kehidupan yang penuh liku ini. Maaf..kiranya sehingga ke saat ini ibu tidak mampu memberikan segala yang terbaik.

Semoga segalanya dirahmati Allah...selamat tinggal

Hari-hariku Tanpamu

Terasa sunyi..terasa sepi..sepertinya ada sesuatu yang hilang dari sebahagian diriku yang masih berbaki. Terasa nyawaku di awangan..mencari namun berdayakah aku untuk mengambil warna-warna bahagia yang muncul di antara hari-harimu?

Kerana sayang, aku berusaha menjadikan hari-harimu menjadi bermakna, aku berusaha setabah mungkin agar kebahagiaan ini milikmu selamanya. Andai bahagia itu hanya ada di tangan 'dia' dapatkah aku menjadi begitu tega untuk merampasnya? Mampukah aku hanya berdiri di mimbar penuh sunyi ini melafaskan sejuta doa-doaku untuk terus melihat bahagiamu? Keramat dan setulus itukah aku?

i don't know what will happen to me
if he take my kids away from me
they're my life..my soul
my world
Oh God! Please bring back my kids to me...

i don't know what will happen to me
if he take away my childs
they're my beautiful sun..my beautiful moon
Oh God! Please bring back my kids to me...

I don't know what will happen to me
if he take away my kids
they are my breath..my blood..my tomorrow..
Oh God! Please bring back my sweet little kids to me..

Sunday, January 25, 2009

Ingin segalanya ternoktah di sini..

Apa yang terjadi seakan memaksa aku menoktahkan segalanya. cukup sampai di sini..terlalu berat buat seorang aku meneruskan segala-galanya. Siapa menduga bahagia yang kuharapkan dan derita juga yang diberinya buatku..
Sampai di sini...aku teramat berharap..hanya sampai di sini...

Thursday, January 22, 2009

Bahagiamu Deritaku..


Sinopsis cerita itu aku mulakan dengan linangan airmata. Novel yang aku kira hadiah terbaik buat dirinya tanggal 29 Disember 2009 nanti. Masih terlalu lama perjalanan masa itu namun barangkali itulah hadiah terbaik yang dapat aku berikan. Harga buat sesuatu yang hanya aku dan dia mengerti.

'Dendam Bahagia Dia' barangkali adalah perjalanan duka seorang perempuan dalam merempuh sebuah perasaan yang tersia. Dia menghitung setiap janji-janji yang ditaburkan, biar kemelut kehidupan meronai waktu-waktunya dia nekad...harga diri dan kasih sayang takkan mungkin mampu disatukan. Biarpun kehadirannya umpama ampai-ampai yang ditolak dan ditarik ombak, di sebalik rasa terhina dia cuba memaafkan namun ada dendam yang tersemat. Dendam yang cuba dipadamkan dalam meraih cinta seorang lelaki yang takkan pernah menjadi miliknya.

Anna
'..kehadiranmu hanya menjadikan luka aku semakin parah..dukaku semakin sakit'

Hariz
'...I realise that the only love in my life is her. It has always been and will always be..'

Munira
'mama kata auntie Julia need you more..'

Tuesday, January 20, 2009

Pemberian (kenangan di hari lahirku)

Petang ni tadi ada latihan bola jaring di sekolah macam biasa. Habis meeting panitia, Jarina dan Lyn ajak ke Melaka Mall. Masing-masing nak cari kasut. Lepas makan aku bergegas balik..solat zohor dan selepas solat asar terus ke padang sekolah. hari ni ramai laa sikit dari semalam. kalau tak tu nak main setengah padang pun tak dapat. Ohh..sebelum lupa..hahahaha ...hari ni aku layan sengal paksa anak-anak murid nyanyi lagu happy birthday hehehe..abis tuu dah takde sapa nak nyanyikan untuk aku. Ahaks!Gambar ni aku dengan Fatin lepas latihan bola jaring. "tak nak laa bu..muka akak hitam laa asyik turun padang je..balik nanti laa kita amik gambar bu.."
"Alaaa...kalau balik pun bukan akak terus putih punnn..." Hasilnya..muka terpaksa!


"Itamnya muka akak bu.."
"Alaaa..itam-itam pun anak ibu jugakkk..dah senyummmm!"
hasilnya..muka terpaksa lagi..hehehehe
"Kita buat muka mengantuk lak bu.."
"Ibu memang ngantuk ni.."

Ni kat buaian pusing tepi tasik Ayer Keroh tu. Mula-mula Mujahid kata nak bikin buai tu berpusing tapi bila ditolak je bunyinyerr menakutkan sungguh..Tu muka penat laa tu..
"Ibu posing seksi-seksi sikit bu...akak ko peluk laa ibu tu!"
Camera man aku garang ari ni.
Balik je dari tasik tu fatin dan mujahid rupanya dah plan nak buat party kecik-kecik untuk aku. So kami terus ke Jusco..dorang pilihkan kek..cantik asalnya tapi masa konon-kononnya nak surprise tu kek tu terbalik pulak...kesian pulak muka Fatin sebab masa tu dia yang pegang kek tu. Nasib baik terbalik masa dalam kotak.
"takpe laaa...boleh makan lagi ni,"
"Maafkan akak ye bu.."
"Ko ni kak..kalo pegang apa-apa kalo tak jatuh tak boleh ke? Tu laa suruh makan ko tak nakkk!"
"dah..dah..makannnn"
Untuk diri sendiri buat kesekian kalinya aku beli set wangian dari 'Body Shop'. Anak-anak yang pilih jenisnya.
"Ibu kan suka bunga orkid..lagi pun bau perfum ni wangi..mcm ibu!" Cehhh..macam nak beli jiwa aku jekkk.
Anak-anak pilihkan bau 'mandarin orchid' untuk aku. Mula nak beli perfum je tapi bila fatin pegang body losyen dan mujahid pegang shower gel...nak tak nak beli jugak laaa.

bantal kecik tu hadiah dari Fatin dan Mujahid. Ada tulis 'love'. Warna pink. Meja tu fatin yang hias. Dia letak ros dalam botol oren..ok laaa kombinasi warna pun aku suka. Mula-mula tu aku takmo dorang belikan apa-apa untuk aku.
"Simpan duit tu..mana tau kalau-kalau ibu dah takde lagi...akak dengan abang kena simpan duit. jangan membazir!"
"Hadiah ni murah je bu..kami kongsi tapi pakai duit akak laaa.."
Apa pun biarpun hanya kita bertiga yang sambut birthday ibu (aku pun dah tak ingat berapa lama tiap kali birthday kami sambut bertiga je) hari ini sedikit indah sebab anak-anak yang plan majlis tu. Aku cuma tau balik.mandi...solat maghrib..bersiap sampai laa dorang panggil ajak duduk di ruang tamu.
Sekalipun..ada satu ruang yang kosong antara kami..aku berharap satu saat nanti kekosongan itu akan hilang dan doa ku hanya satu..kebahagiaan anak-anakku.
Pada anak-anak..kawan-kawan yang sejak semalam tak henti mengucapkan selamat hari lahir..terima kasih untuk segala-galanya.

Monday, January 19, 2009

Petang Hari Lahir

Dia datang dengan senyuman. Fatin tersenyum melihat langkah kecilnya. Dengan wajah mulusnya dia menghampiri kami yang sedang bermain buaian di Tasik Ayer keroh. Mujahid tersengeh. Dia tiba-tiba berhenti di hadapanku sambil mendepangkan tangannya. Aku menjadi serba salah namun naluri wanitaku pastinya tidak akan melepaskan peluang ini untuk menyambut tangannya. Rindu dan keinginan yang sentiasa berbunga di hati membuatkan aku terus mendakap tubuhnya. Wangian di rambutnya tika pipinya kucium terasa sebati di hati. terasa getar dan sebak..setelah sekian lama naluri itu bangkit lagi..

Dia menjadi begitu betah untuk duduk dipangkuanku. Sesekali dia mendongak dan menatap ke wajahku. Terasa diri itu milikku dan dari kejauhan lelaki itu datang dengan tubuh yang lesu. Rokok yang masih menyala terselit di celah jemarinya. Aku membalas senyuman yang dihulurkan.

"Don't disturb auntie...come!"
Terasa tangannya kejap memegang lenganku yang erat memeluknya. Aku rindukan wangian dari rambut anak kecil ini.
"Selalu datang sini ke?"
Aku mengangguk. Wajah lelaki tu aku pandang sekilas. Baru balik dari kerja agaknya.
"Jogging dengan anak-anak ke?"
"Ha'a...dari sekolah tadi."
"Sekolah? Cikgu? Petang-petang pun sekolah ke?"
Aku ketawa melihat wajah pelik yang ditunjukkannya. "Latihan bola jaring."
"Ooo...lansung ke sini ye?"
"Ha'a..lepaskan penat." Teringin juga nak ditanya nama anak kecilnya yang aku kira hampir 2 tahun yang masih enggan berganjak dari pangkuanku, nanti lelaki ni ingat aku nak ngorat dia pulak! hehehehe...hati orang kannn

"Bu..lepas ni kita nak pergi Jusco terus ke?" celah Fatin.
Adeiii..
"Nak buat apa kita ke Jusco bu?"
"Abang ni..kan esok birthday ibu..ibu nak beli hadiah untuk dirinya sendiri!"
Cehhh! Bikin malu aku je dorang ni..lelaki yang sedang kupangku anaknya tersenyum. Mesti dia fikir aku ni sengal..mana ada orang beli hadiah birthday sendiri..sama mcm gi kedai bunga lepas tu antor pada diri sendiri..hahahaha

Lama juga aku memangku anak gadis kecil milik lelaki tu. Terasa juga nak punya anak kecil lagi tapi pengalaman lalu...
"Ibu belanja makan je laa ekk?"
"Boleh..boleh..balik nanti kita masak nasik ekk bu?"
"Alaaa...kita makan kat luar laa ibu belanja yee mee ekk kat jusco..hehehehe!"
Entah kenapa sampai aje di rumah kepala sakit bukan kepalang. Terasa macam nak pitam. Badan terasa sejuk..kalau sekadar sakit aku masih boleh tahan tapi bila sakit kepala disertai dengan muntah yang kebelakangan ni bercampur darah buat aku rasa sakit seluruh badan. Sukar nak gambarkan sakitnya selain di bahagian tengah belakang, perut, dada dan belakang bahu.
"Kakak..kita tak payah gi Jusco la..ibu sakit kepala..malam ni ibu masak je la ekk?"
Mujahid ketawa.."kannn abang dah cakap tadi..bu buat sambal sardin boleh?"
"Abis macam mana akak nak belikan ibu hadiah?"
"Esok ajelah..habis sekolah kita singgah Jusco,"
"Hmm..ok lah!"
Akhirnya...aku masak sambal sardin..goreng kacang botol dengan cili api serta ayam goreng halia dengan sos tomato..Hmmm....
"Abang...kakak..jom makannnnn...!!!"
Laaa...dah tidur rupanya. malam ni akhirnya aku makan sorang je laaaa..takpe pagi esok aku wat goreng nasik je laa untuk sarapan.

'Happy Birthday Eja...esok kita lalui segalanya dengan tabah ekkk..kita kena kuat..kena sabar..' bisik aku sendiri...seperti dulu..malam ni aku sendiri lagi

Sunday, January 18, 2009

Ku harungi segalanya (4)

Apa yang telah terjadi mengubah diriku. kebelakangan ini aku seperti terasa ingin meminggirkan diri dari sesiapa juga. kalau boleh sebaik habis kelas aku ingin pulang ke rumah. Sebaik habis kuliah..aku ingin terus balik.

neida pernah menelefon dan mengajak untuk ke rumahnya sebaik habis kelas semalam ni politeknik. Selalunya aku sendiri yang akan menelifon mereka untuk menemaniku makan tengah hari di giant atau minum petang tapi tidak untuk kebelakangan ini.

Maaf teman-teman...semalam menjadikan aku terasa ingin menjauh. Kalaulah tika ini aku dapat menghilang...kalaulah tika ini aku dapat terbang dan pergi ke satu tempat yang hanya ada aku..

Kesibukan dengan tugas tidak dapat menghindari aku dari terus mengingatimu. keletihan tidak mampu mengusir ingatanku terhadapmu. Tiap saat dan ketika aku masih mengharap kau akan datang dan menjawap setiap persoalan yang muncul di benakku ini. Aku amat berharap kau akan muncul di depanku. Rupanya sakit kerana jatuh kali ini lebih menyakitkan dan aku menyesali diri betapa aku masih bodoh kerana mengharap suatu yang tak mungkin menjadi kenyataan. Aku meletakkan hati bukan pada tempatnya..dan mengapa..satu saat kau datang dan tika aku terbuai dengan janji-janji itu kau tinggalkan aku sendiri?

Saturday, January 17, 2009

Ku harungi segalanya (3)

Lama juga aku tak update blog ni. banyak sangat urusan di sekolah juga di rumah bersama anak-anak. Usai sampai di rumah disibukkan dengan urusan rutin, dengan kerja-kerja sekolah anak-anak dan beberapa kerja-kerja sekolah yang perlu diselesaikan. Petang dengan latihan bola jaring di sekolah dan terus ke Tasik Ayer Keroh melayan anak-anak untuk bersantai petang. Malam setelah maghrib 'ambush' anak-anak untuk mengaji. Uiii...seksa juga mengajar anak-anak sendiri dan seperti kata kawan-kawan yang lain lebih selesa menghantar anak ke orang lain. Cuma ini bukti sayang aku pada mereka dan aku berharap satu saat nanti mereka akan mengerti.

Bukan mudah juga mengharungi kehidupan ini sendiri namun ini pilihan. Kalau diikutkan hati, aku telah lama jatuh namun dengan kehadiran teman-teman yang mengerti dan yang cuba mengerti aku cuba sekuat mungkin. Senyuman hanya tirai untuk menutup badai di hati....

Seringkali kita ditemukan dengan insan yang salah. Sekalipun dia menyatakan betapa sayang dan selangit perasaannya namun masih belum tentu dia buat kita. Seringkali juga dia hadir di masa yang kurang tepat. Aku termanggu sendiri mencari definisi kehidupan. Bahagia tidak semudah kita melakar angan. Tidak semudah kita melukis mimpi. Tidak seperti kita mewarnakan kanvas dengan warna-warna indah. Hidup katanya telah ditakdirkan dan kita adalah boneka yang melakonkan semua itu. Dia kata bersedia untuk melalui takdirnya dengan ku tapi..akhirnya aku masih ditinggalkan sendiri mengharungi kehidupan ini. Sakit..bila dia minta aku membuka pintu hati ini untuk kehadirannya dulu tapi dikesudahannya dia tidak menutupnya buatku. Aku menanti sebuah penjelasan dan diri terasa terhina bila dipinggirkan seperti ini. Aku cuba menjadi wanita terbaik..sekurang-kurangnya lebih baik dari semalam..tidak untuk dia cukuplah buat diri sendiri dan anak-anak.

Buat pengubat duka aku cuma beranggapan..dia terpaksa..tapi dia masih perlu menutup pintu itu semula..Aku masih berhak untuk sebuah penjelasan.

Aku cuba menyusuri jalanan ini. Aku perlu teruskan biarpun satu saat dia hadir dan memberi sebuah harapan dan sekalipun dipenghujungnya..aku akan terluka.

cinta datang dan pergi seperti ombak yang terus meladeni pantai..seperti bayu yang terus menampar muka laut. Aku akan terus di sini..menanti sebuah jawapan biarpun tiada yang terindah buat tiap persoalan ku. Kehidupan ini meletihkan namun aku masih harus terus melangkah.

Aku rindu padamu...moga masih ada secebis ingatanmu terhadapku di saat kau menghitung bahagia....

Tuesday, January 13, 2009

Penatnyerrrrr...

Oderrrr..oderrrrr..huarghhh mata aku ngantukkkk

Dah dua hari aku mengulangkan padang skolah bila petang. Musim bola jaring tak lama lagi so tahun ni aku pegang balik team skolah lepas 3 tahun aku kuar join team olahraga. tadi lepas tunggu sumer parent datang amik anak-anak dorang aku pun angkut anak-anak balik. Ingat nak terus ke Tasek Ayer keroh tu tengok orang mancing. Ohh..lupaa nak citer semalam masa kitorang anak beranak jogging dapat tengok orang naikkan Toman 5 kilo. Perghhh..macam tak caya je dalam Tasek tu ada Toman. Aku ingatkan ikan betuk je..hehehehe
So on the way balik anak-anak ajak gi minum teh. Aku pun on je laa..lama tak gi minum teh. Mata makin lama rasa macam makin berat je...akhirnyaaaa..kroihhhhh...uiii teruk betul..hehehe..bila terbangun je Mujahid dah selesai makan nasik goreng kampung dengan karot susu..fatin lak makan fries..
"lama ke ibu tidur kak?"
"Lama laaa..akak panggil-panggil ibu tak bangun pun"


Aku pun tak ingat apa dah..hehehehe

Ku harungi segalanya (2)

Entry aku yang lepas...terasa sebak bila noreez rasa bersalah dengan apa yang terjadi baru-baru ni. Pada aku Noreez takde salah apa-apa pada aku. Tuhan nak uji agaknya walaupun saat tu aku sangat berharap janganlah ada walau satu lagi ujian, biarlah semangat ini pulih semula.
Raya Haji tu keluarga suami suruh aku tangguh dari khatankan Mujahid sedangkan aku dah lama berjanji dengan anak kecilku itu. Suami menyatakan aku degil..baran..keras hati di depan anak-anak (waktu tu aku takde..ni pun tahu dari Fatin dan Mujahid..takpe..cakaplah apa pun kalau aku tak keras hati..degil..dah lama aku tersungkur agaknya). Lepas tu kes mertua datang dan cakap yang bukan-bukan tentang aku pada mak (takpee....Tuhan tau!) Jumaatnya aku sunatkan juga Mujahid dan Ahad tu mak datang. Cerita terbaru suami kata pada keluarganya yang aku ke sabah ari tu bukan untuk berubat (takpeeeee..cakaplahhhh..) Aku menangis bila tengok muka mak bila anaknya ni difitnah. Sejak detik tu hati aku memang tertutup habis untuk dia. Bukan tertutup tapi lupus terus untuk dia mahupun mak dan keluarganya. Kalau nak balas dendam kerana maruah aku yang dicarik-carik tu memang boleh tapi...aku tak sampai ati.

Biarlah lambat laun orang akan tahu juga siapa aku..siapa dia...siapa mak dia. Selasa tu aku balik dari bangi aku dapati ada orang pecah masuk rumah..(sabar aje lahhh) Khamis...dia berjanji untuk menjaga aku dan anak-anak. Orang akan kata aku jahat tapi sesiapa yang berada di tempat tu saat itu akan merasakan seolah-olah ada tangan yang menyambut dari jatuh. Seolah ada air dingin yang membasahi tubuh kala matahari membakar. Aku cuba..kerana janjinya..

'..u should as u have me thinking of u a lots. It came out of nowhere & as i believe in faith, i'm prepared to face my faith with u. I'm fearful but i believe we need to have risk in life or we end up no where...'

tapi lapang dan kehijauan yang kurasai tika itu bukan satu ketentuan..masih juga ujianNya buatku....dan aku tetap menerima kerana aku tahu bahagia takkan bermakna kalau hanya terlahir dari rasa simpati. Rasa kasihan...dia terpaksa..aku memahami. Biarlah...silapku jua kerana salah mencatur langkah.

Reez, kau tak perlu rasa bersalah kerana aku tak pernah menyalahkan kau. Kita mengharap..merancang bahagia tapi Allah juga yang menentukan segala-galanya. Sama seperti aku..kau..siapa sangka dunia cyber menemukan aku dan kau...dan kini kau..liz, del, Lost dan lain-lain menjadi sebahagian kehidupanku. Allah tahu apa yang terbaik buat aku juga dia.

Kita tidak dapat semua yang kita inginkan dan terkadang setelah memiliki apa yang kita impikan kita akan tersedar bahawa keinginan itu tetap tidak mampu membuatkan kita lebih bahagia.

Aku masih tetap menyimpan apa jua yang dia kirimkan..selama-lamanya semua hanya tinggal kenangan. Cuma aku sedikit terkilan...dia membuka pintunya tapi dia terlupa untuk menutupnya kembali!!

Monday, January 12, 2009

Ku harungi segalanya



12 Januari 09- Tak banyak yang berbeza tentang hari ini dengan hari-hariku yang telah berlalu. menghadapi kerenah anak-anak yang kurasakan demi hari semakin mencabar rasa sabar dan tabah terutamanya Mujahid. Anak kecilku merindui seorang ayah yang kurasakan dapat meladeni keperluannya. Dia kehilangan tapi apa dayaku? Sekalipun melangit rasa terkilan terhadap lelaki itu namun aku mengharap dia akan menelifon anak-anaknya dan bertanyakan khabar mereka. Sekalipun benci akan aku dia seharusnya sedar..masih ada zuriatnya sendiri yang memerlukan perhatiannya sebagai ayah. Aku tidak mengharapkan dia kembali..sekali-kali tidak biar apa jua alasannya tapi dia harus sedar dia masih punya amanah yang harus dipikulnya sebagai seorang ayah.

Tidak hanya cukup dia mengirimkan sejumlah wang dan menganggap segalanya telah selesai. Lenyapkanlah lelaki itu dari kehidupanku ya Allah kerana tiap kali mengingatinya aku menjadi kian benci dan marah. Mengenang carikan maruahku yang sewenangnya diinjak.
"mengalahlah Ja..jangan jadikan anak-anak mangsa keadaan.."
Aku menangis...tidak terpandangkah oleh Kak Lang siapa yang menjadi mangsa tika ini? Siapa yang memangsakan siapa. Aku berhak punya kehidupanku sendiri...berpisah tidak bererti aku membuang dan menyingkirkan anak-anak dari bapanya. Dia masih bapa terhadap anak-anakku.

Tak terpandangkah Kak Lang bagaimana aku mengayuh kesukaran ini demi memberi kehidupan buat Mujahid dan Fatin? Saat insan lain terlena..aku masih memandang siling bilik memikirkan esok yang harus aku persiapkan buat anak-anak. Saat insan lain tersenyum..aku menelan kesedihanku sendiri. Saat insan lain menceritakan betapa bahagianya kehidupan mereka aku hanya menahan sebak. Saat insan lain bercerita tentang keberuntungan mereka aku terus mencongak sedalam mana ujian Tuhan buatku lagi?

'..can't promise u heaven but my best to take care of u and kids..' terasa pedih dan ungkapan itu terasa menikam lubuk hati. mengenang harapan Mujahidku...Ya Allah..kirimkan aku selangit lagi rasa tabah dan sabar. Kalau bukan kerana secebis maruah yang tinggal mahu saja aku merayu sedikit masa lelaki itu untuk anak-anakku tapi itu juga kemahuannya..'jaga diri Nor dan anak-anak...' benarlah terkadang kita lupa kesusahan yang lebih menyakitkan nanti bila mengenang harapan dan masa depan anak-anak.

Friday, January 9, 2009

Khabar Buat Teman ( petikan cerpen: Rindu Pun Beradu)

Teman,
Saat warkah ku tiba di pangkuan mu, mungkinkah kau tersenyum sambil mula mengingati aku atau mungkin jua tika itu kau sedang berkira-kira siapa penulis warkah ini? Masihkah aku di hatimu?

Hari demi hari berlalu, sesaat pun aku tidak dapat lari dari terus mengingatimu. Merisik khabarmu dan terus berharap biarpun hanya untuk sesaat kau akan mengingatiku. Barangkali tidak seistimewa dulu namun ingatan itu sudah cukup untuk menjadikan aku teramat bersyukur.

Entah mengapa teman, aku sendiri tidak mengerti saat segalanya berakhir aku tidak pernah menyalahkanmu. Bagiku apa yang berlaku, tiap apa yang terjadi antara kita punya hikmah dan entah mengapa perasaan itu tumbuh mekar. Berkali-kali aku cuba lari namun aku masih tiba di titik yang sama. Berkali-kali aku cuba memadamkan ingatan ini terhadap memori indah kita namun warnanya kian bersinar. Alangkah pedih teman, kerana saat ini kau tiada di sisi.

Apakah mungkin tika kau bersama dia..aku masih di hatimu? Apakah sedang kau bersama dia kau memikirkan aku yang masih sendirian di sini menanti bersama janji-janjimu? Saat kau tersenyum bersamanya apakah aku yang sendirian ini masih ada di fikiranmu?

Terlalu sukar untuk aku meyakinkan hati segala-galanya telah berakhir. Saat kau menoktahkan dan aku termanggu...lalu perasaan itu mula mekar bila impian itu telah pudar dan lenyap. Aku masih terus membajainya..biarlah ia terus tumbuh subur..mekar..berbunga sekalipun entah akan ada yang akan menuainya nanti.

teman....aku akan terus di sini menantimu....

Thursday, January 8, 2009

Hati nan terusik



Terasa sakitnya namun aku tahu dia tidak berniat untuk menyakiti hatiku. Dia sekadar ingin bergurau atau mungkin hanya ingin menghiburkanku saat hati dilanda badai sebegini. Ini bukan kali yang pertama namun entah mengapa usikannya malam tadi menyentuh hati. Aku tidak mampu menahan empangan airmataku pecah. Terasa bicaranya menusuk ke hati. Sekalipun dia berbicara tentang perbualan antara aku dan anak-anak terasa perasaan ku dipersendakan. Seolah apa yang aku rasai tika itu dan saat ini diperlekehkan. Linangan airmata menemani tidurku semalam dan...aku bermimpikan seseorang.

Perempuan, wajahnya berseri dan bagai terasa hangat pelukannya kejap ke tubuhku. Dia tersenyum. 'jangan dinafikan, bukan setiap hari kita jatuh cinta..terima hakikat'
Dia hilang saat aku terjaga seperti lazimnya. Siapa dia? Apa maksudnya?

Tuesday, January 6, 2009

Ayat-ayat mengarut...(jgn ada yg kecik ati ekkk)

Dialog ni terjadi dalam Disember tahun lepas (2008) lepas krismas rasanya. Masa tu nak bawa anak-anak ke Bee Loon beli baju sekolah. Masa nak gi cocok duit kat ATM aku terkedu kejap..erkkk RM3o je? Nak beli baju apa ni? Sudahnya aku masuk kete..start enjin..
"Takde ke bu?" Tanya Mujahid.
"Takde la bang..ari tu ayah kata nak masukkan duit ek? Ayah kata camner?"
"Ayah kata tengah hari nnti ayah masukkan duit utk beli baju sekolah abang dengan kakak," terang Mujahid. Keruh je muka dia. "Dah tu nak beli macam mana bu?"
"Takpe..ibu ada duit extra. Guna duit ibu,"

Sepanjang acara membeli tu aku perasan anak-anak aku senyap sunyi. On the way balik terjadilah perbualan yang tak disangka-sangka ni.
"Bu.."
"Iye.."
Senyap.
"Bu.."
Aku pandang muka anak bujangku itu. Kebetulan trafik kat depan Hospital Pantai tu merah. Aku sentuh bahu dia. "Abang nak cakap apa kat ibu?"
Senyap.
""Cakaplah apa yang ada kat dalam ni.." ujarku sambil sentuh dada dia.
"Bu..kalau ibu nak cari suami..jangan cari askar ye!"
Nak gelak pun ada tapi aku tahan-tahan. "Kenapa?"
"Tak sanggup abang..nanti pagi-pagi dia jerit..bangunnnnnnn! macam asrama lak,"
"Ha'a bu nanti nak masuk bilik air pun dia suruh beratur.."tambah Fatin
Aku gelak. Hehehe..
"Kalau lawyer boleh bang?" dugaku
"Lawyer? Boleh laaa.." panjang aje laa dia. Aku gelak aje.
"kalau lawyer dia suruh baca buku tak?"
"Kena laa sebab nak jadi lawyer kena suka baca." ujarku.
"Uiii..teruk kita bang. Nanti dia suruh kita baca fail macam dalam tv tu." rungut Fatin pulak.
"Lawyer yang tak baca buku atau fail takde ke bu?"
Ada...loyar burukkkk. Sakan dorang ketawa bila aku cakap macam tu.
Antara aku dan anak-anak aku memang tak ada rahsia. Apa saja yang akan bersangkut dengan anak-anak aku akan bagitau.

Perbualan ni berlaku semalam (5 januari 2009)
"Bu..bila abang nak dapat ayah lawyer?" Terkejut aku. masa tu aku baru selesai mengajar diorang mengaji Quran. Rupanya dia masih ingat gurauan kami masa balik dari Bee Loon dulu.
"Err..tak jadilah bang,"
"Apsal tak jadi lak?"
"Lawyer tu takmo kat ibu arrr"
"Kenapa? Ibu tak cukup cantik ke?"
"Tak..ibu abang ni terlebih cantik kot!" hehehehe
"Kenapa bu dia takmo kat ibu?" Mujahid tak puas hati.
macam mana aku nak cakap ni?? "Isteri lawyer tu lagi sayang suami dia,"
"ohh..dia tak bagi laa lawyer tu jadi ayah abang ek?"
"Ha'a.." jawab ku pendek..Adeiii..anak...anak..dia rindukan ayahnya yang sebnar.
"Abis tu camner bu?"
"Askar boleh bang?"
"Boleh lah bu..dah takde yang lain!"
wakakakaka...adeiii anak..maafkan ibu.
p/s: dari kaca mata kanak-kanak mereka fikir hidup ni hanya selorong..macam mudah sangat2

Sunday, January 4, 2009

Aku Hanya Ingin Pulang...

Tika sujudku usai, aku hanya ada airmata. Meskipun berjuta kupanjatkan rasa syukur namun hati perempuanku menangis. Hati perempuan ku tetap merintis. Sehingga sejauh ini menyulam harapan, berharap dan berhenti memandang semalam..akhirnya aku masih terjatuh. Mengapa aku?

Tuhan...aku mohon, hentikan tangisku ini. jangan kau uji aku lagi Ya Allah..aku tidak kuat mendepani segalanya lagi. Kasihani aku ya Rabbi kerana aku benar-benar tidak berdaya walau hanya untuk satu lagi ujianMu.

Tutuplah pintu hatiku ini buat segala urusan bernama manusia kerana aku takut..aku semakin jauh, kerana aku takut aku kian tersasar dan aku takut..secebis hati yang tertinggal ini terluka lagi. Ya Rabbi..aku hanya ingin pulang padaMu.

Kenapa sebegini sakit? Kenapa harus sebegini pedihnya..kenapa aku? Apa salah dan dosa aku selama mengisi kehidupan ini dan kenapa aku..kenapa harus aku? Pasrah...redha..aku kian hilang maknanya.

Dia hanya jalur pelangi, warnanya gemilang, mendamaikan. Saat pertama dia Kau hadirkan padaku aku menggenggam secebis harapan tapi saat aku tiba di bawah kaki langitnya..jalur pelangiku lenyap dan aku melihat dia semakin jauh. Terpinggir mencari..arah mana lagi?

Ya Allah...hentikan tangisku..terlalu banyak airmataku yang jatuh dan terlalu sakit lukanya. Aku tak berdaya lagi..aku hanya ingin pulang.

p/s: Your don't know how does it feel when you have no place to go, no hope...and i still pray for you till end of my breath...manjalara/5 januari 2009/5.07 a.m-Melaka

Saturday, January 3, 2009

Aku....diri aku



' u ni macam mana agaknya ya? '
Soalan tu dah berbulan-bulan aku cuba cari jawapannya sampailah pagi tadi aku jumpa buku catatan Fatin..hehehe..anak dara aku tu tulis sesuatu tentang dirinya. Walaupun dari kacamata seorang anak gadis berusia 11 tahun (11.8.2009) bolehlah aku jawab soalan yang muncul secara tiba-tiba satu ketika dulu.

Lagi 16 hari umur aku 35 tahun...berkali-kali orang tu kata aku dah tua tapi demi menyedapkan hati sendiri aku tetap kata aku muda lagi..hehehe..dan aku rasa laa (ayat yang ada unsur-unsur riak..barang siapa umur bawah 18 tahun minta kebenaran ibu bapa untuk membacanya) kalau aku kata umur aku 25 pun ada yang percaya..hehehehe...

Adik-adik kat sekolah (Jarina mahupun Suhazlin) kata aku baik...hehhe baik la kot. kalau dorang tak kata pun aku tetap kata aku memang baik. Aku suka ketawa dan paling suka tersenyum (Anugerah guru senyuman paling menawan sempena sambutan hari guru 2000) tapi tu dulu laa kebelakangan ni Kak Aya kata aku banyak senyap. Senyap-senyap pun aku tetap suka ketawa dan paling suka gurau dengan orang. kenkadang aku pun tak faham..kalau satu-satu perkara tu belum sempat aku cakap kawan-kawan dah ketawa dulu. Aku suka mengusik orang..hehehe

Aku susah nak marah tapi kalau sekali aku marah lambat nak reda dan susah nak lupakan. Ni normal la kot. Aku jarang marah apa lagi kalau berkaitan adik beradik. mak dah asuh sejak kecik.dengar cakap ahli keluarga yang tua dan beralah pada adik-adik. Hasilnya..jadilah aku. Apa-apa yang aku tak puas hati aku cuma pendamkan dalam hati.

Hobi aku...aku suka menulis, melukis dan minat benda-benda yang orang lain anggap remeh. Bila aku suka satu-satu perkara aku akan buat. Aku suka dengan kraftangan. Aku sanggup ambik kursus di Pusat Kraftangan semata untuk tahu tentang satu-satu perkara. Aku tahu macam mana nak menganyam bakul (tapi hasilnya aku rasa orang yg cacat penglihatan lebih baik), kebelakangan ni (dua tahun kebelakangan ni laa) aku banyak tumpukan perhatian pada lukisan kaca dan perspek. Ramai kawan-kawan yang dah simpan hasil tangan aku tu..hehehe..aku suka orang dapat dan simpan kerja-kerja aku.

Aku suka menjahit (ni aktiviti bermusim) dan aku pun macam orang lain yang normal..aku suka mengalih-alihkan perabot kat umah (cehh..macam byk sangat perabot) dalam sebulan dua kedudukan kat rumah terutama kat ruang tamu akan bertukar. Muak kat depan aku tolak ke ruang tengah. Agak-agak serabut aku masukkan dalam bilik.

Masak...ermmm...terer sangat tu tidaklah tapi Mujahid kata gulai lemak cili api aku sedap (kalau tak anak sendiri yang puji sapa lagi..hehehe) dan keluarga Iepah pun kata aku pandai masak (ten je tak suka pasal dia ni tak suka masakan bersantan) Fazrin kata gulai udang aku best...Vin kata puding triffle ngan 'nasik goreng kasih sayang' aku boleh dikomersel kan. Kak lang kata goreng bihun aku sama macam mak masak, kawan-kawan kata rendang daging aku syok gilerrr dan tak lupa dorang kata 'sambal kolesterol' aku mengancammmmm...tapi aku paling suka ikan bilis goreng cili api dengan sambal sardin..

bercucuk tanam..ermm..suka juga dan orang akan kata aku sengal bila aku kata bila aku sunyi aku bercakap dengan pokok bunga kat rumah tu. Orang kata gila tapi aku yakin pokok tu pun ada perasaan..dah makhluk Tuhan. Kalau pokok juga mampu mendoakan manusia mengapa ia tak boleh memahami perasaan kita. Sama macam kucing..satu-satunya binatang yang mampu menenangkan kita. Aku suka kucing..sangat-sangat tapi disebabkan hidung Fatin sensitif dan semakin teruk aku terpaksa bagi pada orang. Hasilnya..Fatin makin ok tapi aku lak makin sunyi.

Cita-cita...ada rezki aku nak buka taska aku sendiri. Taska tu nanti aku nak buka kat pejabat-pejabat kerajaan, kilang-kilang. Dengan demikian anak-anak kecik ni walaupun mak dorang keje , mak dorang masih boleh jenguk-jenguk kat taska tu nanti. Demam-demam sikit pun masih dekat dengan mak masing-masing. Lepas tu aku nak buka rumah anak-anak yatim (ni kena dapat laki kaya..hahahaha..nak kena siang aku ni!!!)..lepas tu aku nak buka rumah untuk orang tua-tua. Ini semua untuk kebaikan jugak. Aku nak offer kawan-kawan gwang aku tu. Dah tua-tua berkumpul sama-sama. Ni bukan rumah untuk orang-orang merempat tauu. yelah dah tua-tua boleh duduk santai dengan kawan-kawan. Sesekali anak-anak datang berkampung ramai-ramai..aku rasa lebih meriah dari dok berkumpul kat rumah masing-masing. Bernas sungguh idea aku ni...hehehehe..ada ke yang sudi sponsor ekkk ke yang ada pun mula carik idea nak lari dari aku?? Hahahaha

Lagi satu aku teringin nak ada galeri aku sendiri...gantung hasil-hasil kerja aku. Kat situ kira macam kafe laa..lagi bagus kalo buat kat mall. Siap tempat orang nak membaca buku..surat khabar..ohh lupa ada ruang untuk anak-anak bermain waktu mak ayah dorang gi shopping. Perghhh..makin bernas idea aku ni (ada ke yang berani sponsor aku nehhh?)

kalau bab berangan bagi kat akuuu...tapi Insyaallah..paling koman pun ada rezki aku nak besarkan surau kat kg aku tu.

Tu je laa dulu..hehehe kalo citer pasal diri sendiri tak abis 7 ari 7 mlm

Duniaku..Aku..di sana


Ni tempat aku selalu fikir..apa aku nak masak ari ni..hehehe ada masa senak kepala dibuatnya. Yang jadi ibu tau laaa betapa seksa bila idea kering tak tau nak masak apa.


Tu rak tempat aku susun novel-novel dan banyak rahsia idup aku kat situ..


Pagi-pagi aku suka duduk kat sofa yang satu tu sebab sofa tu ngadap ke luar..dengan secawan nescafe..hehehe

Time nak adjust feeling aku lepak sini laa..depan tu taman permainan. Sambil adjust feeling boleh perati anak-anak main kat taman


Aisehhh..gelap pulakkk aku nak tunjuk dua harta kesayangan aku satu botol besar tempat isik cuka getah dulu-dulu. satu lagi mesin jahit tangan yang sampai sekarang aku guna untuk menjahit baju, langsir mahupun sarung bantal..hehehe..ni mak bagi. Umur mak nak dekat 80 dan mesin tu sejak dia anak dara lagi. Ari tu ada wakil singer nak beli tapi aku tak bagi. Pusaka aku tuuuu...


Ni tempat satu ketika dulu aku suka sembang-sembang sambil minum petang. Kenkadang bila malam aku rasa sunyi..sakit hati dan rasa nak menangis aku duduk sini laaa.

Inilah dunia aku dan kenkadang aku rasa memang tak nak keluar darinya. Ini harta aku..harta buat anak-anak bila aku takde nanti. Dunia ni banyak simpan suka duka aku..penat jerih aku..walaupun tak seberapa tapi aku tahu..kat sinilah letaknya nyawa..nadi juga kehidupanku.

Sepetang bersama family Noreez

Baru-baru ni Noreez datang ke Melaka dengan family dia. Terkilan jugak sebab hari pertama dia datang aku tak dapat sambut macam mula-mula Krull & the gang datang dulu. Takde la sambut mana cuma masa dorang datang petang tu aku sempat la jengah perkenalkan diri..hehehe.. Seingat aku hari Noreez datang aku ada meeting kurikulum kat sekolah. Hari kedua ajak vin ngan lost tapi vin kata bagi dorang satu family jalan puas-puas dulu. ye jugak..kacau daun je nanti. hehehe

Hari ke tiga..sakit kepala so aku dok peluk bantal sepanjang hari tapi petang tu aku kuatkan semangat juga nak dating ngan Noreez kat Tasek Ayer Keroh. Sakit kepala tu bukan apa..dengan macam-macam yang terjadi kebelakangan ni dan banyak hal nak uruskan aku terlupa untuk mendaftar OUM. bayar yuran pun tidak! masa Syahril bertunang (adik) rupanya hari tu aku patutnya amik modul kat OUM. Arghhhh..tensionnyerrrr..apa aku nak buat ni? Nak minta tolong Encik Haris (dia ni lecturer aku mengajar etik) aku lak tak tau camner..segann...asik nyusahkan orang je. Teringat balik pesan sendiri pada anak-anak..'hidup ni jangan sampai jadi beban dan menyusahkan orang lain'. Mau tak mau aku terpaksa tangguh dulu plan nak bawa anak-anak pergi berendam kat Wet World Perdas. Ada rezki nanti aku bawa juga tu..ermmm

First time jumpa Noreez aku segan sangat-sangat! Aku ni bukannyer siapa..dengan keadaan aku yang macam ni..adeiiii..tapi dah tetamu datang tempat kita (walau bukan negeri aku pun..hehehe) kena jumpa tuu. Sempat juga petang tu Vin debik bahu aku..sakit gilerrr..mau lerai tulang bahu rasanya. malam gi makan ikan bakar kat Umbai..sedap tapi aku ni jenis yang semakin banyak lauk terhidang kat meja aku lagi tak tau camner nak makan (pengakuan paling jujur ni) nak tengok aku selera makan kena ada 2 lauk je dan makin berselara kalau aku sendiri yang masak heehehe..abis camnooo..dah dari kecik mak didik aku adik beradik macam tu. Lagi satu...aku tak pandai makan kat luar..dan lagi satu pakat laa Vin yang jadi ketua pelancong malam tu kalo aku drive kat depan aku rasa sampai sempadan Johor- Singapura tu. jangan laa siapa-siapa datang Melaka suruh aku bawa dorang gi makan-makan ni..aku tak tauuu..tak pasal-pasal akhirnya korang makan kat umah aku sudahnya. Malam tu yang sebenarnya menjadikan hidangan tu makin sedap ialah...VIN BELANJA!

"Bu..kan suami ibu kena rebas.."
"Huh? Apa tu abang?"
"kan ayah kita orang amik.."
"Ohh..bukan rebas. rebas tu hujan sayang..kebas!"
Mujahid ketawa. "Arrr..kebas. Ibu kebas la pulak.."
Aku ketawa. Sesekali Mujahid ni suka buat aku gelak sakan. "Ibu nak kebas siapa?"
"Tu..Pak Uda tu.." Dengan muka selamba dia tu
Aku ketawa lagi. "Tak nak laa ibu, pak Uda tu dah macam adik ibu..takmo lah. pak Uda kan dah ada kak Wani. Kita dah jumpa kan awek Pak Uda tu.."
"Arrr..ibu kebas ke Pakcik Krull!"
Erkkkk! Budak ini..!
"Mana boleh abang..Pakcik Krull kan nak kawen dengan Makcik Rose." Ujar Fatin.
"Oiii..mana boleh Pakcik Krull kawen dengan makcik Rose tu..dia kan cina." part ni aku paling suka tengok muka konfius Mujahid! Hahahaha
"Ada pulak..Makcik Rose tu melayu laaa..muka dia je macam cina..kan bu?"
"Ye..ye.."
Mujahid merungut.."Dah takde yang lain.."
Cisss....aku jugak yang terkena akhirnya. Alahaiii Mujahid, teruk sangat ke ibu ni sampai dah takde yang lain nak oiii!

Cerita anak bujang aku suruh 'kebas ' tu berlanjutan sampai masa aku ke KL esoknya. Naik jenuh aku menerangkan kenapa tak boleh semua tu akhirnya dia faham juga. pagi Jumaat tu sebelum bertolak.
"Bu..Jaja buat apa agaknya pagi ni?" Soal fatin
"Tidur lagilah agaknya. Malam tadi kan dia balik lewat. Ibu lupa nak ambik gambar abang..kakak dengan Jaja malam tadi"
"Takpe..abang dah amik dahhh," sampuk Mujahid.
Perghhh..lagi dulu. Aku tengok gambar yang diorang amik..blurrr je..kesian pulakk
"Kalau kita keluar awal boleh singgah hotel Jaja bu?"
"Nanti ibu tanya mama Jaja.."
So...sebelum ke KL aku sempat singgah ke D'Village jumpakan dorang bertiga. Sayu sebenarnya hati ni sebab aku faham apa yang tersirat di hati anak-anak aku tu. Tapi sayang...hidup kita kena teruskan.Lama-lama kita mesti biasa..

Noreez dgn suami dia memang baik hati..offer nak bawa anak-anak aku sama dorang sementara aku selesaikan urusan di OUM tapi aku juga terfikir..semakin lama masa dorang bersama family Noreez..aku bimbang hati anak-anak terluka. Sekejap je bersama family Noreez dan Vin semalam, aku dapat lihat bunga-bunga bahagia kat muka anak-anak aku dan apa akan jadi bila kebahagiaan tu aku ambil bila diorang terpaksa berpisah? Maafkan ibu...

Apa pun terima kasih Reez sudi layan anak-anak aku yang banyak songeh tu..hehehe..lagi satu..gambar dorang tu aku kena antar print..dah janji..adeiiiii...terasa rugi tak rakam aksi dorang atas pentas malam tu..banyak sgt yang aku terlupa nak buat..ermmm